Saturday, 8 October 2016

MAKLUMAN JADUAL PT3, JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN & CUTI DEEPAVALI 2016


1.) PERKARA PENTING KEPADA IBUBAPA PENJAGA BERKENAAN KEHADIRAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH SEPANJANG PT3 10-14 OKTOBER 2016:
a. Isnin- Kehadiran pelajar tingkatan 1 dan 3 sahaja
b. Selasa-Kehadiran pelajar tingkatan 2 dan 3 sahaja
c. Rabu- Kehadiran pelajar tingkatan 4 dan 3 sahaja
d. Khamis & Jumaat- Semua pelajar hadir ke sekolah
e. Isnin-Rabu, 3 hari ini pelajar tingkatan 5 akan menghadiri Program Gerak Gempur 2.9 di Pantai Bagan Lalang

2.) WAKTU PERSEKOLAHAN:
a. Tingkatan 3 sepanjang PT3 hadir ke sekolah: 7.45 pagi -3.45 petang
b. Tingkatan 1, 2 dan 4 sepanjang PT3 akan pulang sekolah jam 3.45 petang

3.) CUTI TAMBAHAN HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali yang jatuh pada 29 Oktober 2016, Sabtu telah diwartakan oleh Surat Siaran KPM bersama 3 cuti sekolah tambahan pada 28, 31 Oktober dan 1 November 2016.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Rendah & Menengah Sri Al-Amin Bangi telah memutuskan bercuti pada 28 Oktober 2016, Jumaat sahaja. 

 

 


Friday, 7 October 2016

PERTADINGAN DEBAT MAAL HIJRAH (BAHASA ARAB)

Tempat: UIA GombakTarikh: 7-10 Oktober
Guru pengiring : Muallimah Nasreen
Peserta :
1.Hariz
2.Salman
3.Khairun Najwa
4.Nuha Farhana



Pusingan 1 : SM Al-Amin bangi vs sma sultan zainal abidin (smaza)

Tajuk : Memansuhkan kerja sekolah kepada pelajar sekolah rendah lebih baik.

Pusingan 1 : SM Al-Amin Bangi VS KISAS

Tajuk : Cara pemakanan pada masa kini adalah sebab utama penyakit penyakit hari ini

MAJLIS SOLAT HAJAT & SALAM RESTU TINGKATAN 3 2016

Tarikh: 7 Oktober 2016
Tempat: Musolla Al-Amin Bangi
Anjuran: SM SAAB, PIBG sekolah & Kelab Kelas PT3 2016

Tahniah & Salam restu buat semua anak-anak, ibubapa & guru-guru yang hadir ke majlis ini.





Ucapan: Wakil Kelab Kelas PT3, wakil PIBG & Pengetua SM SAAB



SESI BASED SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2016

Tahniah kepada semua peserta Sesi Latihan BaSeD KRS SM Sri Al-Amin Bangi atas terlibat dalam menjayakan sesi latihan ini.

Sesi ini juga sempena sokongan pihak sekolah Al-Amin Bangi dan sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-Musleh kepada program Hari Sukan Negara tahun 2016 yang jatuh pada tarikh 9 Oktober 2016.

Terima kasih kepada Unit Kokurikulum sekolah dibawah PK Kokurikulum, Muallim Hazim Md Rosnan dan pengarah program ini, Muallim Abdul Mu'thy Mohd Tasaki














ZIARAH KE RUMAH DR SHUKRI SEKELUARGA

Alhamdulillah, Muallim Syahid bersama beberapa pelajar telah menziarahi rumah Dr Shukri & anakanda Ibrahim Shukri pada 7 Oktober 2016.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga anakanda Ibrahim atas kehilangan adindanya dalam kemalangan melibat 1 keluarga baru-baru ini.

Wednesday, 7 September 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU SM SAAB SESI 2017








(A) Berikut dikongsikan Makluman berkaitan permohonan kemasukan pelajar baru sesi 2017 yang dibuka dari 1 September - 27 Oktober 2016 sahaja.

(B) Ibu/bapa boleh mengambil borang permohonan di pejabat sekolah memengah atau muat turun link di bawah.

(C) Maklumat berikut hendaklah dikepilkan bersama borang permohonan:

i.    SATU SALINAN  SIJIL KELAHIRAN  
ii.   DUA KEPING GAMBAR PELAJAR BERUKURAN PASPORT
iii.  SATU SALINAN KAD PENGENALAN IBU DAN BAPA  
iv.  SATU SALINAN KAD PENGENALAN PELAJAR (jika ada)
v.   SATU SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH LAMA / SURAT SOKONGAN. (SELEPAS DITERIMA MASUK)
vi.  SATU SALINAN KEPUTUSAN PERCUBAAN  UPSR  
vii.  LAPORAN KO-KURIKULUM  
viii. LAPORAN DISIPLIN                         

(D) Pautan yang berkaitan:






(E) Berikut surat yang diedarkan kepada Murid-murid (Sri Al-Amin Bangi & Sri Al-Amin Nilai ) tahun 6.
 

(F) Berikut notis yang ditampal bagi makluman ibubapa/penjaga & murid-murid tahun 6