“Sebaik-baik sedekah adalah sedekah bulan Ramadan”
Dimaklumkan kepada ibu bapa, pihak pengurusan sekolah menengah Sri Al-Amin Bangi telah bersetuju untuk membuka peluang kepada ibu bapa pelajar Al-Amin Bangi untuk bersedekah dan menyumbang bagi menjayakan program IHYA RAMADAN 1437 H sekolah menengah Sri Al-Amin Bangi.
Program-progam yang telah di atur bagi IHYA RAMADAN pada tahun ini sebagai berikut:
1. Pertandingan bersempena IHYA RAMADAN, antaranya:
- Musabaqah Hafazan Al-Qur`an
- Musabaqah hafazan Hadith
- Kuis Bahasa Arab dan lain-lain.
Anggaran bajet program RM 3000.00
2. Moreh, untuk pelajar Tahfiz dan masyarakat yang bersolat di Musalla Al-Amin, untuk 100 orang,
Anggaran bajet moreh RM 300.00 untuk 1 malam.
3. Saguhati imam tarawih, ini adalah galakan bagi pelajar-pelajar sekolah Sri Al-Amin Bangi yang menjadi imam tarawih supaya mereka sentiasa mengulang dan membaca Al-Qur`an yang telah dihafal (Al-Qur`an di hati).
Anggaran saguhati dalam RM 3000.00
4. Program Iktikaf di Masjid Universiti UPM, Serdang, pada 30 Jun – 1 Julai 2016 (Khamis - Jumaat).
Anggaran bajet diperlukan RM 6000.00
- Sumbangan untuk Masjid RM 3000.00
- Bayaran pengangkutan pelajar RM 3000.00
Bagi ibu bapa yang ingin menyumbang boleh memberikannya dengan cara berikut:
1. Sumbangan cek :
- Nombor cek : ………………………………………………………………………….
- Cek atas nama : SRI AL-AMIN BANGI SDN BHD
(mohon disertakan salinan slip bank untuk rujukan)
2. Melalui akaun bank :
- Akaun Muamalat : 1210-0000526-719
- Akaun Maybank : 562834-60401-9
(mohon disertakan salinan slip bank untuk rujukan)
3. Secara tunai melalui anak masing-masing dan diserahkan terus ke sekolah.
Untuk penyelarasan sumbangan, harap ibu bapa dapat memaklukamkan kepada Mlm Abdullah Daud: 018-2246013 (Pengarah program IHYA RAMADAN 1437 H)
Atas Sedekah dan sumbangan yang diberikan diucapkan Jazakumullah Khaira. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment