Friday 28 December 2018

KAWASAN LARANGAN MEROKOK 2019

Ramai dah tahu bahawa kerajaan telah mengisytiharkan restoran dan premis makanan terbuka sebagai kawasan larangan merokok bermula 2019. Baru-baru ini juga, kementerian membuat pengumuman bahawa perokok hanya dibenarkan untuk merokok apabila jaraknya 3 meter atau 10 kaki daripada restoran atau kedai makan.
Mungkin ramai yang keliru tentang sempadan 3 meter yang ditetapkan. Maka, KKM telah mengeluarkan infografik bagi membantu orang awam memahami dengan lebih jelas kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.
Jadi, jom kita semak infografik tersebut.

KAWASAN LARANGAN MEROKOK YANG DIWARTAKAN
BERMULA 2019

1. Rumah Kedai
Bagi kedai makan yang terletak dalam rumah kedai, jarak 3 meter ini bermula dari sempadan premis tersebut hingga ke jarak 3 meter di sisinya, termasuklah ruang pejalan kaki dan kawasan tempat parking, seperti yang kita boleh tengok dalam rajah di bawah ini.
Kawasan larangan merokok 2019
2. Tempat Makan Terbuka
Sekiranya restoran atau kedai makan tersebut turut menyediakan tempat makan terbuka, maka kawasan larangan merokok juga meliputi kawasan terbuka tersebut. Kalau dilihat dari infografik ini, jarak 3 meter dikira dari lingkungan kerusi dan meja makan yang paling luar.
3. Gerai Makan
Begitu juga halnya dengan keadaan di gerai-gerai makan. Jarak 3 meter bukan saja dikira dari gerai, tetapi 3 meter dari kerusi dan meja yang disediakan.
kawasan larangan merokok
4. Food Truck 
Food truck atau gerai makanan juga begitu.
5. Restoran Atas Tanah Lot
Bagi restoran yang terletak di atas tanah lot, keseluruhan kawasan dalam perimeter lot tersebut adalah kawasan larangan merokok. Jadi tak kiralah makan di luar atau dalam, kedua-duanya tetap tak boleh merokok kalau kita lihat dari rajah di bawah ini.
kawasan larangan merokok
6. Kedai Makan Dalam Sungai
Kedai makan dalam sungai ni mungkin ada yang rasa pelik, tapi memang ada di Malaysia. Konsepnya ala-ala berkelah gitu. Kalau google, antaranya terletak di Kemensah, Gerik, dan Baling Kedah.
Apapun, kedai begini pun tak terlepas daripada kawasan larangan merokok juga ya.
7. Kenderaan
Tempat makan dalam kenderaan seperti kantin dalam KTM, ERL serta bot-bot cruise juga diisytihar sebagai kawasan larangan merokok sepenuhnya.
8. Kedai Makan Atas Awan
Akhir sekali, yang ni gambarnya mungkin melucukan sedikit. Mungkin maksudnya kedai makan atas awan macam restoran di KL Tower agaknya. Korang rasa?

23 KAWASAN LARANGAN MEROKOK YANG TELAH DIWARTAKAN DI BAWAH PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU

Bagi yang tak tahu, restoran bukanlah satu-satunya tempat yang tak dibenarkan merokok. Sebenarnya Malaysia telahpun mengisytiharkan 23 kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. 2 daripadanya baru dikuatkuasakan, iaitu Bangunan Parlimen dan premis / kedai makan terbuka.
Maka, kesemua 23 kawasan larangan merokok kini adalah:
  1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam
  2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
  3. Di dalam lif atau tandas awam
  4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
  5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22
  7. Di dalam mana-mana lapangan terbang
  8. Di dalam mana-mana premis kerajaan
  9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  12. Di dalam mana-mana bas sekolah
  13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
  14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
  15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
  17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet
  20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara
  21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat
  22. Bangunan Parlimen
  23. Di mana-mana restoran dan kedai makan terbuka

SEMOGA DIKUATKUASAKAN DENGAN SERIUS!

