Wednesday, 27 June 2018

PERLAWANAN BOLA TAMPAR BANIN MSSD HULU LANGAT



Peserta MSSD Hulu Langat Bola Tampar 2018
TEAM A
(1) Afiq zaini 5is
(2)Arif fahim 5 is
(3)irsyad 5is
(4) Ali 5is
(5)Amir Razin 5it
(6) Aiman haziq 5it
(7) Wan zuhaili 5it
(8)Abdul Hafeez 4is
(9)Muhd Naufal 4is
(10)Abdul hakeem 3T
(11)Abdul Maleek 3J
(12)Ammar syaheed 3B

TEAM B
(1)Basyir T 3J
(2)Amsyar 3J
(3) Afif 3B
(4) Luqman Dusuki 3K
(5)Luqman Zakarani 3T
(6) Zafran 3J
(7) Zafry 3J
(8) Akid 2
(9) Aish 2
(10) Muqri 2
(11)Ammar Baharom 2
(12) Iman Solihin 2K

PERLAWANAN BOLA TAMPAR BANAT MSSD HULU LANGAT





Tuesday, 26 June 2018

KADAR MINUM AIR & PARAS TEKANAN DARAH



KESAN PENGGUNAAN GAJET KE ATAS MATA KANAK-KANAK



Sumber gambar: South China Morning Post
Pada zaman serba berteknologi tinggi kini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Perubahan cara komunikasi menggunakan teks (Whatsapp dan Wechat), media sosial (Facebook & Instagram) dan aplikasi permainan online semestinya menjadi kegilaan kepada golongan dewasa dan kanak-kanak. Peranti berteknologi tinggi ini sememangnya banyak memberikan kebaikan tetapi tetap memberikan impak buruk apabila menggunakannya secara berlebihan.
Kajian di Amerika Syarikat mendapati 93% menggunakan gajet melebihi 2 jam sehari manakala 69% menggunakan melebihi 8 jam sehari. Jika dahulu hanya golongan dewasa mempunyai akses terhadap gajet, namun kini 75% kanak-kanak mempunyai akses internet dan 40% memiliki gajet mereka sendiri. Sikap segelintir ibu bapa yang gemar memberikan gajet kepada anak mereka untuk mengawal perlakuan anak mereka amatlah membimbangkan. Malahan bayi yang masih belum belajar untuk memegang botol susu telah pun didedahkan kepada gajet ini. Ibu bapa berpendapat gajet dapat membantu perkembangan anak mereka tetapi sebenarnya penggunaan luar kawalan ini akan menyumbang kepada kesan buruk terhadap penglihatan anak-anak.
  1. PENGLIHATAN KABUR
Melihat gajet melibatkan proses penglihatan yang aktif di mana mata perlu memfokus melalui proses akomodasi. Semasa kita berakomodasi, otot siliari pada mata akan kontraksi supaya dapat menambahkan kelengkungan kanta mata dan seterusnya membawa cahaya yang masuk agar terfokus kepada titik peka mata iaitu fovea. Paparan skrin gajet mengandungi bentuk bucu tulisan yang tidak tajam, bergantung kepada berapa pixel resolusi paparan skrin yang digunakan. Ini memaksa penglihatan untuk sentiasa bekerja keras supaya imej objek yang dilihat dalam keadaan terfokus. Penglihatan kabur boleh berlaku apabila menggunakan gajet pada jangka masa yang lama. Kedudukan kanak-kanak yang memegang gajet secara dekat terutamanya ketika berbaring, akan membebankan lagi sistem penglihatan. Apabila otot siliari kontraks dalam tempoh yang lama dan akhirnya gagal untuk direhatkan apabila mata memandang pada jarak jauh akan mencetus keadaan yang dinamakan accommodation spasm atau akomodasi kejang. Ia akan mengakibatkan berlakunya pseudomyopia (rabun jauh palsu). Keadaan ini seolah-olah mempunyai rabun jauh yang teruk akibat cahaya yang masuk ke dalam mata sentiasa terfokus di hadapan fovea. Penurunan tahap penglihatan yang teruk, akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda. Keadaan ini bersifat sementara dan adakalanya hilang setelah berehat dari menggunakan gajet. Pemeriksaan komprehensif penglihatan binokular optometri diperlukan untuk mengesan masalah ini. Masalah akomodasi kejang boleh dirawat melalui terapi visual yang dipantau oleh optometrist.

