Showing posts with label KEBAJIKAN. Show all posts
Showing posts with label KEBAJIKAN. Show all posts

Monday, 6 April 2020

Tabung Kebajikan PIBG SRIAAB

Assalamualaikum wbt. Ibu, bapa dan guru-guru SRIAAB yang dikasihi semuanya. Mutakhir ini, dunia diuji dengan pandemic COVID-19 yang memberi kesan kepada semua pihak, tak terkecuali tanah air kita. Justeru, atas rasa keprihatinan bersama, PIBG SRIAAB Bangi mengambil inisiatif khas untuk mengumpul dana dan menyumbangkan kepada keluarga-keluarga dikalangan ahli yang terjejas disebabkan COVID-19. Dana ini juga memfokuskan kepada keperluan anak-anak SRIAAB dalam usaha berterusan basmi penularan COVID-19 apabila sesi persekolah bermula kelak. PIBG SRIAAB menyeru ibu, bapa dan guru untuk bersama kami menghulur sumbangan kepada Tabung Kebajikan PIBG SRIAAB melalui akaun yang tertera di bawah: 1202 901 001 0630 (Bank Islam) PIBG Sekolah SRI Al-Amin Bangi Rujukan: Dana Covid-19 Usaha menangani wabak Covid-19 dan kesannya ini memerlukan kerjasama dan keprihatinan dari semua pihak. InsyaALlah kita akan berjaya melakukannya. *TABUNG KEBAJIKAN* *PIBG SRIAAB* ```PEKELILING #2``` _Maklumat Akaun:_ *1202 901 001 0630* (Bank Islam) PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi _*Rujukan:* Dana Covid-19_ _Hubungi:_ +601156644020 *YDP PIBG (Encik Yusri)* http://www.wasap.my/+601156644020/dana.covid.19 +60193303190 *Bendahari PIBG (Encik Alwi)* http://www.wasap.my/60193303190/dana.covid.19 _Yang Benar_ *PIBG SRIAAB* 6 April 2020

Thursday, 26 March 2020

PASTIKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG DI MANA-MANA

Diet yang baik adalah penting untuk kesihatan. Meskipun ketika ini kita duduk di rumah, sentiasalah pelbagaikan nutrisi dalam setiap pengambilan makanan. Pastikan makanan tertentu diambil pada kadar yang sesuai bagi memastikan diet yang seimbang serta mencegah risiko penyakit.
Sumber ISN Malaysia

Saturday, 19 November 2016

ALIAA SYAFIQAH TELAH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA

Segala puji bagi Allah, pada jam 9.26 malam tadi bapa Aliaa Shafiqah, En Juahari b Nazar telah memaklumkan Aliaa telah dijumpai & maklumat lain selepas siasatan selesai siasatan polis.

Mewakili pihak sekolah, kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasma & doa. Jazakumullah khairan kathira

Friday, 18 November 2016

DOA & HARAPAN AGAR ALIAA SYAFIQAH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA


Adik Aliaa sehingga kini (18 November 2016 8.09am) belum ditemui. Kita mendoakan supaya beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan segera dan selamat.

Pihak sekolah dan PIBG akan mengadakan solat hajat khusus untuk adik Aliaa malam ini (Jumaat 18 November 2016) selepas solat isya di musolla sekolah Sri Al Amin Bangi. Dijemput warga sekolah dan yang berdekatan untuk turut sama.

