Tuesday 2 August 2016

AL-AMIN BANGI TERLIBAT DALAM PROGRAM BANGI BERSIH BERTERUSAN


Warga Al-Amin Bangi yang prihatin.

Alhamdulillah, Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi turut serta dalam Mesyuarat Penyelarasan Bangi Bersih Berterusan pada Rabu lepas telah dihadiri 15 orang wakil Bangiku, Per. Penduduk Sek. 9, Per. Penduduk Puncak Bangi, Surau Al Falah, Surau Rahman Auf, Sekolah Kpi Bangi, beberapa NGO termasuk Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bersetuju utk meneruskan aktiviti Bangi Bersih Berterusan untuk mencapai objektif:

1. Menjadikan Bangi Bandar Bersih daripada iklan haram & sampah tabur
2. Memberi kesedaran (awarness) berterusan kpd penduduk utk menjaga kebersihan.
3. Menyeru lebih ramai penduduk utk mengikuti aktiviti sukarela Bangi Bersih Berterusan.
4. Menghantar "signal" kpd pihak berkuasa/PBT supaya menangani iklan haram& sampah tabur sehingga tuntas.
5. Merancang program jangka panjang utk menangani Iklan Haram & Sampah Tabur melibatkan Kerajaan Negeri & MPKJ.
6. Mencontohi Kerajaan Melaka & Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka yg berjaya mewujudkan Bandar Bersih.

Mesyuarat juga bersetuju untuk meneruskan Program
Gotong Royong Bangi Bersih Berterusan pada tarikh seperti dibawah:

Tarikh: Sabtu 6hb Ogos 2016
Masa: 7.30pagi-10.30pagi
Berkumpul di Masjid Al Hasanah
Lokasi Gotong Royong: Pusat Bandar Seksyen 9

Program ini anjuran Persatuan-persatuan Penduduk dan Surau-surau Seluruh Bandar Baru Bangi

Dengan kerjasama ADUN BANGI, MPP ZON 23 MPKj, Masjid Al Hasanah, NGO2 ABIM-PEPIAS, ISMA, IKRAM, Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Sri Al Amin Bangi dan Sekolah KPI BANGI.

Sehubungan dengan itu diharapkan penyertaan dari semua pelajar dan ibu bapa. Dibawah adalah link pendaftaran KHAS untuk WARGA AL-AMIN BANGI sahaja.
https://goo.gl/0FCsxu

Pengangkutan adalah dibawah tanggungan sendiri.
Ini adalah sebahagian usaha dalam kita menyantuni masyarakat dan alam sekitar.
InsyaAllah pihak sekolah bersama Persatuan Penduduk Bangi  dan ADUN Bangi akan usahakan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat.

Harap dipanjangkan ke group WhatsApps kelab kelas masing-masing. Jazakumullah khairan kathira


POSTER TAHUN LEPAS: 




No comments:

Post a Comment