Saturday 28 December 2019

PASAR KARAT LEPASAN SPM 2019











  


PROGRAM GOTONG ROYONG PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2020

Ibubapa, penjaga & anak-anak hadir program gotong royong persiapan persekolahan bersama mentor masing-masing pada 28 Disember 2019, sabtu Alhamdulillah.

Reward QR code bagi anak-anak yang hadir & ibubapa juga, tahniah yang bawa QR Card masing-masing.

PK HEM SMSAAB






Saturday 21 December 2019




Mudir sekolah turut serta menjadi pengerusi majlis salah satu slot Kolukium


Beberapa guru sekolah sekolah SM & SR Sri Al-Amin Bangi turut membentangkan hasil kajian masing-masing antara Muallimah Hafizah bt Jamaluddin (Penolong Kanan Akademik), Muallim Hazim Md Rosnan (Mantan PK Kokurikulum), Muallim Ahmad Fadhli b Mohd Faudzi (Pengetua), Muallimah Irmaniza (Guru sekolah rendah), Muallimah Kasni bt Aming (Penolong Kanan sekolah rendah) dan beberapa orang guru lagi turut terlibat. 




Sesi pembentangan Pengetua dan guru-guru sekolah lain. 








Wednesday 15 May 2019

KELAS RAMADAN: EPISOD 7 BERSAMA PENGETUA SEKOLAH

Kelas Ramadan: Episod 7
Bersama
Muallim Fadhli Faudzi, Pengetua SMI Al Amin Bangi
SYOKNYA RAMADAN DI SEKOLAH
" ..Anak-anak tidak melihat (Ramadan) ini sebagai suatu benda yang memenatkan, meletihkan dan membosankan tetapi aktiviti yang ditunggu-tunggu dan boleh menceriakan anak-anak ini ,”
Kreativiti dan inovasi sekolah diperlukan untuk mewujudkan suasana yang tidak membosankan sepanjang Ramadan.
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna.

Saturday 13 April 2019

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM IKRAM MUSLEH 2019

 Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum IKRAM Musleh
telah berlangsung di i-City Convention Centre, Shah Alam pada Sabtu 13 April 2019, 1.30-5.00 petang.

Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf guru dan para pelajar yang komited, cemerlang serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kemasyarakatan.

Beberapa individu dari sekolah kita telah menerima anugerah.

1. Anugerah Pengetua Cemerlang
🍭Ahmad Fadhli b Mohd Faudzi

2. Anugerah Ikon Guru
🍭 Siti Hajar binti Mohd Ghazali
🍭 Imaduddin bin Zainal Arifin

3. Thalhah bin Ubaidillah (Tokoh Khidmat Masyarakat)
🍭Huda Nabihah binti Mohd Roslan (Ting 5 2018)

4. Sa'ad b Abi Waqqash (Ko kurikulum Terbaik)
🍭 Muhammad Shazamier bin Zailani (2 Biruni)

🍁 Pengacara Majlis
BM - Ahmad Luqman bin Fazli (5IS)
BA - Luqman Munir bin Mohd Roslan (5IS)
Bimbingan - Muallimah Muslihah Awi & Muallimah Jannati

🍁 Qari Majlis
Anas Hakim bin Dahari (5IS)

Tahniah kepada penerima.


Tuesday 19 March 2019

JADUAL WAKTU PT3 2019

TUGASAN, UJIAN LISAN BERTUTUR, TILAWAH DAN HAFAZAN


UJIAN LISAN MENDENGAR

UJIAN BERTULIS




Monday 4 March 2019

KELASS RAMADAN: EPISOD 1 BERSAMA ALUMNI AL-AMIN

Kelas Ramadan: Episod 1
Bersama
Hanifah Jailani
Eksekutif Orang Muda PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
RAMADAN SEPENUH HATI
Marhaban Ya Ramadhan
Dah dekat sangat..tak lama je lagi..Ramadan bakal tiba.
Meraikan Ramadan, mengetengahkan siri Kelas Ramadan yang bertujuan
untuk menyebarkan kebaikan dan ilmu kepada masyarakat umum bagi meningkatkan amalan di bulan Ramadhan khususnya.
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna.

Wednesday 6 February 2019

PERTANDINGAN MTQSS PERINGKAT SMSAAB 15/2/19



JOM SERLAHKAN BAKAT ANTUM!!
TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SMSAAB!!!
JOM DAFTAR SEKARANG DI SINI


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:




SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: TILAWAH AL-QURAN)

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: TILAWAH AL-QURAN)

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMSAAB 2019

2. Masa bagi setiap peserta ialah 8 minit

3. Bacaan setelah tempoh 8 minit berakhir tidak akan diberi markah.

4. Peserta boleh memulakan bacaan setelah isyarat diberikan oleh juru acara.Masa akan mula dikira bermula daripada peserta membaca isti'azah dan basmalah.  

