Sunday 18 December 2016

PROGRAM MENARIK UNTUK LEPASAN SPM 2016


RAYUAN SUMBANGAN PROGRAM LEPASAN SPM, LKD



HARI PENYERAHAN PELAPORAN PT3 2016

Hari : Isnin
Tarikh : 19.12.2016
Tempat : Dewan SMI Al Amin Bangi
Masa : 9.30-12.30 pagi



Kordinator : Muallimah Naimah
                      (SU PT3)
Kaunter 1: Muallim Ammar
                    ( Pelajar banin)
Kaunter 2: Muallimah Ismawati
                    ( Pelajar banat)

Kaunter 3: Muallimah Marhamah
                    (Khidmat rundingan)

InsyaAllah pada hari tersebut pelajar akan menerima :
๐Ÿ“Œ keputusan PT3
๐Ÿ“Œ keputusan Psikometrik
๐Ÿ“Œ markah segak
๐Ÿ“Œ markah pajsk
๐Ÿ“Œ PPPM OFFLINE
๐Ÿ“Œ keputusan peperiksaan akhir
      tahun.
๐Ÿ“Œ surat tawaran kemasukkan tingkatan 4

Moga dipermudahkan urusan.. Jazakumullahu khairan kepada yang sama-sama mengerakkan dan melancarkan program ini๐Ÿ˜Š



Thursday 15 December 2016

Monday 5 December 2016

PENDAFTARAN SEMULA PELAJAR/MURID SESI 2017 (IBUBAPA LAMA)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh,
Ibubapa yang dirahmati Allah.

๐ŸŒธ Setelah semakan dilakukan sehingga hari ini, Isnin (5 Disember 2016) didapati masih ramai ibubapa belum lagi membuat pembayaran RM100 bagi pendaftaran semula murid bagi sesi pengajian 2017.

๐ŸŒธ Untuk makluman, hebahan berkenaan perkara ini telah dibuat melalui surat rasmi kepada ibubapa dan medium grup whatsapp kelas masing-maisng.

๐ŸŒธ Justeru, bagi ibubapa yang belum membuat pembayaran pendaftaran semula anak bagi tahun 2017, diminta untuk menjelaskannya pada minggu ini juga, (berakhir pada 9 Disember 2016)

๐ŸŒธ Jika pembayaran tidak dilakukan dan tidak dimaklumkan, perkara ini akan menjejaskan pengajian anak tuan/puan di Sekolah Menengah/Rendah Sri Al -Amin Bangi bagi sesi 2017

Harap maklum.

P/s: Ibubapa yang telah membuat pembayaran sila abaikan makluman di atas.

Saturday 19 November 2016

PANDANGAN BERKENAAN SISTEM PERSEKOLAHAN



ALIAA SYAFIQAH TELAH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA

Segala puji bagi Allah, pada jam 9.26 malam tadi bapa Aliaa Shafiqah, En Juahari b Nazar telah memaklumkan Aliaa telah dijumpai & maklumat lain selepas siasatan selesai siasatan polis.

Mewakili pihak sekolah, kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasma & doa. Jazakumullah khairan kathira

Friday 18 November 2016

DOA & HARAPAN AGAR ALIAA SYAFIQAH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA


Adik Aliaa sehingga kini (18 November 2016 8.09am) belum ditemui. Kita mendoakan supaya beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan segera dan selamat.

Pihak sekolah dan PIBG akan mengadakan solat hajat khusus untuk adik Aliaa malam ini (Jumaat 18 November 2016) selepas solat isya di musolla sekolah Sri Al Amin Bangi. Dijemput warga sekolah dan yang berdekatan untuk turut sama.

Daripada
YDP PIBG
Dr Fadzil Md Siam
Jumaat 18 November 2016

Masjid Hasanah juga turut akan menganjurkan solat hajat juga pada malam ini:



PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR BARU SMSAAB SESI 2017

Asslamualaikum
Perhatian kepada ibubapa yang telah memohon ke sekolah menengah.