AKOMODASI KEJANG AKAN MENYEBABKAN CAHAYA YANG MASUK KE DALAM MATA TERFOKUS DI HADAPAN FOVEA SEPERTI KEADAAN RABUN JAUH. KONDISI INI DIPANGGIL PSEUDOMYOPIA.
  1. MATA KERING
Apabila mata melihat gajet pada jarak dekat, daya tumpuan terhadap bahan bacaan melalui skrin akan meningkat. Ini seterusnya akan mengurangkan kadar kelipan mata iaitu daripada 15 kali seminit kepada 5 kali seminit. Menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak yang menggunakan komputer yang diletakkan mengikut susunatur perabot bersaiz orang dewasa. Ini akan mengakibatkan kanak-kanak akan mendongak kepala apabila melihat paparan skrin. Perbuatan ini akan menyebabkan bukaan kelopak mata yang lebih besar. Ini menyebabkan kadar evaporasi air mata akan meningkat jika dibandingkan sekiranya paparan skrin gajet terletak sekitar 15 darjah ke bawah pandangan mata. Peningkatan evaporasi air mata akan menghasilkan titik-titik kering atas permukaan kornea yang akan mencetus luka-luka kecil yang dipanggil superficial punctate epithelieal erosion. Ini akan mencetuskan rasa seperti mata kering, rasa bendasing pada mata kemerah-merahan. Selain mengakibatkan masalah mata kering, kedudukan ergonomik kanak-kanak yang tidak bersesuaian dengan saiz badan semasa menggunakan komputer pada tempoh yang lama turut menyumbang kepada masalah mata penat serta kesakitan pada bahu dan leher.

SUPERFICIAL PUNCTATE EPITHELIEAL EROSION
  1. PENINGKATAN MYOPIA (RABUN JAUH)
Penggunaan gajet berlebihan akan menyebabkan kanak-kanak kurang melakukan aktiviti luar rumah. Kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai rabun jauh mempunyai dopamine yang rendah berbanding kanak-kanak berpenglihatan normal. Dopamine merupakan tindakbalas kimia yang dihasilkan oleh tubuh apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ia didapati bertindak untuk merencatkan proses pemanjangan bola mata yang menjadi antara punca rabun jauh. Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang lama. Ini juga akan menyebabkan pemanjangan bebola mata berlaku dan menyumbang kepada peningkatan kuasa rabun jauh anak-anak.
  1. KEROSAKAN SARAF MATA AKIBAT PENDEDAHAN TERHADAP CAHAYA BIRU DARI SKRIN PAPARAN GAJET
Skrin paparan gajet menghasilkan cahaya biru bergelombang rendah tetapi bertenaga tinggi. Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata, cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata. Pendedahan terhadap skrin paparan gajet yang berterusan akan memberikan kesan jangka panjang yang mengubah dan merosakkan sel saraf mata seperti degenerasi makula.


