Wednesday 20 July 2016

PROGRAM QIAMULLAIL 'SLEEPOVER' TINGKATAN 5

Tarikh: 22 Julai 2016
Masa: Bermula jam 6.30 petang

Inilah saatnya kita makin rapat diri terus dengan Allah taala, semoga terus istiqomah ya, anak-anak Insan Rabbani sekalian.

Program Qiam ini akan disokong kuat oleh semua wakil/ajk batch yang akan memastikan setiap program berjalan lancar.

Terdapat penilaian iaitu PENILAIAN QIAM SUPER BATCH, yang akan dilakukan oleh para mentor masing-masing & insyaAllah program ini akan dinilai dari segi:


 .Adab-adab & maklumat berkenaan Qiamullail ini:









MAJLIS HARI RAYA SM AL-AMIN BANGI 2016

Tarikh: 25 Julai 2016, Isnin
Masa: 
10.30 pagi

Aturcara Majlis Hari Raya 8.00-10.00am : Pembelajaran & Pengajaran di dalam kelas berjalan seperti biasa 10.00-10.30am : Perasmian & Ucapan Wakil Pelajar/Batch (Qoah) 10.30 - 1.50 pm : Jamuan Raya 1.50 - 2.30pm : Solat Zuhur 2.30 - 3.45pm : Gotong-Royong
Pakaian:
Banin- Baju raya & Kasut sekolah
Banat- Baju raya, Tudung & Kasut sekolah
Tempat jamuan : -Tingkatan 1 hingga 5 di kelas - Pelajar tahfiz 1 dan tahfiz 2 di Qoah
Menu makanan bagi setiap kelas (Tertakluk kepada perubahan yang tetapkan perbincangan Mentor kelas bersama Para Mentee) 1j : Satay 1b : Nasi Dagang 1t : Spaghetti 2j : Soto 2b : Lemang / nasi impit, rendang dan kuah kacang 2t : Murtabak 3j : Western Dessert 3b : Lontong 3t : Pizza 4 it : Nasi Minyak 4 is : Makaroni 5it : Laksa 5is : Mee kari Tahfiz 1 : Mee bandung Tahfiz 2 : Spaghetti




MENU JAMUAN RAYA TAHUN LEPAS ^ ^



Tuesday 19 July 2016

SIMULASI LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH


Tarikh: 19 Julai 2016
Masa: 4.00-4,15 petang
Masa yang diambil untuk berhimpun: 5 minit









TAKLIMAT KESIHATAN BERKENAAN PENYAKIT BERJANGKIT

Tarikh: 19 Julai 2016, Selasa
Taklimat dilakukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah kepada semua tingkatan 5 selepas sesi rehat 1. 


SERUAN PUASA HARI-HARI PUTIH SETIAP BULAN


Seruan PUASA HARI-HARI PUTIH Bersamaan PUASA SUNAT 6 HARI
(Syawal 1437H)
Disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan, iaitu setiap 13, 14 dan 15 hari bulan dalam bulan-bulan Hijriyyah. Namanya Puasa Ayyamul Bidh (Hari-Hari Putih) kerana pada malam ke-13, 14 dan 15, bulan purnama yang muncul pada saat itu kelihatan bersinar putih. Bulan ini (Syawal) insya Allah bertepatan dengan hari Isnin, Selasa & Rabu bersamaan dengan 18, 19, dan 20hb Julai 2016.

(Sempena bulan Syawal juga, Puasa Hari Putih dapat ditunaikan sekali dengan Puasa Sunat Syawal bagi menyempurnakan 6 hari keseluruhan)

Diantara Dalil-Dalil Puasa Hari Putih:

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhuma,

"Dan berpuasalah tiga hari pada setiap bulan. Kerana sesungguhnya kebaikan itu akan (digandakan) dengan sepuluh (kali) ganda. Oleh kerananya engkau seolah-olah berpuasa selama sebulan penuh.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Sahabat Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anhu tentang pelaksanaannya:

“Wahai Abu Dzar, jika engkau berpuasa tiga hari dalam setiap bulannya maka berpuasalah pada (tanggal) 13, 14 dan 15 (maksudnya bulan hijriyyah).”
(HR. Tirmidzi dengan sanad hasan)

Ayuh bantu sebarkan amalan ini, semoga mendapat redha dan pahala dari Allah. ☺

Friday 15 July 2016

PENTAKSIRAN GEOGRAFI PT3 TINGKATAN 3 2016





SURAT EDARAN KEPADA PELAJAR & SURAT UNTUK KAJIAN GEOGRAFI PT3 

 

12 Julai 2016 
Taklimat kerja kursus Pentaksiran daripada Guru Subjek Geografi Tingkatan 3

13-17 Julai 2016 
Menyiapkan Soal selidik & Mendapatkan maklumat daripada responden

PELAJAR-PELAJAR SM AL-AMIN BANGI MENYERTAI KARNIVAL KOKU SMI AL-AMIN GOMBAK

Tarikh: 15 Julai 2016
Tempat: Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

Berikut peserta yang menyertai:

Bergambar sebelum perlawanan:



Wakil Al-Amin Bangi sedang beraksi:

KELAS BAHASA KELAB KELAS PT3 15 JULAI 2016

Tarikh: 15 Julai 2016
Tempat: Kelas Tingkatan 3

Semoga anak-anak semakin berani & terus yakin membina ayat-ayat menggunakan bahasa arab. Mumtaz!!







HARI KOKURIKULUM SMI 2016


SURAT EDARAN PELAJAR BERKENAAN HARI KOKURIKULUM & SEKOLAH GANTI (Kecuali Tingkatan 3) PADA 16 JULAI 2016

 

PERSIAPAN PARA PELAJAR SEMPENA HARI KOKU 2016







Monday 4 July 2016

PERJUMPAAN IBUBAPA BERSAMA PIHAK SEKOLAH BERKENAAN MAKANAN & KANTIN

Alhamdulillah pada 1 Julai 2016 lepas telah berlangsung sesi pertemuan di pejabat bilik mesyuarat sekolah menengah, beberapa ibubapa prihatin (turut serta wakil AJK PIBG, Dr Zaini) bersama Mudir sekolah menengah dan guru penasihat Kantin & Makanan sekolah.

Perbincangan berlaku dengan baik dan diserahkan juga beberapa aduan & susulan cadangan berkenaan pengurusan kantin & makanan sekolah. Pihak sekolah memberi komitmen untuk bekerjasama memastikan pihak kantin sekolah menambahbaik pengurusan operasi
penyedian makanan & kaedah pembayaran makanan bermula 12 Julai ini.

Beberapa aduan terdahulu yang telah dikumpulkan telah diserahkan salinan kepada pihak syarikat pengurusan sekolah serta pihak kantin sebagai tindakan susulan pertemuan ini. Semoga Allah mengganjari semua pihak berusaha memastikan mutu makanan & kesihatan warga Al-Amin Bangi terus bertambah baik insyaAllah.