Showing posts with label AKADEMIK. Show all posts
Showing posts with label AKADEMIK. Show all posts

Monday, 25 January 2021

FAQ BERKENAAN SUBJEK DEENIYAH IKRAM MUSLEH

1️⃣ Apakah itu subjek HATS?

H - Hadis

A - Aqidah

T - Tafsir

S - Sirah


2️⃣ Siapa yang akan mengambil subjek ini?

*Murid Tingkatan 1 - 3*


3️⃣ Buku apa yang akan digunakan?

A. Buku tulis garis satu x1

B. Buku *Modul Pembangunan Insan*

https://www.imanshoppe.com/products/modul-tarbiyah-islamiyah-jilid-1


4️⃣ Bagi subjek Fiqh, siapa pula yang akan mengambilnya?

*Tingkatan 1 - 4*


5️⃣ Buku apa yang diperlukan dan apa silibusnya?

A. Tingkatan 1

Fiqh Manhaji Jilid 1 (Thoharah & Solat)


B. Tingkatan 2

Fiqh Manhaji Jilid 2 (Zakat, Puasa, Pakaian & Perhiasan)


C. Tingkatan 3

Fiqh Manhaji Jilid 4 & 5 (Faraid & Undang2 Kekeluargaan)


D. Tingkatan 4

Fiqh Manhaji Jilid 6 & 7 (Muamalat)


*Penggunaan buku tulis garis satu*.

6️⃣ Bagaimana cara untuk mendapatkan bahan2/buku2 tersebut? 

A. Bagi buku HATS, boleh didapati di kedai sekolah. 


B. Bagi buku Fiqh Manhaji, disebabkan buku tidak lagi dikeluarkan di kedai, guru2 akan memberi nota. Ibu bapa juga boleh mendapatkan di Shopee. 


https://shopee.com.my/KITAB-FEKAH-MAZHAB-SHAFIE-i.213319577.4924222190


7️⃣ Bagaimana pula dengan kerja kursus SPPIM?

Kerja Kursus ini ditetapkan oleh Bahagian Pentaksiran Ikram MUSLEH dan setiap murid wajib melaksanakannya. Tajuk kerja kursus berdasarkan silibus yang telah dipelajari dan dilaksanakan dalam bentuk:


- Kajian

- Pembentangan

- Temu bual

- Pelaporan


KP DIM

Wednesday, 15 April 2020

UPSR,PT3 DIBATALKAN & SPM, STPM DITANGGUHKAN

Pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu, 15 April PT3 dan UPSR untuk 2020 dibatalkan disebabkan Covid-19. Manakala Sijil Pelajaran Malaysia, SPM ditangguhkan ke suku pertama 2021.

Saturday, 28 March 2020

KPM: PEMBELAJARAN BERTERUSAN DI RUMAH MELALUI PELAKSANAAN PdP

KEMASKINI: 28 MAC 2020

GURU boleh menggunakan pelbagai pelantar dalam talian serta media sosial yang bersesuaian untuk merancang, memberi arahan, tugasan dan kerja rumah kepada setiap murid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi murid dengan akses Internet terhad, guru boleh meminta mereka melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulang kaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam pembelajaran.

Fleksibel khas untuk semua. Semoga bermanfaat

KPM: PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN AWAM KPM

KEMASKINI: 28 MAC 2020



Wednesday, 11 March 2020

Friday, 6 March 2020

KELAS TAMBAHAN KELAB KELAS TINGKATAN 5

Berikut adalah maklumat berkenaan Kelas Tambahan Tingkatan 5 anjuran Kelab Kelas ..

🥦🥦 Rabu, 18 Mac 2020 🥦🥦
Kelas IT sahaja (8:30 hingga 12:30 tgh)
Subjek Perakaunan - fokus kpd penyediaan kerja kursus (20% markah SPM)
Jum. pelajar akan hadir 13/33 pelajar

Tempat : Al Amin - Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti

🥦🥦 Sabtu, 21 Mac 2020 🥦🥦
Kelas IS, IT, IK (8:30 - 4:00 ptg, hanya IK bermula jam 11:00 pagi)
Jum akan hadir IT 13/32, IS14/33, IK 11/20