TIPS MENGURANGKAN KESAN PENGGUNAAN GAJET BERLEBIHAN TERHADAP MATA:
  1. Kawal tempoh penggunaan gajet anak anda
American Association of Pediatric menyarankan agar kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet. Bagi kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun, masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari. Ibu bapa perlu bersama anak-anak ketika menggunakan gajet bagi menggalakkan interaksi secara aktif semasa melayari internet dengan bahan yang berunsurkan pendidikan. Bagi kanak-kanak melebihi 6 tahun, penggunakan gajet mestilah tidak melebihi dua jam sehari. Elakkan penggunaan gajet pada waktu malam kerana gajet menghasilkan cahaya biru yang boleh mengganggu kitaran waktu tidur kanak-kanak. Kajian mendapati melatonin yang membolehkan kita tidur, kurang dihasilkankan apabila menggunakan gajet sehingga menyukarkan tidur pada waktu malam. Tidur yang tidak mencukupi pastinya akan mengganggu proses pembelajaran di sekolah pada keesokkan hari.
  1. Amalkan 20-20-20
Berhenti seketika semasa menggunakan gajet telah terbukti berkesan untuk mengelakkan masalah seperti akomodasi kejang dan mata kering. Oleh itu, disarankan agar berhenti sebentar antara waktu menggunakan gajet selama 20 saat setiap 20 minit penggunaan gajet sambil memandang objek jauh (sekitar 20 kaki). Galakkan anak anda untuk kerap mengelipkan mata untuk mengelakkan mata menjadi kering apabila fokus dengan gajet pada masa yang lama.
  1. Perbanyakkan aktiviti luar bersama anak-anak
Unutk mengurangkan tempoh penggunaan gajet di rumah, Ibu bapa digalakkan untuk merancang aktiviti yang melibatkan aktiviti luar rumah seperti perkhemahan, bermain di taman permainan, bersenam atau berenang. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, ia dapat merehatkan pandangan mata ketika menikmati pemandangan yang jauh. Pendedahan terhadap cahaya matahari yang mencukupi dapat menggalakkan penghasilan dopamine di dalam tubuh. Pastikan anak anda tidak membawa gajet bersama semasa keluar. Menikmati kebaikan sinar matahari merupakan kaedah paling murah untuk mengawal myopia anak anda.
  1. Postur tubuh dan susunatur meja komputer
Perhatikan postur tubuh ketika menggunakan gajet. Berbaring akan menyebabkan jarak gajet terlalu dekat dengan mata dan bukaan kelopak mata juga akan menjadi lebih besar. Apabila menggunakan komputer, posisi monitor/gajet diletakkan sekitar 15 darjah ke bawah aras mata. Jarak antara mata dan komputer/gajet mestilah sekitar 30-40cm. Pencahayaan juga perlu dikawal untuk mengelakkan masalah silau ketika menggunakan gajet. Pastikan pencahayaan luar adalah sama dengan pencahayaan gajet anda. Gunakan penapis atau filter gajet anda untuk mendapatkan perlindungan daripada cahaya biru bagi mengelakkan kesan jangka panjang cahaya biru kepada mata. Anda boleh juga mendapatkan cermin mata yang mempunyai penapis cahaya biru yang terdapat di pasaran.
  1. Pemeriksaan tahunan mata kanak-kanak dengan optometrist
Ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah visual yang mungkin dialami oleh anak-anak. Sekiranya anak anda aktif menggunakan gajet, dapatkan pemeriksaan mata tahunan dengan optometrist yang bertauliah untuk memastikan penglihatan anak anda sentiasa dalam keadaan optimum. Antara tanda-tanda masalah rabun adalah seperti mengadu sakit kepala, mata penat dan berair, sering menggosok mata, gemar mengecilkan mata serta suka menelengkan kepala apabila melihat. Prestasi sekolah yang menurun, selalu meniru kawan sebelah di kelas, seringkali tidak dapat menyalin di papan hitam dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah juga merupakan perlakuan yang dipamerkan oleh anak-anak yang mungkin mengalami masalah penglihatan. Pemeriksaan komprehensif optometrist dapat mengenalpasti masalah fungsi visual anak anda. Optometrist akan membantu melalui preskripsi cermin mata atau terapi visual. Oleh itu segera dapatkan pemeriksaan optometrist sekiranya anak anda ada menunjukkan tanda-tanda seperti yang dinyatakan.


