Thursday, 31 May 2018

10 TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK DI BULAN RAMADHAN

World No Tobacco Day: 31 May 2018




Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan Rahmah (kasih sayang) dan Maghrifah (keampunan) bulan Ramadhan. Semoga Allah memberi izin kita dipanjangkan umur untuk bertemu tetamu mulia ini. Menyebut tentang Ramadhan, ia merupakan masa dan peluang yang sangat baik bagi mereka yang mempunyai niat untuk berhenti merokok. Bersempena dengan World No Tobacco Day pada 31 May 2018 juga, artikel ini akan membicarakan mengenai usaha untuk berhenti merokok.
Sebahagian besar masyarakat umum mengetahui bahaya merokok terhadap kesihatan. Begitu juga umum mengetahui tentang fatwa pengharaman merokok. Persoalannya ialah mengapa masih ramai yang meneruskan tabiat merokok? Sebenarnya perokok mampu berhenti merokok. Tak percaya? Tengok saja apabila anda berpuasa, anda boleh sahaja untuk tidak merokok.
Sememangnya tabiat merokok adalah sejenis ketagihan yang sukar diatasi. Ia bukan sahaja ketagihan fizikal malah ia juga melibatkan kebergantungan psikologi. Namun, ketagihan merokok boleh dirawati dengan keinginan dan semangat yang kuat. Untuk pengetahuan anda, semua klinik kesihatan di seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok. Khidmat nasihat dan ubat-ubatan bagi mengurangkan rasa ketagihan akan diberikan bagi membantu perokok untuk berhenti.
Berikut dikongsikan beberapa tips untuk berhenti merokok:
  1. Tentukan alasan yang kuat untuk anda berhenti
Anda mungkin mempunyai pelbagai alasan untuk berhenti merokok. Seeloknya carilah alasan yang paling kuat mengapa anda perlu berhenti sekarang. Mungkin faktor kesihatan anda yang semakin merosot, atau demi masa depan orang tersayang atau mungkin kerana faktor agama. Alasan yang kuat akan dapat menjadi dorongan dan motivasi untuk anda berhenti.
  1. Tentukan tarikh yang paling bermakna untuk anda berhenti merokok
Pilihlah tarikh atau peristiwa yang bermakna untuk anda berhenti. Contohnya hari lahir anda, hari graduasi anda atau hari anda mendapat cahaya mata. Dalam artikel ini, kita berbicara mengenai bulan Ramadhan. Waktu mengerjakan haji juga adalah sangat sesuai untuk anda berhenti merokok.
  1. Maklumkan hasrat anda kepada yang tersayang dan orang sekeliling.
Sokongan orang yang rapat dengan anda adalah sangat penting ketika proses berhenti merokok. Anda mungkin menghadapi masalah di awal proses berhenti apabila paras nikotin mula menurun di dalam badan. Perasaan gian terhadap rokok boleh menyebabkan anda hilang tumpuan, gelisah dan mudah marah.
  1. Tinggalkan aktiviti dan suasana yang mengingatkan anda kepada rokok
Buang semua rokok dan alatan yang berkaitan dengan rokok seperti pemetik api dan bekas abu rokok. Hindari rakan yang merokok dan aktiviti yang anda sering lakukan sambil merokok.
  1. Teruskan mencuba jangan berputus asa
Berhenti merokok memerlukan azam dan motivasi yang kuat. Jangan berputus asa jika anda gagal kali pertama. Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
  1. Hargai diri anda
Sebagai dorongan untuk terus berusaha anda mungkin ingin menghadiahkan sesuatu kepada diri anda setelah berjaya mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Anda mungkin ingin makan di restoran kegemaran jika berjaya melepasi seminggu tanpa rokok. Tapi awas, jangan sampai meningkatkan berat badan dan mengundang masalah kesihatan yang lain. Anda juga boleh membuat tabung dengan memasukkan sejumlah wang yang biasanya anda gunakan untuk membeli rokok, ini akan dapat memberi kesan langsung penjimatan wang yang boleh anda lihat.
  1. Tangani stress dengan bijak
Jika stress menyebabkan anda merokok maka anda perlu mempelajari cara menangani stress dengan bijak. Kenalpasti apa yang menyebabkan anda stress dan apakah pilihan yang anda ada untuk mengatasi masalah tersebut. Bercakap dan luahkan masalah anda dengan rakan terdekat dan anda percayai.
  1. Sibukkan diri anda dengan aktiviti berfaedah
Apabila datang perasaan ingin merokok; tarik nafas perlahan-lahan, minum air dan lakukan aktiviti yang sihat seperti berbasikal, berjogging dan berkebun.
  1. Muaturun aplikasi Behenti Merokok
Terdapat banyak aplikasi berhenti merokok (quit smoking) yang boleh anda muaturun ke dalam telefon pintar anda. Aplikasi ini boleh membantu anda memantau prestasi anda, memberi tips ketika datang perasaan gian, serta berkongsi dengan perokok lain yang melalui proses yang sama.


Quit Pro – Aplikasi Berhenti Merokok untuk pengguna Iphone. 

