Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KOKURIKULUM. Show all posts

Thursday, 21 January 2021

PRA-PENDAFTARAN KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN/PERMAINAN 2021

 Memo Unit Kokurikulum 1/2021

Tarikh: 22 Januari 2021


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

PRA-PENDAFTARAN KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN/PERMAINAN 2021


Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kelab/persatuan & sukan permainan bagi sesi 2021 hanya dibuka untuk pelajar tingkatan 1 dan murid baharu sahaja. 


Murid yang berkenaan boleh mengisi borang pendaftaran untuk menyertai kelab/persatuan dan sukan/permainan di pautan Google Form ini: https://tinyurl.com/daftarkoku2021


Untuk makluman, semua murid bagi sesi tahun 2020 akan dikekalkan di dalam kelab/persatuan dan sukan/permainan yang sama. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada budi-bicara Guru Penolong Kanan Kokurikulum.


Murid hendaklah mengisi borang ini selewat-lewatnya pada 24 Jan 2021, hari Ahad.

Sekian.

"Membangun Muslim Profesional"


Unit Kokurikulum 2021

SMSAAB

Sunday, 1 March 2020

BULAN MAC SEGAK SIRI 1

Sesi Pentaksiran SEGAK sekolah bulan Mac ini adalah selari dengan keperluan semua murid-murid sekolah perlu mendapatkan rekod dwi tahunan.

InsyaAllah sepanjang bulan ini anak-anak semasa subjek PJK akan ikuti SEGAK akan rekodkan utk simpanan pihak sekolah bagi rekod PAJSK.

Maklumat mengenai SEGAK boleh diperoleh di sini & PAJSK di sini










ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM IKRAM MUSLEH 2020



IKRAM Musleh akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Musleh 2020 yg bertujuan untuk menghargai para pelajar MUSLEH yang komited, cemerlang serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang kurikulum/kokurikulum dan kemasyarakatan.  
Antara anugerah2 yang akan diberi adalah:
  • Tokoh Pelajar Unggul (Anugerah Tertinggi)
  • Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)
  • Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)
  • Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)
  • Anugerah Tokoh KRSM
  • Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)
  • Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)
  • Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)
  • Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)
  • Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)
Sehubungan itu pihak sekolah memberi peluang dan menggalakkan  pelajar2 terutamanya
pelajar2 tingkatan 5 pada tahun 2019 untuk mencalonkan diri meraih anugerah2 di atas. 
Pencalonan dibuka kepada semua pelajar Banin dan Banat yang menduduki SPM di
Sek. Men Sri Al-Amin Bangi sahaja. Pelajar boleh mencalonkan diri untuk lebih dari satu anugerah.
Pihak sekolah akan menyenarai pendek pencalonan yang akan dikemukakan kepada pihak
IKRAM Musleh.
Setiap permohonan untuk pencalonan mestilah disertakan dengan maklumat lengkap yang
diperlukan seperti
Maklumat peribadi
Senarai Penglibatan Murid dalam Aktiviti
Dokumen Sokongan 
Pelajar dikehendaki melengkapkan borang yang disertakan* di bawah ini berserta dokumen
sokongan dan diserahkan  ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pd 10 Mac 2020.
  • Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)  - Borang TU1 & TU2
  • Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)  - Borang AK1 & AK2
  • Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)  - Borang ARA1 & ARA2
  • Anugerah Tokoh KRSM  - Borang KRSM1 & KRSM2  
  • Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)  - Borang UMAR1, UMAR2 & UMAR3
  • Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)  -  Borang ZAID1 & ZAID2
  • Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)  - Borang AG1 & AG2
  • Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)  - Borang SAAD1 & SAAD2
  • Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)  - Borang MUSAB1 & MUSAB2

Wednesday, 26 February 2020

PENANGGUHAN MTQ DI SMSAAB KE 11 MAC 2020

MAKLUMAN PERTUKARAN TARIKH MTQ PERINGKAT SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa MTQ Peringkat Sekolah yang dijadualkan pada 28 FEB 2020 ditunda ke 11 MAC 2020 sewaktu perjumpaan kokurikulum. 