Diana Mohamed seorang optometris yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diambil daripada:

http://www.mmgazette.com/kesan-penggunaan-gajet-ke-atas-mata-kanak-kanak-diana-mohamed/

RUJUKAN
  1. Kozeis N Impact of computer use on children’s vision, HIPPOKRATIA 2009, 13, 4: 230-231
  2. American Optometric Association. Computer Vision Syndrome. http://www.aoa.org/patients-and-public/caring-for-your-vision/protecting-your-vision/computer-vision-syndrome
  3. American Optometric Association.The Effect of Computer Use on Eye Health and Vision, https://www.aoa.org/documents/optometrists/effects-of-computer-use.pdf
  4. Parihar et al, Computer and visual display terminals (VDT) vision syndrome (CVDTS), Med J Arm Forces India, 2016 Jul; 72(3): 270–276.
  5. Shrestha et al, Visual problem among video display terminal (VDT) user in Nepal, J Optom. 2011;4(2):56-62
  6. Norton,T.T and Siegwart, J.T, Light Levels, Refractive development and Myopia- a speculative review, Exp Eye Res.2013 Sep;114:48-57
  7. Elie Dolgin, The myopia booms, Article 19 MARCH 2015, VOL 519; NATURE: 277, https://www.nature.com/news/the-myopia-boom-1.17120

PUBLIC SPEAKING DURING ASSEMBLY

DATE: 26 JUNE 2018
VENUE: QOAH AL-AMIN BANGI

 

Monday, 25 June 2018

Tuesday, 12 June 2018

MOTIVASI USIA EMAS ABU AYYUB AL ANSORI


Abu Ayyub al-Ansari r.a (587M - 668M) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari kaum Ansorb Bani An-Najjar.

Beliau antara sahabat Nabi yang dikurniakan keberkatam umur yang panjang selain daripada Anas bin Malik r.a.

Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta yang dinaiki Baginda di rumah beliau  semasa baginda berhijrah dari Mekah  ke Madinah .
Pada mulanya, Rasulullah SAW berhenti di Quba yang terletak dekat pinggir kota Madinah dan tinggal di sana selama beberapa hari. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina sebuah masjid sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an

PENGHIJRAHAN RASULULLAH S.A.W KE MADINAH

Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Para pemimpin Madinah dari kalangan orang-orang Ansar berdiri di sepanjang jalan, setiap orang berharap untuk mendapatkan penghormatan dari Nabi SAW agar baginda ingin singgah dan bermalam di rumahnya

Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: " Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan " . Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.
Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub r.a terdiri daripada dua tingkat. Beliau telah mengosongkan tingkat atas dan semua milik keluarganya supaya Nabi SAW boleh tinggal di situ. Namun Nabi SAW lebih suka tinggal di tingkat bawah. supaya baginda boleh berjumpa para sahabat di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah

Malam pun sampai dan Nabi SAW berehat. Tetapi apabila mereka telah menutup pintu, Abu Ayyub menoleh ke arah isterinya lalu berkata:

Celakalah kita! Apa yang telah kita lakukan? Rasulullah SAW berada di bawah dan kita ada di atasnya! Adakah kita berjalan di atas Rasulullah SAW! Adakah kita menghalang wahyu?! Jika benar, maka binasalah kita!”

Pasangan suami isteri itu menjadi bertambah bimbang dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka hanya dapat sedikit akal bila mereka bergerak ke tepi rumah supaya tidak betul-betul berada di atas Nabi. Mereka juga berhati-hati supaya berjalan di tepi-tepi sudut lantai dan tidak di tengah-tengahnya.

Keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi. Pada keesokan paginya, Abu Ayyub menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Demi Allah, kami tidak dapat melelapkan mata sedikit pun malam tadi, begitu juga dengan Ummu Ayyub.”

