Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts

Wednesday, 20 January 2021

NAMA BATCH ANAK-ANAK TINGKATAN 1 2021

Tahniah anak-anak tingkatan 1 tahun 2021 kerana telah sepakat mempunyai nama & logo batch tersendiri. 



 

Friday, 1 January 2021

Apa itu Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)?

 

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM.

Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengcin kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah.

Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, S/Partners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.

Menjelang tahun 2021pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Matlamat Program TS25 adalah untuk:

2.1. Kepimpinan :
Memantapkan kepimpinan sekolah.

2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2.3. Penglibatan Komuniti;
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Objektif utama Program TS25 adalah untuk:

3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);

3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan

3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah
yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

TS25

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.

Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.

Elemen Sekolah Berkualiti:
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.


Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Monday, 6 April 2020

PERINGATAN : MENTORING PKPIM

In sha Allah, hari ini, (6/4/2020) kita akan jalankan sesi bersama mentee masing2

1. Aktiviti yg perlu dilakukan :
• Pentaksiran Bayangan bagi konstruk
- Budaya ilmu
- Kawalan sifat mazmumah
• Rujuk lampiran, untuk item/elemen yg akan ditaksir minggu depan.

2. Makluman
• sepanjang cuti ni telah diedarkan link survey solat bg bulan MAC
mohon bantuan para mentor utk sampaikan pd para mentee. link mengikut tingkatan🌟🌟
1️⃣ http://bit.ly/SurveySolattMacT1
2️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT2mac-edited
3️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT3-edited
4️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT4-edited
5️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT5-edited
survey ni kerjasama dengan BKP, unit musolla. jadi utk yg dah isi x perlu isi lagi

3. Harap mentor dpt mula bincangkan muwasofat tarbiyah bulan ini juga.
• sohihul ibadah : ibadah yg benar
- persediaan2 sblm ramadhan di - tarbiyah madrasah ramadhan menjadi pemangkin meninggalkan sifat2 mazmumah.

Jazakumullah kheir kathira
Penyelaras PKPIM’20

Saturday, 28 March 2020

KPM: PEMBELAJARAN BERTERUSAN DI RUMAH MELALUI PELAKSANAAN PdP

KEMASKINI: 28 MAC 2020

GURU boleh menggunakan pelbagai pelantar dalam talian serta media sosial yang bersesuaian untuk merancang, memberi arahan, tugasan dan kerja rumah kepada setiap murid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi murid dengan akses Internet terhad, guru boleh meminta mereka melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulang kaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam pembelajaran.

Fleksibel khas untuk semua. Semoga bermanfaat

KPM: PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN AWAM KPM

KEMASKINI: 28 MAC 2020



COVID-19: MURID-MURID YANG DIKASIHI "STAY AT HOME"



Tuesday, 17 March 2020

COVID-19: PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN & PEMBERHENTIAN OPERASI SEKOLAH



Assalamualaikum wbt.
Ibu bapa/ Penjaga yang dirahmati Allah.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN & PEMBERHENTIAN OPERASI SEKOLAH

Merujuk kepada Perutusan Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 (jam 10 malam) mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, perhatian kepada perkara berikut :

1. Tiada sebarang aktiviti dilakukan dalam kawasan sekolah. Semua aktiviti penyelenggaraan dalam kawasan sekolah juga ditangguhkan sehingga 31 Mac 2020, Selasa.

2. Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) pembelajaran di sekolah ditangguhkan sehingga 31 Mac 2020.

3. Sehubungan dengan itu, Modul Pembelajaran Kendiri Murid-murid akan diedarkan melalui Kelab kelas (WhatsApp Kelas) melalui mentor masing-masing. Bagi guru-guru subjek yang telah memberikan tugasan semasa cuti sekolah boleh diteruskan & disiapkan.

4. Sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini juga marilah sama-sama kita patuhi sop dan arahan yang dikeluarkan dengan mengurangkan pergerakan kita di luar rumah dan di tempat awam, menjaga kesihatan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan melaksanakan aktiviti dan program bermanfaat untuk ahli keluarga kita di rumah.