Rentetan daripada itu, PERJUMPAAN SUKAN #3 
digantikan dengan PERJUMPAAN KELAB #3. 


Oleh yang demikian, terdapat perubahan pada takwim sekolah sebagaimana berikut:- 

MTQ - 11 MAC 2020
PERJUMPAAN KELAB #3 - 11 MAC 2020
PERJUMPAAN SUKAN #3 - 25 MAC 2020

Mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. 

GPK KOKU SMSAAB 2020



Saturday, 18 January 2020

MUZAKARAH SEKRETARIAT-PK KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH

Muzakarah ini dihadiri PK Koku sekolah dan berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2020 bertempat di SMSAAB.



Sunday, 30 September 2018

PERTANDINGAN AL-QURAN & KESENIAN ISLAM

Berikut adalah pencapaian 2 wakil pelajar sekolah yang telah berjaya memasuki pusingan akhir hari ini, 30 September 2018 penerusan daripada sesi hari pertama semalam:
Syaidatun Nur Zakirah no 5 daripada 70+ peserta
Fatin Fatimah no 4 daripada 70+ peserta

Penghargaan kepada semua ibubapa yang menyokong usaha meningkat potensi anak-anak & menyokong usaha penyertaan pertandingan ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru Tahfiz yang membimbing & warden, Muallimah Zafirah yang mengiringi peserta sepanjang 2 hari ini.

Saksikan video sepanjang pertandingan akhir ini


 di sini

Sesi Penyampaian Hadiah


Bersama peserta-peserta sekolah  

Poster pertandingan:

Wednesday, 27 June 2018

PERLAWANAN BOLA TAMPAR BANIN MSSD HULU LANGAT



Peserta MSSD Hulu Langat Bola Tampar 2018
TEAM A
(1) Afiq zaini 5is
(2)Arif fahim 5 is
(3)irsyad 5is
(4) Ali 5is
(5)Amir Razin 5it
(6) Aiman haziq 5it
(7) Wan zuhaili 5it
(8)Abdul Hafeez 4is
(9)Muhd Naufal 4is
(10)Abdul hakeem 3T
(11)Abdul Maleek 3J
(12)Ammar syaheed 3B

TEAM B
(1)Basyir T 3J
(2)Amsyar 3J
(3) Afif 3B
(4) Luqman Dusuki 3K
(5)Luqman Zakarani 3T
(6) Zafran 3J
(7) Zafry 3J
(8) Akid 2
(9) Aish 2
(10) Muqri 2
(11)Ammar Baharom 2
(12) Iman Solihin 2K

PERLAWANAN BOLA TAMPAR BANAT MSSD HULU LANGAT





Sunday, 13 May 2018

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA MSSMWPKL

TARIKH: 12-13 Mei 2018 
TEMPAT: Lapang Sasar Memanah SK Pengkalan Tentera Darat, Kuala Lumpur

Tahniah kepada anakanda Mohammad Shazamier b Zailani, daripada kelas 1 Biruni
i- Johan keseluruhan Kejohanan Memanah Terbuka MSSMWPKL
ii- Naib Johan Olimpik Round Kejohanan Memanah Terbuka MSSMWPKL




 

Nama Sekolah Menengah Sekolah Sri A-Amin Bangi di senarai paling atas.