Pada masa itu juga muka baginda kelihatan ceria, lantas baginda berkata: “Janganlah kamu menyusahkan diri kamu, wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami.”
Pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi Abu Ayyub pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas. Oleh kerana bimbangkan Rasulullah s.a.w yang tidur di tingkat bawah maka Abu Ayyub dan isterinya terus bergegas ke tempat air yang tumpah lalu mengelapnya dengan menggunakan sehelai kain baldu yang dijadikan sebagai selimut.

Pada keesokan pagi Abu Ayyub berjumpa dengan Rasulullah s.a.w, dan menceritakan apa yang berlaku. Sejak dari peristiwa itu maka baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala Abu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

Rasulullah s.a.w menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sementara menunggu Masjid dan rumah baginda siap dibina. Abu Ayyub amat mengasihi Rasulullah SAW begitu juga Rasulullah amat mencintai Abu Ayyub. Mereka begitu akrab sehingga Rasulullah SAW sentiasa menganggap rumah Abu Ayyub sebagai rumahnya sendiri.

KEPERIBADIAN ABU AYYUB AL ANSORI

Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah s.a.w, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiallahu anhuma telah menuju ke masjid di waktu matahari panas terik mencari makanan. Maha suci Allah telah mempertemukan mereka dengan Rasulullah SAW. Mereka mengatakan kepada Rasulullah bahawa mereka kelaparan dan berusaha mencari sesuatu untuk dimakan,

Lalu Rasulullah SAW membawa Abu Bakar dan Umar menuju ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sebagai wanita Mukminah yang terdidik dengan didikan iman kepada Allah dan hari akhirat, isteri Abu Ayyub membuka pintu lantas menyambut mereka dengan katanya “ Selamat datang Rasulullah dan siapa saja yang bersamanya ”.

“ Di mana Abu Ayyub? “ Rasulullah SAW bertanya seolah-olah seperti saudara rapat yang amat memahami satu sama lain. Abu Ayyub sedang bekerja di kebun tamar berhampiran. Mendengarkan suara Rasulullah Abu Ayyub bergegas mendapatkan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya dan mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan ucapan penuh kemesraan dan kerelaan hati .

Kemudian Abu Ayyub keluar menuju ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar yang bercampur antara tamar yang masak dan separa masak. Rasulullah SAW menegurnya “ Aku tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu hanya mengambil yang masak sahaja? ( Rasulullah tidak mahu Abu Ayyub mengambil semuanya hingga yang separa masak- ( Dalam hadis lain menunjukkan Rasulullah sebenarnya gemar memakan tamar yang separa masak ). 


Abu Ayyub berkata, “ Ya Rasulullah, makanlah dari kedua-duanya yang masak dan yang separa masak. Aku akan menyembelih seekor ternakanku untuk mu juga ” Rasulullah SAW menyebut “ jika engkau akan menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang mengeluarkan susu ”. Abu Ayyub akhirnya menyembelih seekor kambingnya yang muda, memasak separuh darinya dan memanggang separuh yang lain.

Apabila makanan telah dihidangkan di hadapan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging dan meletakkannya di dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayyub ” bawalah ini kepada Fatimah, dia telah beberapa hari tidak merasakan makanan sebegini ”.

Setelah makan dan merasa puas, Rasulullah SAW lantas bersabda “ Roti, daging, busr dan Rutab...! ” lantas baginda menangis hingga mengalir air mata nya. Rasulullah menyebut “ ini ialah rahmat dari Allah yang akan ditanya ke atas kamu di hari akhirat nanti.

KEPAHLAWANAN ABU AYYUB AL ANSORI

Selain itu, Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau sertai kecuali berlakunya beberapa peperangan dalam satu masa.

Kempen peperangan terakhir Abu Ayyub ialah di zaman Muawiyyah dalam peperangan ke atas Constantunople. Abu Ayyub ketika itu berumur sekitar 80 tahun. Sesungguhnya ketuaan yang sebegitu tidak menghalang Abu Ayyub dari menyertai pasukan tentera menyeberangi lautan di jalan Allah SWT. Walau bagaimanapun selepas masa yang singkat, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa dibawa keluar dari medan peperangan.

