Wednesday, 15 April 2020
UPSR,PT3 DIBATALKAN & SPM, STPM DITANGGUHKAN
Monday, 6 April 2020
Tabung Kebajikan PIBG SRIAAB
Assalamualaikum wbt.
Ibu, bapa dan guru-guru SRIAAB yang dikasihi semuanya.
Mutakhir ini, dunia diuji dengan pandemic COVID-19 yang memberi kesan kepada semua pihak, tak terkecuali tanah air kita.
Justeru, atas rasa keprihatinan bersama, PIBG SRIAAB Bangi mengambil inisiatif khas untuk mengumpul dana dan menyumbangkan kepada keluarga-keluarga dikalangan ahli yang terjejas disebabkan COVID-19. Dana ini juga memfokuskan kepada keperluan anak-anak SRIAAB dalam usaha berterusan basmi penularan COVID-19 apabila sesi persekolah bermula kelak.
PIBG SRIAAB menyeru ibu, bapa dan guru untuk bersama kami menghulur sumbangan kepada Tabung Kebajikan PIBG SRIAAB melalui akaun yang tertera di bawah:
1202 901 001 0630 (Bank Islam)
PIBG Sekolah SRI Al-Amin Bangi
Rujukan: Dana Covid-19
Usaha menangani wabak Covid-19 dan kesannya ini memerlukan kerjasama dan keprihatinan dari semua pihak. InsyaALlah kita akan berjaya melakukannya.
*TABUNG KEBAJIKAN*
*PIBG SRIAAB*
```PEKELILING #2```
_Maklumat Akaun:_
*1202 901 001 0630*
(Bank Islam)
PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
_*Rujukan:* Dana Covid-19_
_Hubungi:_
+601156644020
*YDP PIBG (Encik Yusri)*
http://www.wasap.my/+601156644020/dana.covid.19
+60193303190
*Bendahari PIBG (Encik Alwi)*
http://www.wasap.my/60193303190/dana.covid.19
_Yang Benar_
*PIBG SRIAAB*
6 April 2020
PERINGATAN : MENTORING PKPIM
In sha Allah, hari ini, (6/4/2020) kita akan jalankan sesi bersama mentee masing2
1. Aktiviti yg perlu dilakukan :
• Pentaksiran Bayangan bagi konstruk
- Budaya ilmu
- Kawalan sifat mazmumah
• Rujuk lampiran, untuk item/elemen yg akan ditaksir minggu depan.
2. Makluman
• sepanjang cuti ni telah diedarkan link survey solat bg bulan MAC
mohon bantuan para mentor utk sampaikan pd para mentee. link mengikut tingkatan🌟🌟
1️⃣ http://bit.ly/SurveySolattMacT1
2️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT2mac-edited
3️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT3-edited
4️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT4-edited
5️⃣ https://bit.ly/SurveySolatT5-edited
survey ni kerjasama dengan BKP, unit musolla. jadi utk yg dah isi x perlu isi lagi
3. Harap mentor dpt mula bincangkan muwasofat tarbiyah bulan ini juga.
• sohihul ibadah : ibadah yg benar
- persediaan2 sblm ramadhan di - tarbiyah madrasah ramadhan menjadi pemangkin meninggalkan sifat2 mazmumah.
Jazakumullah kheir kathira
Penyelaras PKPIM’20

JADUAL PEMBELAJARAN E-LEARNING/ PdPC SEACARA ONLINE (1 -14 APRIL 2020)
Assalamualaikum ibubapa yang di rahmati Allah.
🔰Berikut adalah jadual guru2 memberi tugasan kepada murid2 mengikut subjek dan tarikh yang di tetapkan. Bahan akan diupload ke medium Google Classroom yang disediakan sekolah sebagai platform rasmi & kepada WA kelas yang berkenaan.
🔰Kami mohon kerjasama ibubapa untuk membantu anak-anak melaksanakan tugasan yang di beri dalam kadar yang termampu.
🔰Jika anak ada masalah untuk melaksanakan tugasan, ibubapa boleh maklumkan kepada guru subjek tersebut. Kami maklum berkenaan anak-anak yang berada di kampung, tiada buku, cabaran teknikal & ada cabaran atas talian. Penyerahan hasil kerja boleh dipelbagaikan insyaAllah.
🔰Jika ibubapa perlu kepada tambahan latihan, ibubapa boleh memohon secara terus kepada guru subjek.
🔰Untuk makluman ibubapa, ramai juga guru yang masih terkandas di kampung masing-masing dan mempunyai banyak kekangan untuk menyediakan tugasan kepada murid.
🔰Dalam masa yang sama insyaAllah pihak sekolah melalui GC akan memastikan rekod, tugasan & modul adalah flexible & sedia access apabila diperlukan.
👌🏻Harap dapat kerjasama dari ibubapa semua.
Membangun Muslim Profesional
Mudir
SM Sri Al Amin Bangi
31 Mac 2020
PELAJAR AL-AMIN TURUT TERLIBAT SEBAGAI FRONTIER COVID-19
Peranan barisan hadapan dalam mencegah jangkitan wabak penyakit COVID-19 semua telah maklum adalah berisiko & kritikal namun itulah harga yang dibayar oleh para petugas KKM, para doktor, para jururawat dan para sukarelawan.
Dalam menyahut seruan ini, Anakanda Ayman Youseff b Mohd Zaidi, pelajar kelas 5 Ibnu Khaldun daripada SM Sri Al-Amin Bangi diberi peluang bekerjasama dgn 3 org operator DJI Pilot Malaysia untuk membantu ATM dan PDRM dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
Drone digunakan sebagai salah satu medium untuk membuat hebahan kepada masyarakat dan mengawal pergerakan mereka sepanjang PKP. Tempoh ini sangat penting kerana akan menentukan impak susulan kepada sebaran & ruang yang secukupnya pihak berkuasan mengawal keadaan yang teratur.
Pengendalian drone ini memerlukan kemahiran kawalan dan koordinasi sepanjang kendaliannya. Penyelarasan ini memerlukan maklumat yang tepat dan pulangan data yang diperoleh adalah realtime & sangat membantu dalam operasi yang dijalankan. Berikut adalah contoh penerbangan drone & pengumuman yang dilakukan.
Usaha penglibatan Ayman telah bermula sejak penglibatan beliau dalam usaha mencari dan menyelamat remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang di The Dusun, Negeri Sembilan pada 9 Ogos 2019. Beliau dan komuniti pengendali drone turut terlibat dalam usaha mencari bersama-sama agensi pihak berkuasa yang lain.
Semoga semangat sukarelawan dengan kemahiran yang beliau ada ini menjadi inspirasi buat remaja-remaja dan para sukarelawan di barisan hadapan yang sentiasa komited menjalankan tugas terutamanys dalam tempoh PKP yang telah dipanjangkan ke 14 April ini. Tahniah para sukarelawan & tahniah negarawan rahmah cilik daripada sekolah rangkaian IKRAM Musleh ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)