Tingkatan amal dan teruskan berdoa semoga Allah lindungi kita semua dan bebaskan Malaysia dan dunia daripada penyakit ini.  Allahu musta'an

MUDIR
SM SRI AL-AMIN BANGI
17 MAC 2020

Sunday, 1 March 2020

ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM IKRAM MUSLEH 2020



IKRAM Musleh akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Musleh 2020 yg bertujuan untuk menghargai para pelajar MUSLEH yang komited, cemerlang serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang kurikulum/kokurikulum dan kemasyarakatan.  
Antara anugerah2 yang akan diberi adalah:
  • Tokoh Pelajar Unggul (Anugerah Tertinggi)
  • Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)
  • Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)
  • Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)
  • Anugerah Tokoh KRSM
  • Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)
  • Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)
  • Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)
  • Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)
  • Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)
Sehubungan itu pihak sekolah memberi peluang dan menggalakkan  pelajar2 terutamanya
pelajar2 tingkatan 5 pada tahun 2019 untuk mencalonkan diri meraih anugerah2 di atas. 
Pencalonan dibuka kepada semua pelajar Banin dan Banat yang menduduki SPM di
Sek. Men Sri Al-Amin Bangi sahaja. Pelajar boleh mencalonkan diri untuk lebih dari satu anugerah.
Pihak sekolah akan menyenarai pendek pencalonan yang akan dikemukakan kepada pihak
IKRAM Musleh.
Setiap permohonan untuk pencalonan mestilah disertakan dengan maklumat lengkap yang
diperlukan seperti
• Maklumat peribadi
• Senarai Penglibatan Murid dalam Aktiviti
• Dokumen Sokongan 
Pelajar dikehendaki melengkapkan borang yang disertakan* di bawah ini berserta dokumen
sokongan dan diserahkan  ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pd 10 Mac 2020.
  • Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)  - Borang TU1 & TU2
  • Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)  - Borang AK1 & AK2
  • Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)  - Borang ARA1 & ARA2
  • Anugerah Tokoh KRSM  - Borang KRSM1 & KRSM2  
  • Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)  - Borang UMAR1, UMAR2 & UMAR3
  • Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)  -  Borang ZAID1 & ZAID2
  • Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)  - Borang AG1 & AG2
  • Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)  - Borang SAAD1 & SAAD2
  • Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)  - Borang MUSAB1 & MUSAB2

Tuesday, 3 July 2018

PROGRAM JOM BACA 2018

Unit Pusat Sumber Sekolah(PSS) akan mengadakan program " JOM MEMBACA 2018".
Program ini berlangsung selama 3 minggu bermula 3/7 - 20/7.

BUTIRAN PROGRAM :-

Tarikh : 3/7 - 20/7
Tema : Pesanan Setitis Tinta
Objektif :-
1) Memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar.
2) Menambahkan ilmu pengetahuan setiap pelajar.
3) Mewujudkan suasana membaca dalam kalangan pelajar.
4) Membantu pelajar untuk menambah markah dalam aktiviti kokurikulum melalui program NILAM.

♦AKTIVITI YANG DIJALANKAN :-

1) Jom membaca 10 minit
2) Don't judge a book by its cover
3) Pertandingan menulis esei
4) Kahoot majalah
5) Pertandingan membuat poster
6) Pementasan adaptasi novel
7) Video adaptasi novel

 PSS 2018

 

 

 