Yazid bin Muawiyyah sebagai panglima perang datang kepadanya lalu bertanya; “ Adakah engkau memerlukan apa-apa wahai Abu Ayyub? ”. Abu Ayyub, di ketika detik-detik terakhir kehidupannya di medan juang meninggalkan pesan yang menjadi i’brah ( pengajaran ) kepada setiap Mujahidin selepas daripadanya. 

Dia menjawab; “ Sampaikan salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka, Abu Ayyub menggesa kamu untuk menyerang jauh ke dalam perbatasan musuh semampu kamu. Kamu mesti membawanya ( Abu Ayyub ) bersama dan kamu mengebumikannya di bawah kaki-kaki kamu di tepi dinding kubu Constantinople !!”.

KEWAFATAN ABU AYYUB AL ABSORI

Abu Ayyub akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di medan peperangan dengan penuh kemuliaan seorang pahlawan yang terbilang dan Mujahidin fisabililLah. 
Rasulullah s.a.w pernah mengisyaratkan Abu Ayyub sebagai "Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople" 


Tentera Muslimin telah memenuhi kehendaknya. Mereka menyerang pasukan musuh dalam serangan demi serangan hingga mereka sampai ke dinding kota Konstentinopel. Di situlah Abu Ayyub telah dikebumikan.

  PENEMUAN MAKAM ABU AYYUB AL ANSORI   

Kekentalan pasukan pertahanan Tentera Byzantium akhirnya berjaya ditundukkan. Pada hari Selasa 29 Mac 1453 Sultan Muhammad Al Fatih berjaya menawan kota ini setelah kota ini dikepung dan dibedil selama 53 hari. Sultan Muhammad Al Fatih telah menukar nama Constantinoplr kepada Istambol dan kini dikenali sebagai Istanbul.


Cerita mengenai makam Abu Ayyub Al Ansori di luar tembok kota Constantinople telah mendapat perhatian Sultan Muhammad Al Fatih. Beliau telah mendapatkan pandangan dari gurunya iaitu Sheikh Agha Shamsuddin yang juga memiliki karomah dan keberkatan doa.

Setelah bertawajjuh kepada Allah ditempat yang dimaksudkan, Sheik Agha Shamsuddin mengisyaratkan kepada Sultan Muhammad Al Fatih agar menggali sepanjang dua hasta dari arah kepala nescaya  akan timbullah sebatang batu nesan yang ditulis dalam bahasa Inrani.

Tentera Sultan Muhammad Al Fatih bergegas menggali tempat yang ditunjukkan oleh Sheikh Agha Shamsuddin. Beberapa minit kemudian nampak batu nesan dalam tulisan Ibrani.

Sultan Muhammad Al Fatih mengarahkan agar dibina sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Abu Ayyub Al Ansori di kawasan ini.

 



Rujukan:
Dr Abdul Rahman Fa'fat al-Basha, 65 Gambaran Kehidupan Sahabat, pg 65-73
http://ibnuwalid.blogspot.com/2011/09/abu-ayyub-ansori.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Ayyub_al-Ansari
http://www.indahnyaislam.my/2017/05/pembukaan-konstantinopal-dan-rahmatan-lil-alamin/

Tuesday, 5 June 2018

PKPIM IBUBAPA -PELAJAR PENGGAL 1 2018

1. [Pentaksiran Penggal Pertama-Konstruk Pentaksir Ibu Bapa / Penjaga 2018]

Assalamualaikum ibu bapa / penjaga,

Mohon perhatian tuan / puan untuk makluman berikut :

5 Jun 2018 : Anak tuan / puan telah menerima surat pentaksiran PKPIM & surat pencapaian hafazan beserta buku PKPIM

6 Jun 2018 : Tuan / puan seharusnya menerima surat & buku pkpim daripada anak tuan / puan

6-9 Jun 2018 : Tuan / puan perlu mengisi borang maklum balas di link ini  (https://tinyurl.com/pkpim2018)