5. Pada minit ke-6, loceng pertama akan dibunyikan setelah peserta sampai kepada waqaf/ peserta berhenti membaca.

6. Loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-8 menandakan masa yang diberikan telah tamat. 

7. Peserta yang tidak muncul pada gilirannya setelah 3 kali dipanggil oleh juruacara boleh dibatalkan penyertaan (menurut budi bacara ketua hakim)

8. Riwayat & Toriq Bacaan: peserta dikehendaki membaca mengikut riwayat Hafs Toriq Syathibi sahaja. 

9. Peserta hendaklah memakai seragam sekolah yang kemas dan lengkap.

10. Acara ini akan dihakimi berdasarkan 4 bahagian berikut: Tajwid (40 markah), Tarannum (25 markah), Fasohah (20 markah) & Suara (15 markah).

11. Ayat pilihan yang akan diundi adalah seperti berikut:

Peserta Banin:




Peserta Banat:

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: HAFAZAN AL-QURAN)

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: HAFAZAN AL-QURAN)

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMSAAB 2019 dengan dua kategori; kategori banin dan kategori banat. 

2. Cabutan soalan undian hafazan hendaklah dilakukan di hadapan hakim fatih dan munabbih di tempat pertandingan.

3. Bentuk ujian: Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafaz dengan lisan, melalui Surah Al-Fatihah dan beberapa surah yang ditetapkan, dengan lancar serta mengambil kira hukum-hukum tajwid, fasohah dan suara.

4. Setiap peserta acara hafazan Al-Quran kategori sekolah menengah diwajibkan menjawab lima soalan daripada set soalan yang dipilih. 

5. Senarai surah-surah hafazan untuk pertandingan kali ini ialah:
-Surah As-Sajdah
-Surah Yaasin
-Surah Al-Mulk
-Surah Nuuh
-Surah Al-Insaan

6. Peserta yang tidak muncul pada gilirannya setelah 3 kali dipanggil oleh juruacara boleh dibatalkan penyertaan (menurut budi bacara ketua hakim)

7. Peserta hendaklah memakai seragam sekolah yang kemas dan lengkap.

8. Contoh soalan:
-Sila sambung bacaan saya kemudian teruskan bacaan anda (kemudian hakim Fatih membaca isti'azah, basmalah dan 2 ayat daripada surah As-Sajdah)

-Sila ulang bacaan saya, kemudian teruskan bacaan anda (kemudian hakim Fatih  membaca ayat 9 daripada Surah Yaasin)

-Sila baca dari awal surah Al-Insaan.

8. Peserta yang tidak dapat menyambung bacaan hakim Fatih dalam set soalan yang dipilih, maka ujian tersebut boleh ditamatkan dengan 'Sodaqollahul'aziim'.

9. Soalan pertandingan hafazan ini adalah sulit. Peserta diminta memilih satu sampul yang menentukan set soalannya, kemudian menyerahkan sampul tersebut kepada hakim Fatih.

10. Masa bacaan: Setiap peserta dikehendaki menghafaz ayat-ayat atau surah-surah yang ditentukan dalam jangka masa 8 minit (tidak termasuk masa yang diambil oleh hakim Fatih dan Munabbih).

11. Hakim Fatih boleh menamatkan bacaan peserta jika beliau tidak dapat membaca dengan lancar dalam mana-mana soalan yang dikemukakan kepadanya, jika difikirkan perlu.

12. Bentuk bacaan: peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan tadwir sahaja.

13. Acara ini akan dihakimi berdasarkan 4 bahagian berikut: Hafaz & Lancar (40 markah), Tajwid (30 markah), Fasohah (20 markah) & Suara & Gaya (10 markah).

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: SYARAHAN AGAMA)

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: SYARAHAN AGAMA)

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMSAAB 2019

2. Peserta yang tidak muncul pada gilirannya setelah 3 kali dipanggil oleh juru acara boleh dibatalkan penyertaan (menurut budi bicara ketua hakim)

3. Sebelum hari pertandingan, peserta boleh bersedia dengan kesemua tajuk-tajuk di bawah: 
-Penghayatan Hari Kebangkitan Menjana Insan Berkualiti
-Keikhlasan Beribadah Pemangkin Jati Diri Ummah
-Remaja Berakhlak Aset Kegemilangan Negara
-Menutup Aurat Mengangkat Martabat

(contoh isi dan rangka teks bagi tajuk-tajuk di atas boleh dirujuk di bahagian bawah post ini)

4. Pada hari pertandingan, peserta akan mencabut undian tajuk syarahannya apabila gilirannya sampai. 

5. Nombor giliran dan undian tajuk yang diperolehi tidak boleh ditukar dengan peserta lain.

6. Masa bagi setiap peserta ialah 7 minit merangkumi; 
-masa persediaan selama: 2 minit
-masa menyampaikan syarahan: 5 minit

7. Isi syarahan setelah tempoh 5 minit berakhir tidak akan diberi markah.

8. Masa mula dikira bermula setelah tajuk syarahan diumumkan dan peserta berada di meja persediaan.

9. Loceng pertama akan dibunyikan sekali menandakan masa 2 minit untuk mencari isi bermula.

10. Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit ke-2 menandakan masa yang diberikan untuk mencari isi telah tamat.