Tuesday, 26 June 2018

KESAN PENGGUNAAN GAJET KE ATAS MATA KANAK-KANAK



Sumber gambar: South China Morning Post
Pada zaman serba berteknologi tinggi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Perubahan cara komunikasi menggunakan teks (Whatsapp dan Wechat), media sosial (Facebook & Instagram) dan aplikasi permainan online semestinya menjadi kegilaan kepada golongan dewasa dan kanak-kanak. Peranti berteknologi tinggi ini sememangnya banyak memberikan kebaikan tetapi tetap memberikan impak buruk apabila menggunakannya secara berlebihan.
Kajian di Amerika Syarikat mendapati 93% menggunakan gajet melebihi 2 jam sehari manakala 69% menggunakan melebihi 8 jam sehari. Jika dahulu hanya golongan dewasa mempunyai akses terhadap gajet, namun kini 75% kanak-kanak mempunyai akses internet dan 40% memiliki gajet mereka sendiri. Sikap segelintir ibu bapa yang gemar memberikan gajet kepada anak mereka untuk mengawal perlakuan anak mereka amatlah membimbangkan. Malahan bayi yang masih belum belajar untuk memegang botol susu telah pun didedahkan kepada gajet ini. Ibu bapa berpendapat gajet dapat membantu perkembangan anak mereka tetapi sebenarnya penggunaan luar kawalan ini akan menyumbang kepada kesan buruk terhadap penglihatan anak-anak.
  1. PENGLIHATAN KABUR
Melihat gajet melibatkan proses penglihatan yang aktif di mana mata perlu memfokus melalui proses akomodasi. Semasa kita berakomodasi, otot siliari pada mata akan kontraksi supaya dapat menambahkan kelengkungan kanta mata dan seterusnya membawa cahaya yang masuk agar terfokus kepada titik peka mata iaitu fovea. Paparan skrin gajet mengandungi bentuk bucu tulisan yang tidak tajam, bergantung kepada berapa pixel resolusi paparan skrin yang digunakan. Ini memaksa penglihatan untuk sentiasa bekerja keras supaya imej objek yang dilihat dalam keadaan terfokus. Penglihatan kabur boleh berlaku apabila menggunakan gajet pada jangka masa yang lama. Kedudukan kanak-kanak yang memegang gajet secara dekat terutamanya ketika berbaring, akan membebankan lagi sistem penglihatan. Apabila otot siliari kontraks dalam tempoh yang lama dan akhirnya gagal untuk direhatkan apabila mata memandang pada jarak jauh akan mencetus keadaan yang dinamakan accommodation spasm atau akomodasi kejang. Ia akan mengakibatkan berlakunya pseudomyopia (rabun jauh palsu). Keadaan ini seolah-olah mempunyai rabun jauh yang teruk akibat cahaya yang masuk ke dalam mata sentiasa terfokus di hadapan fovea. Penurunan tahap penglihatan yang teruk, akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda. Keadaan ini bersifat sementara dan adakalanya hilang setelah berehat dari menggunakan gajet. Pemeriksaan komprehensif penglihatan binokular optometri diperlukan untuk mengesan masalah ini. Masalah akomodasi kejang boleh dirawat melalui terapi visual yang dipantau oleh optometrist.

AKOMODASI KEJANG AKAN MENYEBABKAN CAHAYA YANG MASUK KE DALAM MATA TERFOKUS DI HADAPAN FOVEA SEPERTI KEADAAN RABUN JAUH. KONDISI INI DIPANGGIL PSEUDOMYOPIA.
  1. MATA KERING
Apabila mata melihat gajet pada jarak dekat, daya tumpuan terhadap bahan bacaan melalui skrin akan meningkat. Ini seterusnya akan mengurangkan kadar kelipan mata iaitu daripada 15 kali seminit kepada 5 kali seminit. Menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak yang menggunakan komputer yang diletakkan mengikut susunatur perabot bersaiz orang dewasa. Ini akan mengakibatkan kanak-kanak akan mendongak kepala apabila melihat paparan skrin. Perbuatan ini akan menyebabkan bukaan kelopak mata yang lebih besar. Ini menyebabkan kadar evaporasi air mata akan meningkat jika dibandingkan sekiranya paparan skrin gajet terletak sekitar 15 darjah ke bawah pandangan mata. Peningkatan evaporasi air mata akan menghasilkan titik-titik kering atas permukaan kornea yang akan mencetus luka-luka kecil yang dipanggil superficial punctate epithelieal erosion. Ini akan mencetuskan rasa seperti mata kering, rasa bendasing pada mata kemerah-merahan. Selain mengakibatkan masalah mata kering, kedudukan ergonomik kanak-kanak yang tidak bersesuaian dengan saiz badan semasa menggunakan komputer pada tempoh yang lama turut menyumbang kepada masalah mata penat serta kesakitan pada bahu dan leher.

SUPERFICIAL PUNCTATE EPITHELIEAL EROSION
  1. PENINGKATAN MYOPIA (RABUN JAUH)
Penggunaan gajet berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak kurang melakukan aktiviti luar rumah. Kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai rabun jauh mempunyai dopamine yang rendah berbanding kanak-kanak berpenglihatan normal. Dopamine merupakan tindakbalas kimia yang dihasilkan oleh tubuh apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ia didapati bertindak untuk merencatkan proses pemanjangan bola mata yang menjadi antara punca rabun jauh. Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang lama. Ini juga akan menyebabkan pemanjangan bebola mata berlaku dan menyumbang kepada peningkatan kuasa rabun jauh anak-anak.
  1. KEROSAKAN SARAF MATA AKIBAT PENDEDAHAN TERHADAP CAHAYA BIRU DARI SKRIN PAPARAN GAJET
Skrin paparan gajet menghasilkan cahaya biru bergelombang rendah tetapi bertenaga tinggi. Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata, cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata. Pendedahan terhadap skrin paparan gajet yang berterusan akan memberikan kesan jangka panjang yang mengubah dan merosakkan sel saraf mata seperti degenerasi makula.


TIPS MENGURANGKAN KESAN PENGGUNAAN GAJET BERLEBIHAN TERHADAP MATA:
  1. Kawal tempoh penggunaan gajet anak anda
American Association of Pediatric menyarankan agar kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet. Bagi kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun, masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari. Ibu bapa perlu bersama anak-anak ketika menggunakan gajet bagi menggalakkan interaksi secara aktif semasa melayari internet dengan bahan yang berunsurkan pendidikan. Bagi kanak-kanak melebihi 6 tahun, penggunakan gajet mestilah tidak melebihi dua jam sehari. Elakkan penggunaan gajet pada waktu malam kerana gajet menghasilkan cahaya biru yang boleh mengganggu kitaran waktu tidur kanak-kanak. Kajian mendapati melatonin yang membolehkan kita tidur, kurang dihasilkankan apabila menggunakan gajet sehingga menyukarkan tidur pada waktu malam. Tidur yang tidak mencukupi pastinya akan mengganggu proses pembelajaran di sekolah pada keesokkan hari.
  1. Amalkan 20-20-20
Berhenti seketika semasa menggunakan gajet telah terbukti berkesan untuk mengelakkan masalah seperti akomodasi kejang dan mata kering. Oleh itu, disarankan agar berhenti sebentar antara waktu menggunakan gajet selama 20 saat setiap 20 minit penggunaan gajet sambil memandang objek jauh (sekitar 20 kaki). Galakkan anak anda untuk kerap mengelipkan mata untuk mengelakkan mata menjadi kering apabila fokus dengan gajet pada masa yang lama.
  1. Perbanyakkan aktiviti luar bersama anak-anak
Unutk mengurangkan tempoh penggunaan gajet di rumah, Ibu bapa digalakkan untuk merancang aktiviti yang melibatkan aktiviti luar rumah seperti perkhemahan, bermain di taman permainan, bersenam atau berenang. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, ia dapat merehatkan pandangan mata ketika menikmati pemandangan yang jauh. Pendedahan terhadap cahaya matahari yang mencukupi dapat menggalakkan penghasilan dopamine di dalam tubuh. Pastikan anak anda tidak membawa gajet bersama semasa keluar. Menikmati kebaikan sinar matahari merupakan kaedah paling murah untuk mengawal myopia anak anda.
  1. Postur tubuh dan susunatur meja komputer
Perhatikan postur tubuh ketika menggunakan gajet. Berbaring akan menyebabkan jarak gajet terlalu dekat dengan mata dan bukaan kelopak mata juga akan menjadi lebih besar. Apabila menggunakan komputer, posisi monitor/gajet diletakkan sekitar 15 darjah ke bawah aras mata. Jarak antara mata dan komputer/gajet mestilah sekitar 30-40cm. Pencahayaan juga perlu dikawal untuk mengelakkan masalah silau ketika menggunakan gajet. Pastikan pencahayaan luar adalah sama dengan pencahayaan gajet anda. Gunakan penapis atau filter gajet anda untuk mendapatkan perlindungan daripada cahaya biru bagi mengelakkan kesan jangka panjang cahaya biru kepada mata. Anda boleh juga mendapatkan cermin mata yang mempunyai penapis cahaya biru yang terdapat di pasaran.
  1. Pemeriksaan tahunan mata kanak-kanak dengan optometrist
Ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah visual yang mungkin dialami oleh anak-anak. Sekiranya anak anda aktif menggunakan gajet, dapatkan pemeriksaan mata tahunan dengan optometrist yang bertauliah untuk memastikan penglihatan anak anda sentiasa dalam keadaan optimum. Antara tanda-tanda masalah rabun adalah seperti mengadu sakit kepala, mata penat dan berair, sering menggosok mata, gemar mengecilkan mata serta suka menelengkan kepala apabila melihat. Prestasi sekolah yang menurun, selalu meniru kawan sebelah di kelas, seringkali tidak dapat menyalin di papan hitam dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah juga merupakan perlakuan yang dipamerkan oleh anak-anak yang mungkin mengalami masalah penglihatan. Pemeriksaan komprehensif optometrist dapat mengenalpasti masalah fungsi visual anak anda. Optometrist akan membantu melalui preskripsi cermin mata atau terapi visual. Oleh itu segera dapatkan pemeriksaan optometrist sekiranya anak anda ada menunjukkan tanda-tanda seperti yang dinyatakan.