Adalah dimaklumkan
PERTUKARAN TARIKH EDARAN SURAT TAWARAN KE SEKOLAH MENENGAH PADA 21/11/2016 .
JAM : 10:00 - 12:00
TEMPAT : PEJABAT SMI

Senarai nama pelajar yang akan ditawarkan akan dikeluarkan pada pagi isnin tersebut pada jam 9:00 pagi. Harap maklum.

Unit Kemasukan Pelajar SMSAAB

Thursday 10 November 2016

BANGI BERSIH BERTERUSAN BULAN NOVEMBER




Jom sertai Program anjuran bersama Sekolah Al-Amin Bangi, UKM, Pertubuhan Ikram Malaysia Kawasan Hulu Langat,Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi & MPKj

☘๐Ÿ—ฃGotong Royong Bangi Bersih Berterusan Versi Mega datang lagi!!!

๐Ÿ“… 13 November 2016 (Ahad)
⏰ 7.30- 11.00 pagi
๐Ÿก Berkumpul di bulatan tepi tasik, taman tasik cempaka
✨Menarik:
๐Ÿ’ช๐Ÿป senamrobik
☘santai berjalan bersihkan Bangi
๐ŸŽตbusking anak muda
๐Ÿ’ฅFlashmob
๐Ÿ’Sijil penyertaan akan disediakan oleh UKM Bangi

๐Ÿƒ๐Ÿป๐Ÿ’จjom DAFTAR SEKARANG sbg sukarelawan di
http://tinyurl.com/sukarelawanBBB

☎Untuk maklumat lanjut, hubungi: Qayyim 010 221 0109

Monday 7 November 2016

BINNAJAH WA TAUFIQ CALON SPM 2016

Antum Ruhul Jadid Fi Jasadil Ummah Generasi Baru Ummah ini:





Jadual Subjek-subjek yang diambil anak-anak tingkatan 5 SMSAAB sepanjang SPM 2016






Friday 4 November 2016

KELAS HAFAZAN UNTUK TAMAT SILIBUS

Pohon perhatian ibubapa agar dapat ambil perhatian anak-anak yang belum menamatkan lagi silibus Hafazan bagi yang berada di tingkatan 1, 2 & 3.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar semua pelajar dapat meneruskan pengajian & pembelajaran di sekolah bagi sesi 2017 dengan semua pelajar tamat silibus hafazan surah yang telah ditetapkan di tingkatan masing-masing.

Berikut adalah surat yang telah diedarkan kepada pelajar yang belum menyelesaikan silibus Hafazan dan dikehendaki hadir Kelas Hafazan seperti yang telah ditetapkan.

Thursday 3 November 2016

UJIAN KEMASUKAN PELAJAR BARU & TEMUBUAL IBUBAPA SESI 2017

Pendaftaran
Tarikh: 5 November 2016, Sabtu
Masa: 8.30-9.00 pagi
Tempat: Pejabat Sekolah Menengah

Ujian Kemasukan Pelajar Baru & Temubual Ibubapa
Masa: 9.00-11.30 pagi
Tempat: Rujuk carta Alir

1) Proses Carta Alir


2) Nama Kumpulan  mengikut nama para pelajar yang memohon bagi ujian & temubual:


Terima kasih

Wednesday 2 November 2016

SURAT MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN PELAJAR SEBELUM CUTI SEKOLAH

Tarikh edaran surat: 2 November 2016, Rabu

Peperiksaan Bertulis SPM akan bermula pada Isnin 7 November 2016 sehingga 30 November 2016. Oleh itu, pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4, akan hadir ke sekolah seperti butiran berikut :

Tingkatan
Tarikh
November 2016
7
Isnin
8
Selasa
9
Rabu
10
Khamis
11
Jumaat
14
Isnin
15
Selasa
16
Rabu
17
Khamis
18
Jumaat
4
L
S
S
S
S
S
S
S
S
S
3

