Diet yang baik adalah penting untuk kesihatan. Meskipun ketika ini kita duduk di rumah, sentiasalah pelbagaikan nutrisi dalam setiap pengambilan makanan. Pastikan makanan tertentu diambil pada kadar yang sesuai bagi memastikan diet yang seimbang serta mencegah risiko penyakit.
Sumber ISN Malaysia
Thursday, 26 March 2020
Monday, 23 March 2020
Wednesday, 18 March 2020
Tuesday, 17 March 2020
COVID-19: PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN & PEMBERHENTIAN OPERASI SEKOLAH
Assalamualaikum wbt.
Ibu bapa/ Penjaga yang dirahmati Allah.
PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN & PEMBERHENTIAN OPERASI SEKOLAH
Merujuk kepada Perutusan Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 (jam 10 malam) mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, perhatian kepada perkara berikut :
1. Tiada sebarang aktiviti dilakukan dalam kawasan sekolah. Semua aktiviti penyelenggaraan dalam kawasan sekolah juga ditangguhkan sehingga 31 Mac 2020, Selasa.
2. Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) pembelajaran di sekolah ditangguhkan sehingga 31 Mac 2020.
3. Sehubungan dengan itu, Modul Pembelajaran Kendiri Murid-murid akan diedarkan melalui Kelab kelas (WhatsApp Kelas) melalui mentor masing-masing. Bagi guru-guru subjek yang telah memberikan tugasan semasa cuti sekolah boleh diteruskan & disiapkan.
4. Sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini juga marilah sama-sama kita patuhi sop dan arahan yang dikeluarkan dengan mengurangkan pergerakan kita di luar rumah dan di tempat awam, menjaga kesihatan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan melaksanakan aktiviti dan program bermanfaat untuk ahli keluarga kita di rumah.
Tingkatan amal dan teruskan berdoa semoga Allah lindungi kita semua dan bebaskan Malaysia dan dunia daripada penyakit ini. Allahu musta'an
MUDIR
SM SRI AL-AMIN BANGI
17 MAC 2020
Sunday, 15 March 2020
PELAJAR CEMERLANG MENDAPAT BIASISWA JURUSAN KEJUTERAAN TAHFIZ UNITEN
Berita gembira buat anakanda Anas Dahari, yang memperolehi 9A & 2B ditawarkan ke UNITEN, bagi kemasukan bulan 6 untuk jurusan Ssarjana Muda Kejuruteraan & Tahfiz. Mubarak Anas!
MAJLIS DIBATALKAN, ANUGERAH DITERUSKAN
Dapatkan borang & perincian borang untuk pencalonan anugerah-anugerah berikut di pautan ini
- Tokoh Pelajar Unggul (Anugerah Tertinggi)
- Anugerah Talhah B Ubaidillah (Kategori Khidmat Masyarakat)
- Anugerah Al-Khawarizmi (Kategori Kreatif dan Inovatif)
- Anugerah Abdul Rahman B Auf (Kategori Keusahawanan)
- Anugerah Tokoh KRSM
- Anugerah Umar Al-Khattab (Kategori Kepimpinan)
- Anugerah Zaid B Thabit (Kategori Hafazan Terbaik)
- Anugerah Al-Ghazali (Kategori Sahsiah Terpuji)
- Anugerah Saad B Abi Waqqash (Kategori Kokurikulum Terbaik)
- Anugerah Mus’ab B Umair (Tahfiz Terbaik)
Friday, 13 March 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)