Sekiranya tuan / puan perlukan bantuan dalam pentaksiran pkpim boleh rujuk mentor anak masing masing

Terima kasih atas kerjasama tuan / puan. Moga urusan tuan / puan sekeluarga dipermudahkan

2. Panduan mengisi Konstruk IBUBAPA-PELAJAR.

2.1 Semak senarai semak bahagian yang perlu dikonstruk di dalam surat edaran atau jadual dibawah

2.2 Rujuk surat yang dinyatakan, isi ruang kolum PI di dalam buku konstruk PKPIM ini.
2.3 Sekiranya tiada buku atau masalah dalam mengisi dalam buku PKPIM tersebut, boleh merujuk paparan konstruk buku diruang bawah ini & skor boleh diisikan di atas kertas yang disahkan oleh ibubapa penjaga.
2.4 Buku/kertas skor yang telah dikemaskini boleh diserahkan kepada mentor masing pada Isnin, 25 Jun 2018.

(1) KONSTRUK KEMAHIRAN KEKELUARGAAN 





(2) KONSTRUK KEUSAHAWAN



(3) KONSTRUK KESIHATAN




(4) KONSTRUK BERBAKTI


Friday, 1 June 2018

PRELOVED @ IFTAR PERDANA PIBG AL-AMIN 2018



Assalamualaikum ibubapa,
Iftar Perdana & solat hajat PIBG Al Amin kembali lagi!

 Anda mempunyai buku/ mainan/ barang2 dapur yang masih elok untuk disumbangkan?
 Anda ingin mencari2 buku2/ mainan/ barang2 secondhand?

 INFAQ BOOTH
Kami akan adakan booth untuk anda menginfaq barang2 di atas dan juga membeli barang2 tersebut di majlis iftar nanti.
♼Anda boleh membayar mengikut apa sahaja harga yang anda rasa berpatutan
♼Segala wang yang dikumpulkan akan disalurkan ke dana pembangunan sekolah al amin.

♽ Bagaimana untuk menyumbang ?
♽Anda boleh bawa barang2 tersebut di majlis iftar nanti dan tinggalkan di booth yang disediakan.
♽Sila pastikan barang2 tersebut dalam keadaan bersih dan masih berfungsi.
♽sekiranya anda tidak dapat hadir ke majlis iftar, anda juga boleh tinggalkan barang2 tersebut di kedai al amin.


Selamat menyumbang dan mengutip pahala di Ramadhan yang mulia ini!

sebarang persoalan boleh contact Dr Hajar 0193451299

KELEBIHAN BERPUASA

Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dari Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab perbuatan dan perkataan yang buruk serta hina.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.

Semoga  Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Jom Berusaha Melakukan Amalan Terbaik. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

#Semarak Ibadah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

17hb Mei  2018
01hb Ramadan 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

AKTIVITI PENGISIAN RAMADAN

Kompilasi bahan persediaan utk Ramadan bersama anak-anak sepanjang Ramadan.
Bahan-bahan pelbagai sumber dan semoga bermanfaat..

ihyaRamadhanDariRumah
#baitiMadrasati

1. JURNAL RAMADHAN UNTUK KANAK-KANAK.
https://drive.google.com/file/d/0B-O5lelWN991OWNDZ0t1SmdwMTQ/view?usp=drivesdk

2. PROJEK BERSAMA ANAK SEMPENA RAMADHAN.
 https://drive.google.com/file/d/1N9eq-vxdn6TvfQdP-OvICQxtu4fK4Vp5/view?usp=drivesdk

3. KUMPULAN DOA 30 HARI PUASA RAMADHAN.
https://drive.google.com/file/d/1WRkosMaJ4Hw4kNUgBD9yJqw6pafKa3Zg/view?usp=drivesdk