L
L

S





2


L

S





1



L
S





    Petunjuk    
    L    :  lawatan
    S    :  sekolah
    BL  :  dicutikan



Gerak Gempur SPPIM (Tingkatan 4)                               :  14 - 16 November 2016
Hari Rekod Prestasi Peperiksaan Penggal 2(Ting 1-4) :  19 November 2016, Sabtu
Peperiksaan Bertulis SPPIM (Tingkatan 4)                     :  21 – 24 November 2016
Cuti Sekolah Akhir Tahun 2016                                       :  18 November 2016 - 2 Januari 2017


Berikut surat yang telah diedarkan kepada para pelajar hari ini:


SURAT MAKLUMAN SOLAT HAJAT SPPIM SMI & SPM

Dilampirkan surat yang telah diedarkan kepada pelajar sekolah pada hari ini.
Tarikh: 4 November 2016, Jumaat
Masa: 8.00-9.45 malam
Tempat: Musolla Al-Amin Bangi


PROGRAM KEIBUBAPAAN BAGI KEMASUKAN PELAJAR KE SMSAAB

Tarikh: 12 November 2016, Sabtu
Masa: 8.30 pagi-1.30 tengah hari
Tempat: DK 1, Faculty of Computer Information System, UNITEN

(Program wajib hadir kepada setiap ibu & bapa yang memohon ke SM SAAB bagi sesi 2017)

PENCAPAIAN HAFAZAN PELAJAR & NAIK TINGKATAN 2017 DI SMSAAB

1) Tahniah kepada semua pelajar yang telah melengkapkan hafazan surah-surah bagi tingkatan antum. Semoga hafazan dapat terus dilakukan & terus ikhlaskan niat kerana Allah taala.


2) Naik Tingkatan 2017. (Bagi Tingkatan 1-4 2016)
Pelajar yang masih belum capai target hafalan 1 juz, wajib melengkapkan hafalan dalam tempoh 1-18 November 2016 dengan guru tasmik untuk bagi kelayakan masuk ke SM Sri Al-Amin sesi 2017.

Berikut adalah Silibus Hafazan Pelajar Sekolah Menengah:



3) Semoga Kebitaraan Sekolah dalam pencapaian hafazan pelajar setiap tingkatan capai 100% lengkap, insyaAllah. 

4) Berikut adalah usaha-usaha pencapaian hafazan anak-anak sekolah menengah semasa cuti pertengahan penggal 1 yang lepas dengan penganjuran Kem Hafazan Sekolah, makluman rujuk disini 

5) Adalah diharapkan anak-anak yang belum lengkap hafazan tingkatannya dapat hadir melengkapkan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

Friday 14 October 2016

WOMEN 'S BOAT TO GAZA


 








[tv.IKRAM] http://tv.ikram.org.my/?p=1768 | Kongsi detik-detik dikepung tentera zionis

#womensboattogaza

[Video] http://bit.ly/2dHkBGO | Agenda AWANI Khas: #Zaytounaoliva misi kemanusiaan "Women's Boat to Gaza"

[Berita] Dr Fauziah dibebaskan, tiba di KLIA malam ini

SERI KEMBANGAN - Aktivis misi Women’s Boat to Gaza (WBG) Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan dijadualkan tiba pada malam ini di KLIA setelah dibebaskan oleh rejim zionis.

Baca lagi: http://bit.ly/2dDE22P

[tv.IKRAM] http://tv.ikram.org.my/?p=1775 | Dr Fauziah selamat kembali ke tanah air

#womensboattogaza


๐Ÿ‘†#TerkiniWBG | PENGUMUMAN!

SAMBUTAN KEPULANGAN SERIKANDI NEGARA, DR. FAUZIAH HASAN

Untuk makluman semua, Dr. Fauziah, ahli misi Women's Boat to Gaza (WBG) akan tiba di KLIA malam ini.

Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Rose2Rose ingin menjemput semua pihak yang ingin menyambut kepulangan beliau dan menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin untuk hadir pada butiran berikut:

Tarikh: Jumaat, 7 Oktober 
Masa: Jam 8.30 malam ini
Tempat: Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA, Level 5

Selamat pulang Dr.Fauziah!

[Video] Bebaskan kami daripada tahanan Israel - Dr Fauziah | https://www.youtube.com/watch?v=ktc7_sAjAi8&feature=youtu.be



#TerkiniWBG Kapal Zaytouna-Oliva Women’s Boat to Gaza Sah Ditawan Tentera Israel

Crisis Centre Misi Women's Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini mengesahkan bahawa kapal Zaytouna-Oliva beserta 3 krew dan 10 orang anak kapal (termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar jam 8:58 malam hari ini (5 Oktober). Kapal Zaytouna dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod.

Maklumat lanjut akan menyusul.


[tv.IKRAM] http://tv.ikram.org.my/?p=1758 | Misi Women's Boat to Gaza buka mata dunia - Norsham

#womensboattogaza

[Berita] Halang Zaytouna cabuli undang-undang maritim antarabangsa - Dr Hafidzi

SERI KEMBANGAN - "Tindakan Israel menghalang kapal Zaytouna-Oliva untuk memasuki Gaza di perairan antarabangsa jelas mencabuli undang-undang maritime antarabangsa," tegas Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang turut mengutuk tindakan tersebut.

Baca lagi: http://bit.ly/2dQiChr
#womensboattogaza

[Artikel] Women's Boat to Gaza: Patutkah Muslimah turut serta? - Ustazah Maznah Daud

"...Namun di sana terdengar juga desas-desus suara sumbang mempersoalkan kewajaran inisiatif Women's Boat to Gaza (WBG) sama ada daripada sudut kemanusiaan mahupun dari sudut hukum syarak.

Masih ada yang menganggap bahawa Palestin adalah masalah orang Arab. Biar mereka selesaikan. Mengapa kita menyibuk? Di tempat kita pun masih ramai orang susah yang perlu dibantu. Luahan seperti ini tidak lahir kecuali daripada mereka yang buta sejarah serta jahil tentang agama..."

Baca lagi: http://bit.ly/2dQ3ukV

#womensboattogaza

[Berita] Akan sertai lagi misi bot ke Gaza

SEPANG - Meskipun kapal misi Women’s Boat to Gaza (WBG) dirampas, semua ahli misi ditahan dan dihantar pulang, Dr Fauziah Mohd Hasan tetap bersemangat kuat dan bertekad untuk menyertai lagi misi bot ke Gaza.

“Dalam bot itu (Zaytouna-Oliva), kita telah berbincang untuk berjumpa di Stockholm pada bulan Mei tahun depan untuk merancang flotila seterusnya untuk Gaza, insya-Allah,” jelas beliau ketika tiba di KLIA dari Bangkok semalam di sini.

Baca lagi: http://bit.ly/2dA0bCS

#womensboattogaza

[tv.IKRAM] Penahanan sudah dijangka - Prof Alauddin

http://tv.ikram.org.my/?p=1753

[tv.IKRAM] “Misi ini berjaya walau apa pun kesudahannya” - Dr Hafidzi

http://tv.ikram.org.my/?p=1745

#womensboattogaza

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
6 Oktober 2016 bersamaan 5 Muharam 1438H

IKRAM KUTUK PENAHANAN PESERTA MISI WOMEN'S BOAT TO GAZA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan kesemua 13 wanita peserta Misi Womens Boat to Gaza (WBG) oleh tentera rejim negara haram Israel.