Saturday, 31 March 2018

PERTANDINGAN MEMANAH TAMPIN

TARIKH: 31 Mac 2018
TEMPAT: Tampin, Negri Sembilan


Tahniah kepada anakanda Mohammad Shazamier b Zailani, daripada kelas 1 Biruni, Johan keseluruhan Kejohanan Memanah RECURVE Tampin

Wednesday, 14 March 2018

MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN DAERAH HULU LANGAT 2018

TARIKH: 14 Mac 2018
Anakanda Fatin Fatimah bt Amirul Hakimi mewakili Zon Selatan bagi acara Hafazan MTQ Hulu Langat 2018


Saturday, 17 February 2018

MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT SMSAAB 2018


Jom cungkil, asah dan serlahkan bakat #generasialamin!!
Jom sertai pertandingan MTQ & FNS (Peringkat SMSAAB) 2018


Tarikh: 21/2/18 (Rabu)
Masa: 3.30-5.00 petang
Tempat: SM Sri Al-Amin Bangi (Rujuk di bawah utk lokasi setiap acara)


ACARA:
Tilawah Al-Quran (Lelaki): 3 Al-Kindi
Tilawah Al-Quran (Perempuan): 1 Al-Kindi
Hafazan (Lelaki): 2 Al-Kindi
Hafazan (Perempuan): 1 Al-Biruni
Syarahan Spontan (Lelaki): 2 Al-Jabir
Syarahan Spontan (Perempuan): 1 Al-Jabir
Nasyid (Lelaki sahaja): Qo'ah Al-Amin Bangi

Jom daftar sekarang! di SINI:
https://tinyurl.com/mtq-fns2018


Pendaftaran bagi setiap acara dibuka sehingga jam 2 petang, 20 Februari 2018 sahaja.

sila berada di tempat pertandingan yang telah ditetapkan, pada masa yg telah ditetapkan

☎untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Muallim Zaim 019-969 1557
Muallimah Atiqah 012-235 5435

Ketahui syarat-syarat dan butiran pertandingan serta aspek-aspek yang dinilai bagi setiap acara, dan dapatkan tip-tip meraih markah dalam acara syarahan spontan, semuanya di https://smsaab.blogspot.my/?m=1

ACARA SYARAHAN MTQ PERINGKAT SMSAAB 2018

Berikut adalah butiran dan syarat-syarat pertandingan syarahan MTQ Peringkat SMSAAB 2018




ACARA HAFAZAN MTQ PERINGKAT SMSAAB 2018

Berikut adalah butiran dan syarat-syarat pertandingan hafazan MTQ Peringkat SMSAAB 2018



ACARA TILAWAH ALQURAN MTQ PERINGKAT SEKOLAH

Berikut adalah butiran dan syarat-syarat 
bagi acara Tilawah Al-Quran MTQ Peringkat SMSAAB 2018




Monday, 22 January 2018

Daurah KRSM Musleh

Pada 20 dan 21 Januari 2018 juga telah diadakan Daurah Jurulatih KRSM Siri 1 di Pejabat IKRAM Seri Kembangan. Daurah Jurulatih ini diadakan bagi tujuan memberi penjelasan kefahaman Islam yang jelas dalam memastikan program Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dapat diadakan selari dengan objektif sebenar penubuhan KRS Musleh. Pihak SM Sri Al-Amin Bangi telah menghantar seorang peserta iaitu Muallim Mohd Zaim bin Mohd Nadzir selaku Penyelaras Badan Beruniform sekolah. Diharapkan Daurah ini dapat membantu pelancaran aktiviti KRS Musleh di sekolah.





Kursus Pengurusan Kelab Persatuan & Olahraga Sukan

Pada 20 dan 21 Januari 2018, telah diadakan Kursus Pengurusan Kelab Persatuan & Olahraga Sukan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Kadet Remaja Sekolah Musleh dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang serta Pusat Sukan dan Rekreasi USM Pulau Pinang. Kursus ini telah disertai oleh ahli Bahagian Kokurikulum SM Sri Al-Amin Bangi, Muallimah Suraya binti Mahmud ( Setiausaha Kokurikulum ), Muallimah Atiqah binti Azman ( Penyelaras Sukan & Permainan dan Muallim Mohd Aiman bin Badrul Khair ( Unit MSSD & Sukan ). Diharapkan Bahagian Kokurikulum dapat meningkatkan prestasi dalam menghasilkan pembinaan Insan Rabbani.