Diana Mohamed seorang optometris yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diambil daripada:

http://www.mmgazette.com/kesan-penggunaan-gajet-ke-atas-mata-kanak-kanak-diana-mohamed/

RUJUKAN
  1. Kozeis N Impact of computer use on children’s vision, HIPPOKRATIA 2009, 13, 4: 230-231
  2. American Optometric Association. Computer Vision Syndrome. http://www.aoa.org/patients-and-public/caring-for-your-vision/protecting-your-vision/computer-vision-syndrome
  3. American Optometric Association.The Effect of Computer Use on Eye Health and Vision, https://www.aoa.org/documents/optometrists/effects-of-computer-use.pdf
  4. Parihar et al, Computer and visual display terminals (VDT) vision syndrome (CVDTS), Med J Arm Forces India, 2016 Jul; 72(3): 270–276.
  5. Shrestha et al, Visual problem among video display terminal (VDT) user in Nepal, J Optom. 2011;4(2):56-62
  6. Norton,T.T and Siegwart, J.T, Light Levels, Refractive development and Myopia- a speculative review, Exp Eye Res.2013 Sep;114:48-57
  7. Elie Dolgin, The myopia booms, Article 19 MARCH 2015, VOL 519; NATURE: 277, https://www.nature.com/news/the-myopia-boom-1.17120

Thursday, 15 March 2018

PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2017

TARIKH: 15 Mac 2018, Khamis


9.30- sesi bicara bersama kaunselor

10.30- analisa keputusan SPM oleh Mudir

11.00- penyerahan keputusan SPPIM & SPM

Wednesday, 3 January 2018

Sunday, 18 December 2016

HARI PENYERAHAN PELAPORAN PT3 2016

Hari : Isnin
Tarikh : 19.12.2016
Tempat : Dewan SMI Al Amin Bangi
Masa : 9.30-12.30 pagi



Kordinator : Muallimah Naimah
                      (SU PT3)
Kaunter 1: Muallim Ammar
                    ( Pelajar banin)
Kaunter 2: Muallimah Ismawati
                    ( Pelajar banat)

Kaunter 3: Muallimah Marhamah
                    (Khidmat rundingan)

InsyaAllah pada hari tersebut pelajar akan menerima :
📌 keputusan PT3
📌 keputusan Psikometrik
📌 markah segak
📌 markah pajsk
📌 PPPM OFFLINE
📌 keputusan peperiksaan akhir
      tahun.
📌 surat tawaran kemasukkan tingkatan 4

Moga dipermudahkan urusan.. Jazakumullahu khairan kepada yang sama-sama mengerakkan dan melancarkan program ini😊



Monday, 5 December 2016

PENDAFTARAN SEMULA PELAJAR/MURID SESI 2017 (IBUBAPA LAMA)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh,
Ibubapa yang dirahmati Allah.

🌸 Setelah semakan dilakukan sehingga hari ini, Isnin (5 Disember 2016) didapati masih ramai ibubapa belum lagi membuat pembayaran RM100 bagi pendaftaran semula murid bagi sesi pengajian 2017.

🌸 Untuk makluman, hebahan berkenaan perkara ini telah dibuat melalui surat rasmi kepada ibubapa dan medium grup whatsapp kelas masing-maisng.

🌸 Justeru, bagi ibubapa yang belum membuat pembayaran pendaftaran semula anak bagi tahun 2017, diminta untuk menjelaskannya pada minggu ini juga, (berakhir pada 9 Disember 2016)

🌸 Jika pembayaran tidak dilakukan dan tidak dimaklumkan, perkara ini akan menjejaskan pengajian anak tuan/puan di Sekolah Menengah/Rendah Sri Al -Amin Bangi bagi sesi 2017

Harap maklum.

P/s: Ibubapa yang telah membuat pembayaran sila abaikan makluman di atas.

Monday, 23 May 2016

AHLAN YA RAMADAN 1437

Seluruh warga Al-Amin Bangi meraikan ketibaan bulan Ramadan, bulan yang penuh barokah ini.
Selamat datang Ramadan al-Mubarak.



1) Niat Puasa Ramadan


2) Info Ramadan

Ramadan- Malay

Ramadan-Arabic





Tuesday, 3 May 2016