4. PANDUAN MENJADIKAN ANAK KECIL CINTA RAMADHAN.
https://drive.google.com/file/d/1WtoPopkiIOezGLpmD-2O0ufTHbbyR0Ly/view?usp=drivesdk

5. CARTA HAFAZAN AL QURAN. 
https://drive.google.com/file/d/12mAVYUcuV2t_-MdhYH4njYuI1SL2dugg/view?usp=drivesdk

6. 1 DAY 1 SHEET  RAMADHAN 30 DAYS QURANIC LESSON 1-50
https://drive.google.com/file/d/1IeMcct0sY6H_R4bkTS3Ot14mj4X31PiX/view?usp=drivesdk

7. 1 WEEK 1 SURAH 1st Week Al Fatihah
BAHAN TADABBUR TAZAKKUR BERSAMA SI KECIL.

https://drive.google.com/file/d/1bzl0bFBqv23So4YTNpRO5eAQ3VaR_GFb/view?usp=drivesdk

8. 1 WEEK 1 SURAH 2nd Week An Naas
BAHAN TADABBUR TAZAKKUR BERSAMA SI KECIL.

https://drive.google.com/file/d/14mq0fmKXbS74qgv4-cAlEteaEKbNu0r2/view?usp=drivesdk

9.  1 WEEK 1 ACTIVITY 2nd Week An Naas
BAHAN AKTIVITI BERSAMA SI KECIL.

https://drive.google.com/file/d/1QQkaPi5f9QCN0I9sqbx_YzLw7KtXHE8q/view?usp=drivesdk

10. 1 WEEK 1 SURAH 3rd Week Al Falaq
BAHAN TADABBUR TAZAKKUR BERSAMA SI KECIL.

https://drive.google.com/file/d/1fA49lvLGmz4k9PzN3tF54uXuuYl-bb5A/view?usp=drivesdk

11.  1 WEEK 1 ACTIVITY 3rd Week Al Falaq
BAHAN AKTIVITI BERSAMA SI KECIL.
https://drive.google.com/file/d/1OQkTvLnkpTOStZvpv9r_E1GsaIhVMKHE/view?usp=drivesdk

12. 1 WEEK 1 SURAH 4th Week Al Ikhlas
BAHAN TADABBUR TAZAKKUR BERSAMA SI KECIL.

 https://drive.google.com/file/d/1TAD0R4cku5Uw_gODfXQFvBf0qMumaOhe/view?usp=drivesdk

13. 30 Days Ramadhan My Ibadah Chart

https://drive.google.com/file/d/1RH3ElbWCZEA1L-Z-TB2Ws0YO4mES5Uz3/view?usp=drivesdk

14. 30 Days Ramadhan To-do Chart

https://drive.google.com/file/d/18bFVPfSMfEL3iS0YuR_Tf-yEfpPsNMhH/view?usp=drivesdk

15. Ramadhan Ensiklopedia

https://drive.google.com/file/d/1uKoCQnlOzwrncDqKWggK3jKb7KF0qTRr/view?usp=drivesdk

16.  Ramadhan Iftar Sahoor Meal Planner

https://drive.google.com/file/d/1tRou6x3TEa29OPGq3KOFY0tbJjiFHKu1/view?usp=drivesdk

17. 30 Days Ramadhan Activity Card& Scrapbook.

https://drive.google.com/file/d/1IKqsfT8W3PeW3AqYJJ7qMb_w5EfrtIGE/view?usp=drivesdk

1. Print 30 kad tersebut.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari:
     🍭Keluarkan satu kad dan cari kalimah tersebut di dalam Al quran.
     🍭Tampal kad di dalam scrapbook dan bimbing menulis/melukis nota berkaitan kalimah.
     🍭 Satu hari satu mukasurat/1 kad.















Rujukan:
http://www.bubblynotes.com/2016/06/aktiviti-pengisian-ramadhan-anak-anak.html
https://www.facebook.com/NaluriParenting