Wednesday 26 February 2020

PELATIHAN NUQABA PRS SMSAAB

Tahniah kepada semua nuqaba & ahli PRS yang menghadiri TOT kali ke 7 pelatihan Nuqaba.

Masa: 10.00-10.30 pagi
Tempat: Qoah Al-Amin Bangi
Penyampai: Muallim Mawardi Hafidzi
Anjuran: Unit PRS Banin & Banat

Isi Kandungan TOT:

Generasi Al-Quran yang unik. Generasi ini adalah generasi terbaik kerana hasil dakwah seorang individu bernama Rasulullah SAW. 

Walaupun di zaman mereka tiada al-Quran fizikal, namun merekalah al-Quran yang berjalan. Al-Quran itu diterjemahkan oleh mereka melalui akhlak dan sikap, cara fikir dan tindak tanduk. 

Dalam zaman ini, ketika manusia sibuk menghafal isi-isi al-Quran, generasi al-Quran yang unik pula adalah mereka yang melaksanakan isi-isinya. 
Menzahirkan akhlak terpuji, dan berfikir dengan berlandaskan intipati al-Quran. 

جيل القرآن الفريد
generasi al-Quran yang unik.


No comments:

Post a Comment