Daripada
YDP PIBG
Dr Fadzil Md Siam
Jumaat 18 November 2016

Masjid Hasanah juga turut akan menganjurkan solat hajat juga pada malam ini:



Sunday, 9 October 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA


Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Muharam 1438H bersamaan 10 Oktober 2016
SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
Ke Arah Negara Rahmah Yang Mesra Kesihatan Mental Rakyat 
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober 2016). IKRAM menyokong usaha-usaha semua pihak dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental.
IKRAM percaya kepada pembangunan insan yang menyeluruh merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesejahteraan sosial dan kesihatan spiritual. Kecelaruan akhlak berlaku apabila pembangunan psikospiritual tidak seimbang dengan pembangunan fizikal dan sosial.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati satu daripada tiga orang rakyat Malaysia mengalami isu berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Fenomena ini sangat membimbangkan IKRAM sebagai sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang mempunyai objektif melahirkan psikospiritual rakyat yang positif dari segi tingkah laku, kognisi dan emosi.
IKRAM, sejak awal penubuhannya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengintegrasi perspektif kesejahteraan psikospiritual dari segi kognitif, psikomotor dan afektif bukan sahaja dalam program-program usrah dan tarbiah tapi juga dalam program-program kemasyarakatan yang berkaitan kekeluargaan (melalui Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli dan wadah PAKSI-IKRAM), remaja (melalui wadah IKRAMTeens dan Raudhatus Sakinah), kanak-kanak (melalui wadah IKRAM Junior), belia (melalui wadah GEMA), undang-undang (melalui Biro Perundangan), khidmat masyarakat (melalui Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan wadah i-Bantu) dan kerja-kerja kemanusiaan (melalui Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat dan wadah MyCARE).
Malah, sesuai dengan fokus Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun 2016 tentang kepentingan pertolongan cemas psikologi atau psychological first aid (PFA), IKRAM turut melatih ahli-ahlinya tentang PFA sebelum dihantar ke misi-misi kebajikan dan kemanusiaan.
Pada bulan Mac 2016, IKRAM telah menubuhkan satu unit yang dikenali sebagai Psikospiritual IKRAM (PSI) bagi mengumpulkan pakar-pakar dan pelatih-pelatih dalam kalangan ahli-ahli IKRAM dalam bidang psikiatri, psikologi, kaunseling, kerja sosial dan pendidikan khas.
Dengan moto 'Profesional, Islamik dan Saintifik', PSI berusaha untuk menjadi unit profesional utama dalam perkembangan holistik insan. Prinsip yang ditekankan ialah ketenangan psikospiritual dalam kehidupan dan peningkatan hubungan profesional antara ahli-ahli profesional psikologi dalam IKRAM dengan ahli-ahli IKRAM dan masyarakat umum.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, kerajaan Malaysia sedang membentuk satu pelan tindakan strategik kesihatan mental kebangsaan untuk tempoh lima tahun akan datang (2016-2020) bagi mengawal peningkatan permasalahan mental dalam masyarakat Malaysia.
Menyokong usaha kerajaan Malaysia ini dan menyedari keperluan memelihara kesihatan mental ahli-ahli IKRAM, IKRAM merancang untuk mewujudkan polisi kesihatan mental pada tahun 2017 yang akan dinamakan sebagai Polisi Kesejahteraan Psikospiritual IKRAM.
Diharapkan polisi ini dapat memberi panduan kepada kepemimpinan, agensi, institusi, naqib-naqib usrah dan ahli-ahli IKRAM seluruhnya tentang tindakan, saluran dan rujukan pakar yang tepat dalam menghadapi isu kesihatan mental dalam kalangan ahli-ahli IKRAM mahupun dalam masyarakat, sama ada melibatkan intervensi di peringkat primer, sekunder mahupun tertier.
Diharapkan juga polisi ini dapat mengurangkan stigma, silap faham dan pandangan serong terhadap penyakit dan pesakit mental seperti tergesa-gesa menganggap penyakit mental berpunca daripada kurang iman hingga pesakit mungkin tidak mendapat rawatan sewajarnya.
Dengan ini, IKRAM ingin mencadangkan supaya semua pihak untuk:
  • Melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam bidang psikiatri, psikologi, kaunseling, kerja sosial dan pendidikan khas.
  • Menggalakkan institusi, organisasi dan syarikat untuk membentuk polisi kesihatan mental masing-masing.
  • Memasukkan dalam silibus latihan guru, silibus latihan pekerja, dan silibus tarbiah pendakwah tentang jenis-jenis penyakit mental dan skil pertolongan cemas psikologi atau psychological first aid(PFA).
  • Mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan profesional kesihatan mental yang saintifik dan terlatih yang boleh dirujuk untuk pelaksanaan intervensi primer, sekunder dan tertier.
  • Memperbanyakkan kempen untuk mengurangkan stigma terhadap penyakit dan pesakit mental.
  • Menggabungkan aspek spiritual dalam teori dan intervensi kesihatan mental untuk pencegahan dan rawatan yang lebih holistik.
Semoga usaha-usaha ini akan membantu membina Malaysia sebagai negara rahmah, insya-Allah.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Friday, 7 October 2016