Kesemua ahli misi wanita tersebut adalah dari pelbagai negara, salah seorang dari Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Objektif utama misi ini adalah untuk memecahkan tembok sekatan terhadap Gaza yang telah menyebabkan rakyat Palestin hidup dalam tekanan dan kesengsaraan.

IKRAM mendesak agar kesemua tawanan tersebut dibebaskan dengan serta-merta.

IKRAM juga mendesak agar kerajaan di seluruh dunia, termasuk kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Israel untuk membebaskan semua tahanan dan menamatkan sekatan terhadap Gaza.

Dr Fauziah adalah juga Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan suaminya, Prof Dr Hj Mohd Alauddin Mohd Ali adalah Bendahari IKRAM Pusat. IKRAM berharap Prof Alauddin dan keluarga akan terus bersabar dengan ujian ini.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

http://bit.ly/2dznau6
#womensboattogaza


#TerkiniWBG | Panggilan telefon dari Dr Fauziah
Kedudukan terkini Kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 60 batu nautika ke arah Pantai Gaza pada jam 12.00 tengahari waktu tempatan (05.00 pm waktu Malaysia).

Kesemua ahli misi dalam keadaan baik. Mereka sedang memasak untuk hidangan tengahari dengan tenang.

Warga Gaza sedang menanti manakala tentera Zionis Israel sedang menuju ke arah mereka.

**********************
Ayuh lakukan sesuatu! Ketahui bagaimana anda boleh membantu menjayakan misi ini: http://bit.ly/PerananAnda

#WomensBoattoGaza

#TerkiniWBG | Update dari Al Jazeera Channel - ู‚ู†ุงุฉ ุงู„ุฌุฒูŠุฑุฉ

Kapal tentera Zionis Israel bergerak dari pelabuhan Ashdod menuju ke bot Women's Boat to Gaza untuk memintas perjalanan mereka.

Sumber: ู‚ู†ุงุฉ ุงู„ุฌุฒูŠุฑุฉ ู…ุจุงุดุฑ - Aljazeera Mubasher Channel
*********************

Kapal Zaytouna membawa 13 orang serikandi berjiwa besar dari 12 buah negara mengharungi lautan luas demi memastikan nasib rakyat Palestin terus mendapat perhatian dan pembelaan dunia.

Kapal Zaytouna mempunyai SATU tujuan sahaja iaitu menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza kerana Zaytouna percaya rakyat Gaza berhak menikmati kebebasan dan keadilan seperti mana manusia lain.

Teruskan ikuti #TerkiniWBG di FB Rose2Rose
Ayuh lakukan sesuatu! Ketahui bagaimana anda boleh membantu menjayakan misi ini: http://bit.ly/PerananAnda
#WomensBoattoGaza


❤️ KEMPEN #GIVEHOPE ❤️

Misi Dr Fauziah ke Gaza melalui Women’s Boat to Gaza bertujuan untuk membantu wanita dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan segera.

Sudah ada ibu-ibu membawa anak-anak mereka yang sakit ke Pelabuhan Gaza kerana tahu terdapat seorang doktor dalam perjalanan ke Gaza.

Sungguhpun tidak sampai ke Gaza, misi membantu wanita dan kanak-kanak ini wajib diteruskan, maka ayuh membantu mereka melalui Kempen #GIVEHOPE

PROJEK PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)
✅ Kos Tajaan: RM100 /unit
✅ Sasaran Tajaan: 15,000 unit

Projek ini akan membantu lebih 3,000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada di dalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenal pasti oleh pejabat MyCARE - Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM75 juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza melalui 2 langkah mudah untuk menyumbang:

1⃣ Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':
Akaun Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

2⃣ Maklumkan melalui e-mel ke account@mycare.org.my bersama salinan slip/resit
Atau
Whatsapp/Telegram ke 
+6019-6551948 (Ruhaiza)
nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’

Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman)

Mohon sebarkan info ini kepada saudara/kenalan/sahabat anda!
#womensboattogaza #rose2rose #MyCARE #GiveHope