  1. Dapatkan bantuan professional
Kunjungi klinik berhenti merokok di mana-mana klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara. Anda juga boleh mengunjungi klinik swasta atau farmasi yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok. Khidmat kaunseling dan ubat-ubatan yang bersesuaian akan diberikan kepada anda.
Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu anda yang sudah berazam untuk berhenti merokok untuk menjalani ibadah bulan Ramadhan dengan lebih sihat dan produktif. Jangan mudah berputus asa, teruskan perjuangan! Semoga usaha untuk berhenti merokok anda mendapat keberkatan dan dimudahkan oleh Allah SWT.
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan.

Tulisan oleh,
Dr. Zainal Fitri Zakaria
Pakar Perubatan Keluarga
Sharing is caring!

Rujukan:
http://health.ikram.org.my/index.php/2018/05/12/10-tips-untuk-berhenti-merokok-di-bulan-ramadhan/

Sunday, 27 May 2018

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Menteri Pelajaran Malaysia sekarang ialah Dr Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia ke-19.


Senarai Menteri Pelajaran Malaysia

#NamaTempoh
perkhidmatan
1Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein1955 - 1957
2Tan Sri Haji Mohamed Khir bin Haji Johari1957 - 1959
3Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib1959 - 1965
4Tan Sri Haji Mohamed Khir bin Haji Johari1965 - 1968
5Tun Haji Abdul Rahman bin Haji Yakkub1969 - 1970
6Tun Haji Hussein bin Dato' Seri Sir Haji Onn1970 - 1973
7Tun Dr Mahathir bin Haji Mohamad1974 - 1978
8Tun Mussa bin Haji Hittam1978 - 1981
9Tan Sri Dr Haji Sulaiman bin Haji Daud1982 - 1984
10 Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi1984 - 1986
11Dato' Seri Anwar bin Dato' Haji Ibrahim1986 - 1991
12Tan Sri Dr Haji Sulaiman bin Haji Daud1991 - 1995
13Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak1995 - 1999
14Tan Sri Dr Haji Musa bin Haji Mohamad1999 - 2004
15Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Haji Hussein2004 - 2009
16Tan Sri Muhyiddin Yassin2009 - 2015
17Dato' Seri Haji Idris Jusoh (Menteri II)2013 - 2015
18Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Haji Khalid2015 - 2018
19Dr Maszlee Malik2018 -

Friday, 25 May 2018

Tuesday, 22 May 2018

PROGRAM IFTAR PERDANA & SOLAT HAJAT PIBG 3 JUN 2018

PROGRAM IFTAR PERDANA & SOLAT HAJAT PIBG
Tempat: Melor Garden
Tarikh : 3 Jun 2018 (Ahad)
Anjuran: PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Kehadiran ibubapa dialu-alukan & daftar melalui wakil Kelab Kelas masing-masing.




Iftar-iftar PIBG tahun-tahun yang lepas.

Iftar Perdana 2017
Iftar Perdana 2016
Iftar Perdana 2015
Iftar Perdana 2014-2011

Sunday, 20 May 2018

BARISAN KABINET BAHARU 2018

TAHNIAH KABINET MENTERI YANG BARU DILANTIK.

PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (PKR - Pandan)

BERSATU

Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)



Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Rina Harun (Titiwangsa)
PKR:
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V Murugeson (Ipoh Barat)


AMANAH:

Menteri Pertahanan:
Mohamad Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Sunday, 13 May 2018

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA MSSMWPKL

TARIKH: 12-13 Mei 2018 
TEMPAT: Lapang Sasar Memanah SK Pengkalan Tentera Darat, Kuala Lumpur

Tahniah kepada anakanda Mohammad Shazamier b Zailani, daripada kelas 1 Biruni
i- Johan keseluruhan Kejohanan Memanah Terbuka MSSMWPKL
ii- Naib Johan Olimpik Round Kejohanan Memanah Terbuka MSSMWPKL




 

Nama Sekolah Menengah Sekolah Sri A-Amin Bangi di senarai paling atas.




IBADAH QURBAN ALAMIN BANGI 2018

 

Saturday, 5 May 2018

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz TDT dan TIM.Berlangsung di Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi dan Tanah Perkuburan Sungai Tangkas. Mendapat 'talk' daripada muallim othman berkait pengurusan jenazah dan praktikal kepada ilmu-ilmu tersebut.Tidak dilupakan juga 'talk' daripada Arif Fahim.

Penziarahan ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk gotong-royong juga dijalankan.Seterusnya,pertandingan diadakan bagi menguji tahap pemahaman para peserta.Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan majlis penutup keseluruhan program.

-anjuran alumni tahfiz banin batch 5 dan banat batch 2.

 

 

 

 

 

 

 

 


  

 

Tuesday, 1 May 2018

JADUAL WARDEN ASRAMA TAHFIZ

Ketua Warden:
Muallim Luqman Patthi

Tahfiz Banat:
Muallimah Aisah & Muallimah Najihah

Tahfiz Banin:
Muallim Haekal & Muallim Lokman Salleh

TEMA 10 MT TERSUSUN URUSAN

Selari dengan kempen TERSUSUN URUSAN sempena bulan Mei ini, warga Al-Amin di jemput untuk sertaikemp ARRANGE SHOE LIKE A MUSLIM CAMPAIGN







KEMPEN YANG SELARI DENGAN TEMA 10 MT BULAN INI