ZIARAH KE RUMAH DR SHUKRI SEKELUARGA

Alhamdulillah, Muallim Syahid bersama beberapa pelajar telah menziarahi rumah Dr Shukri & anakanda Ibrahim Shukri pada 7 Oktober 2016.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga anakanda Ibrahim atas kehilangan adindanya dalam kemalangan melibat 1 keluarga baru-baru ini.

Monday, 5 September 2016

GOTONG ROYONG, GR@AL-AMIN BANGI#1

Sebelum sesi Gotong Royong, GR@Al-AminBangi


Selepas sesi GR@Al-AminBangi


Usaha-usaha yang dilakukan


Doakan kami konsisten menjaga kebersihan ini.
InsyaAllah selanjutnya GR@Al-AminBangi ialah pada 19 & 26 September 2016. Ayuh bersama kami, GR@Al-AminBangi dalam sekolah & sekitar sekolah.

Kredit kepada:
Semua pelajar Tingkatan 2, Banin luar sekolah & Banat dalam sekolah.
Mudir, PK Akademik, Muallim Ubaidah & semua Mentor Tingkatan 2  yang turut menjayakan aktiviti ini. 

AMBIL PERHATIAN VIRUS VIKA




Tuesday, 16 August 2016

SAMIAA 2 JABBAR KEMATIAN IBU


Mewakili pihak sekolah, beberapa muallimah SM telah menziarahi Samiaa 2 Jabbar ke rumahnya.


Beliau kehilangan ibunya pada 15 Ogos 2016 yang lepas.

Tuesday, 19 July 2016

SIMULASI LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH


Tarikh: 19 Julai 2016
Masa: 4.00-4,15 petang
Masa yang diambil untuk berhimpun: 5 minit









Monday, 30 May 2016

SUMBANGAN MESIN AIR TAPIS

Pemasangan air tapis sumbangan daripada Alumi SPM 2015 bagi penggunaan warga sekolah pada rabu lepas, 1 Jun 2016. 

Bagi sebarang sumbangan water filter atau peralatan lain boleh hubungi pejabat pengurusan sekolah di:

SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI

Lot 8796 Kampung Sungai Tangkas,
Batu 18 Jalan Reko,
43000 Kajang, Selangor.

Tel:    +603 8925 2454
Faks:  +603 8925 8717

+603 8927 3001 (pejabat sekolah rendah)
+603 8927 3002 (pejabat sekolah menengah)

Saturday, 26 March 2016

DOA BUAT PESAKIT

Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَى مَرِيضًا أَوْ أُتِيَ بِهِ قَالَ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Dari Aisyah radliallahu 'anha bahwa apabila Rasulullah SAW menjenguk orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada baginda, baginda berdo'a:

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Hilangkanlah penyakit wahai Rab sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit." (HR Bukhari No: 5243)

Pengajaran:


1.  Menziarahi orang sakit adalah dituntut kepada setiap Muslim


2.  Antara adab ketika menziarahi orang sakit adalah mendoakan mereka


3.  Antara doa yang dibacakan kepada pesakit :


أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا


Marilah kita menziarahi sahabat handai, kenalan dan saudara mara yang sakit dan mendoakan mereka.