11. Loceng ketiga akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan bermula. 

12. Loceng keempat akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan berbaki satu minit sahaja lagi.

13. Loceng kelima akan dibunyikan 2 kali menandakan tempoh untuk menyampaikan syarahan telah tamat.

14. Ketua Hakim hendaklah memberi taklimat kepada juru acara agar membacakan tajuk syarahan yang diundi oleh setiap peserta, selepas peserta berada di meja persediaan.

15. Peserta boleh diberhentikan serta merta oleh ketua hakim, dan markah tidak akan diberi jika menyentuh isu-isu sensitif seperti serangan peribadi, perkauman atau hasutan.

16. Peserta tidak dibenarkan membawa apa-apa kertas catatan luar kecuali kertas yang disediakan oleh penganjur sahaja.   

17. Peserta hendaklah memakai seragam sekolah yang kemas dan lengkap.

18. Syarahan hendaklah mengandungi minimum 3 isi.

19. Isu semasa/ data/ contoh hendaklah yang terkini (3 tahun ke belakang)

20. Acara ini akan dihakimi berdasarkan 4 bahagian berikut: Isi (40 markah), Penyampaian (40 markah), & Bahasa (20 markah). 

ISI
-isi yang tepat & logik
-kupasan syarahan mengandungi isi, huraian, contoh/ fakta/ data/ isu semasa/ sirah, penekanan isi, nas Al-Quran atau hadith beserta terjemahannya

-pemarkahan bahagian isi adalah seperti berikut:
isi 2 markah
huraian 2 markah
contoh/ fakta/data/ isu semasa/ sirah 2 markah
penekanan isi 2 markah
nas Al-Quran atau hadith 2 markah
terjemahan nas Al-Quran atau hadith 2 markah 
JUMLAH: 12 markah X 3 isi = 36 markah

jika ada isi keempat yang lengkap, maka akan ditambah lagi 4 markah
JUMLAH 36 + 4 = 40 markah


PENYAMPAIAN: 

-pendahuluan (basmalah, salam, pujian kepada Allah, selawat kepada Rasulullah)
-tajuk syarahan (definisi atau huraian tajuk)
-3 isi syarahan
-membaca isti'azah / basmalah ketika membaca nas Al-Quran
-kesimpulan (cadangan/ rumusan/ saranan)
-penutup & salam
-penyampaian yang meyakinkan
-lancar
-tidak membaca nota persediaan
-gaya yang bersesuaian
-fasih sebutan
-intonasi yang sesuai

BAHASA
-bahasa yang baik, jelas & mudah difahami
-bahasa yang sesuai, tepat dengan isi dan tidak menyinggung mana-mana pihak
-nas Al-Quran mesti dibaca dengan bertajwid dan tepat barisnya 


TATACARA PERTANDINGAN:
1. Pengacara memanggil peserta mengikut giliran yang diperolehi

2. Peserta pergi ke meja hakim untuk mengambil satu sampul surat berisi tajuk syarahan

3. Satu salinan tajuk diberikan kepada juru acara, satu salinan diberikan kepada hakim isi dan satu salinan lagi dibawa oleh peserta ke meja persediaan untuk rujukan peserta.

4. Juru acara membacakan tajuk syarahan. Loceng pertama akan dibunyikan sekali menandakan masa 2 minit untuk mencari isi bermula.

5. Peserta diberikan masa 2 minit untuk mencari isi bagi tajuk yang diundi olehnya. Peserta diberikan kertas 1/4 A4.

6. Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit ke-2 menandakan masa yang diberikan untuk mencari isi telah tamat.

7. Loceng ketiga akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan bermula. 

8. Loceng keempat akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan berbaki satu minit sahaja lagi.


9. Loceng kelima akan dibunyikan 2 kali menandakan tempoh untuk menyampaikan syarahan telah tamat.

-----------------------------

contoh isi atau rangka teks bagi tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan. (pelajar digalakkan mencari isi-isi lain)

TAJUK: MENUTUP AURAT MENGANGKAT MARTABAT
 


TAJUK: Penghayatan Hari Kebangkitan Menjana Insan Berkualiti





TAJUK: Keikhlasan Beribadah Pemangkin Jati Diri Ummah




TAJUK: Remaja Berakhlak Aset Kegemilangan Negara