Tempat : UKM - Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti


Sunday, 1 March 2020

ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM IKRAM MUSLEH 2020



IKRAM Musleh akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Musleh 2020 yg bertujuan untuk menghargai para pelajar MUSLEH yang komited, cemerlang serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang kurikulum/kokurikulum dan kemasyarakatan.  
Antara anugerah2 yang akan diberi adalah:
  • Tokoh Pelajar Unggul (Anugerah Tertinggi)
  • Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)
  • Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)
  • Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)
  • Anugerah Tokoh KRSM
  • Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)
  • Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)
  • Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)
  • Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)
  • Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)
Sehubungan itu pihak sekolah memberi peluang dan menggalakkan  pelajar2 terutamanya
pelajar2 tingkatan 5 pada tahun 2019 untuk mencalonkan diri meraih anugerah2 di atas. 
Pencalonan dibuka kepada semua pelajar Banin dan Banat yang menduduki SPM di
Sek. Men Sri Al-Amin Bangi sahaja. Pelajar boleh mencalonkan diri untuk lebih dari satu anugerah.
Pihak sekolah akan menyenarai pendek pencalonan yang akan dikemukakan kepada pihak
IKRAM Musleh.
Setiap permohonan untuk pencalonan mestilah disertakan dengan maklumat lengkap yang
diperlukan seperti
Maklumat peribadi
Senarai Penglibatan Murid dalam Aktiviti
Dokumen Sokongan 
Pelajar dikehendaki melengkapkan borang yang disertakan* di bawah ini berserta dokumen
sokongan dan diserahkan  ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pd 10 Mac 2020.
  • Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)  - Borang TU1 & TU2
  • Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)  - Borang AK1 & AK2
  • Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)  - Borang ARA1 & ARA2
  • Anugerah Tokoh KRSM  - Borang KRSM1 & KRSM2  
  • Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)  - Borang UMAR1, UMAR2 & UMAR3
  • Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)  -  Borang ZAID1 & ZAID2
  • Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)  - Borang AG1 & AG2
  • Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)  - Borang SAAD1 & SAAD2
  • Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)  - Borang MUSAB1 & MUSAB2

Saturday, 22 February 2020

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 22/2 & 29/2



Berikut maklumat berkenaan Kelas Tambahan Tingkatan 5. Kehadiran pelajar adalah wajib.

Butiran kelas tambahan:

Tarikh: 22/2 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
5IS: Fizik
5IT: Ekonomi
5IK: Perniagaan

Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
5IS: Fizik
5IT: Perakaunan
5IK: English


Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
5IS : Eksperimen Kimia (5 set)


Tarikh: 29/2 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
5IS: Sejarah
5IT: Sejarah
5IK: Sejarah

Masa: 11.00 pagi - 1. 00 petang
5IS: Add Math
5IT: Add Math
5IK: Matematik

جَزَاكُÙ…ُ اللهُ Ø®َÙŠْرًا ÙƒَØ«ِÙŠْرًا

Monday, 17 February 2020

Dr Zetty Dekan Fakulti Pendidikan KUIS hadir sebagai penghargaan penglibatan sekolah dalam Program Team Teaching Pelajar Fakulti Pendidikan Sesi II 2019/2020.

Dr Zetty bersama Muallimah Asyikin Ahmat, PK Akademik & Muallimah Nik Adibah, Ketua Panitia Syariah.

Cenderahati daripada pihak KUIS

Sunday, 30 September 2018

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPPIM 2018


Berikut adalah senarai matapelajaran SPPIM SMI


AKTIVITI MINGGU PT3, SPPIM & PEPERIKSAAN PENGGAL 2 2018

MINGGU PT3
Tempoh: 1-5 Oktober 2018

Sesi persekolahan berjadual
Kem Pecutan SPM 2018
Perkampungan Pengukuhan Subjek-subjek Syariah Tingkatan 4
Sesi pengukuhan hafazan
Sesi Pentaksiran PKPIM Akhlak murid-murid di rumah.

MINGGU SPPIM SMI
Tempoh: 8-12 Oktober 2018

Mukhayyam Tahunan Tingkatan 1-3
Sesi persekolahan berjadual
Sesi pengukuhan hafazan
 


Jadual Peperiksaan Penggal ke 2 2018
Tingkatan 1 & 2

Tingkatan 1 TIM

Tingkatan 4