Monday 1 January 2018

PKPIM PRODUK IKRAM MUSLEH

Shah Alam. 27 November. IKRAM-MUSLEH telah berjaya memenangi 2 pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) yang diadakan pada 26 dan 27 November 2014 yang lalu.
Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan 2 produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.
Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.
"Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif," tegasnya.
Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan 'assessment for learning'.
Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri - ciri tersebut.
Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.
Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.
                                                            


Rujukan:
http://www.musleh.edu.my/index.php/hidden-categories/84-makluman/247-dua-produk-ikram-musleh-raih-pingat-emas-ekspo-antarabangsa

http://www.ikram.org.my/berita/item/1144-dua-produk-ikram-musleh-raih-pingat-emas-ekspo-antarabangsa.html

No comments:

Post a Comment