Peraturan larangan merokok ini bakal dikuatkuasakan Januari tahun depan. Menurut undang-undang, sesiapa yang melanggarnya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Orang awam pun perlu lebih alert supaya kita dapat memahami hak masing-masing. Kalau ramai-ramai bantah, mungkin perokok pun ‘segan’ nak merokok di tempat larangan yang telah diwartakan ini. Tapi kalau tak ada tindakan daripada pihak berkuasa mahupun orang ramai, tentulah mereka tetap selamba merokok walaupun telah dilarang, kan?
*Sumber infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia

Thursday 8 November 2018

KONVENSYEN TARBIAH SEKOLAH 2017

Tarikh: 6-8 November 2018
Tempat: Dewan Cempaka PKNS, Taman Tasik Cempaka & sekitar Bangi Central Bandar Baru Bangi

Montaj Program: 


KAJANG - Melihat ayah yang bekerja keras mencari rezeki, ia menimbulkan kesedaran kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi (SMSAAB), Muhammad Raziq Kaharuddin, 15, untuk mula jatuh cinta dengan solat sunat dhuha.
"Sebab yang pertama adalah bila tengok ayah saya balik kerja, saya tengok dia letih.”
“Dari situ, timbul kesedaran yang ayah saya bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga," kata beliau yang meyakini solat dhuha dapat membuka pintu rezeki.
Konsisten solat dhuha di musolla sekolah hampir setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula, beliau turut didorong oleh salah seorang rakan beliau yang terlebih dahulu berbuat demikian.
"Mula-mula tu rasa susah, rasa tak ikhlas. Tapi lama-lama buat, insya-Allah, rasa susah tu hilang. Buat sahaja dahulu," pesan akhir beliau yang memberi inspirasi supaya rakan-rakan yang lain turut rajin menunaikan solat dhuha.
Perkara ini dikongsikan ketika sesi ‘Why Am I Here?’ dalam program Konvensyen Tahunan SMSAAB (KONTAS 2017) yang telah berlangsung pada 6-8 November lalu di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi.
    
Program yang bertemakan ‘Pengalaman Mendewasakan’ itu disertai seramai 254 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.
‘Bedah Movie’, sesi dialog bersama Mudir, Penolong Kanan dan Kaunselor ‘Tanyalah Ayahanda dan Bonda’, dan projek khidmat masyarakat ‘Ready For Take.. and Action!’ adalah antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.
Para peserta diterapkan dengan nilai mengutamakan solat, kebersihan tanggungjawab bersama dan saling hormat-menghormati sepanjang program tersebut berlangsung.
Selain untuk memupuk keyakinan dan jati diri peserta, program ini juga diharapkan dapat memupuk rasa izzah (bangga) sebagai Muslim dan juga sebagai pelajar SMSAAB.
Menariknya, program ini digerakkan oleh para murabbi yang dalam kesibukan membuat persiapan akhir tahun dan juga alumni FASA (Former Al-Amin Bangi Student) yang mengorbankan masa cuti mereka untuk adik-adik.
Sumber & foto: FB SMSAAB

Monday 8 October 2018

DAURAH MURABBI OSEM KAKITANGAN SEKOLAH

TARIKH: 13 Oktober 2018, Sabtu


BERLINDUNG DARI KEBURUKAN HATI & JIWA


AIR DI SEKOLAH TIADA 9-10 OKTOBER 2018





WHAT A REAL PHARMACY SHOULD LOOK LIKE


SEKOLAH RENDAH MEDAN PEMBINAAN KARAKTER-DR MM


PERSEDIAAN BARANG UNTUK BERKHEMAH

KHEMAH

persediaan berkhemah


PELAPIK / TOUR MAT

aktiviti berkhemah


Bag Tidur / Sleeping Bag

bekas tidur


ALATAN MEMASAK DALAM API

persedian berkhemah

Ini adalah alatan tambahan:-
  • Puncho / baju hujan. 
  • Lilin memasak sebagai permulaan hidupkan api untuk membakar kayu.
  • Periuk memasak. 
  • Ubatan. Lebih - lebih lagi minyak gamat. Serangga banyak dalam hutan.
  • Kain batik/pelikat, penting semasa Nature Call
  • Barangan penjagaan diri.
  • Botol air.
 BAG
Pastikan dimasukkan plastik terlebih dahulu sebelum meletakkan pakaian agar melindungi daripada basah & rosak.

Rujukan: https://www.bellaidura.com/2017/03/persediaan-barang-untuk-berkhemah.html




10 TIPS PERKHEMAHAN SELAMAT.


10 TIPS PERKHEMAHAN SELAMAT.
Jika anda merancang untuk menjadi pelarian sementara dan gemar gaya hidup pantas, bebas dan ringkas, aktiviti berkhemah menawarkan kegiatan luar yang sederhana dan menyeronokkan. Namun, beberapa tip perlu diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat!
1. Cari lokasi sebelum gelap
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin. Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah pilihan terbaik saat mengembara di luar. Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
2. Pilih beg tidur yang sesuai
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat. Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
3. Bawa bekalan makanan berbungkus
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan. Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oatmasak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
4. Elak meninggalakn kesan
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang. Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya. Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan. Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
5. Pilih pakaian yang bersesuaian
Biarpun anda bukan seorang 'fashionable' tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan. Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
6. Elak hidupan liar dan tumbuhan beracun
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali. Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
7. Elak sesat
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
8. Bawa kit kelengkapan
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam. Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
9. Kekalkan kebersihan diri
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah. Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor. Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
10. Lebih penjagaan jika berkhemah bersama kanak-kanak
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam. Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka..
.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!

Rujukan:


https://www.facebook.com/styloreng/posts/10-tips-perkhemahan-selamatjika-anda-merancang-untuk-menjadi-pelarian-sementara-/1561400017222251/
#copypaste

PEPERIKSAAN SPPIM SMI


TARIKH: 8-11 Oktober 2018, Isnin-Khamis.


Sunday 30 September 2018

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPPIM 2018


Berikut adalah senarai matapelajaran SPPIM SMI


PERHATIAN CALON PT3 2018



🌀 Ujian PT3 Bertulis 🌀
1-4 Okt 2018 (Isnin-Khamis)

Mohon kerjasama ibu bapa untuk perkara berikut ;

Calon peperiksaan mesti hadir dengan beruniform sekolah lengkap setiap hari peperiksaan dan siap bersarapan

Calon peperiksaan mesti datang awal ( 7.40 pagi sudah berada di sekolah)
✏ 7.40 pagi - beratur di gelanggang SMI mengikut dewan/bilik peperiksaan & semakan kehadiran
✏ 7.55 pagi - Bacaan doa & bersedia untuk ke dewan/bilik (ikut arahan guru)
✏ 8.00 pagi - Masuk dewan/bilik peperiksaan

Pastikan anak-anak membawa kad pengenalan  dan alat tulis lengkap  (siap diikat dengan getah); kotak pensel dilarang bawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan walaupun yang lutsinar.

Sebarang kelewatan atau masalah kesihatan sila hubungi SU PT3, Mlmh Nor Naimah (012 616 3045)

Makanan pagi dan waktu rehat yang diuruskan oleh Kelab Kelas, perlu di letakkan di kantin. Kotak minuman dibenarkan disimpan sementara di makmal basah (tepi kantin) untuk mudah ambil.


Allahu musta'an. Semoga  calon-calon PT3 mendapat ketenangan dan ilham yang baik dari Allah dengan asbab usaha mereka dan doa semua pihak dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

đź”…Jazakumullahu khairan kathira atas perhatian dan kerjasama đź”…


PKA SMSAAB

AKTIVITI MINGGU PT3, SPPIM & PEPERIKSAAN PENGGAL 2 2018

MINGGU PT3
Tempoh: 1-5 Oktober 2018

Sesi persekolahan berjadual
Kem Pecutan SPM 2018
Perkampungan Pengukuhan Subjek-subjek Syariah Tingkatan 4
Sesi pengukuhan hafazan
Sesi Pentaksiran PKPIM Akhlak murid-murid di rumah.

MINGGU SPPIM SMI
Tempoh: 8-12 Oktober 2018

Mukhayyam Tahunan Tingkatan 1-3
Sesi persekolahan berjadual
Sesi pengukuhan hafazan
 


Jadual Peperiksaan Penggal ke 2 2018
Tingkatan 1 & 2

Tingkatan 1 TIM

Tingkatan 4