Friday 6 March 2020

KEPUTUSAN SPM 2019 DALAM AKHBAR

SPM 2019: 8,876 peroleh keputusan cemerlang

Habibah menunjukkan analisis keputusan SPM 2019 selepas sidang media di Kementerian Pendidikan hpada Khamis. - fotoBERNAMA

PENCAPAIAN calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada 2018. 
Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim berkata, 8,876 calon atau 2.28 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua matapelajaran berbanding 8,436 calon atau 2.15 peratus pada 2018.
Pada tahun 2019, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 86.72 peratus (337,773 calon) berbanding 86.39 peratus (338,350 calon) pada 2018, katanya.
“Bilangan calon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah adalah 246,645 calon,”  katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada Khamis.
Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Trend GPN pada 2015 ialah 5.08, 2016 (5.05) dan 2017 (4.90).
Pada tahun 2019, seramai 389,498 calon telah menduduki peperiksaan SPM.
Habibah berkata pada 2019, seramai 307,445 calon atau 78.93 peratus telah menguasai dua bahasa iaitu sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Mengenai pencapaian mengikut lokasi, beliau berkata pencapaian calon SPM di bandar dan di luar bandar meningkat pada 2019. 
"Namun, pencapaian calon di bandar adalah lebih baik daripada calon di luar bandar. Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar bertambah 0.01 pada 2019 berbanding 2018," katanya. 
Mengenai prestasi mata pelajaran, Habibah berkata keputusan peperiksaan SPM 2019 menunjukkan sebanyak 48 dari 83 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi manakala 27 mata pelajaran mencatatkan penurunan.
Habibah berkata, tiga mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan prestasi manakala mata pelajaran teras yang lain iaitu Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains mencatatkan penurunan. 
“Prestasi Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan yang tertinggi sebanyak 0.17 peratus manakala Sains menunjukkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak 0.14 peratus,” katanya.
Mengenai calon berkeperluan khas, Habibah berkata seramai 16 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. 
Habibah berkata, 1,402 calon berkeperluan khas telah menduduki SPM 2019 dan daripada jumlah itu, 61.34 peratus atau 860 calon layak dianugerahkan sijil SPM.
“Hal ini menunjukkan bahawa semua calon yang menduduki peperiksaan SPM berpeluang memperoleh kejayaan,” katanya.
Mengenai keupayaan calon menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Habibah berkata secara keseluruhan, 56 peratus calon SPM 2019 telah menguasai KBAT dengan baik berbanding 61.1 peratus calon pada tahun 2018
Ditanya mengenai perbezaan jumlah calon yang mendaftar bagi SPM 2019 iaitu 416,416 calon berbanding calon yang menduduki iaitu seramai 389,498 calon, Habibah berkata ia disebabkan terdapat calon yang tidak hadir. 
Kepada soalan negeri mana yang mencatatkan keputusan SPM 2019 terbaik, beliau berkata Kementerian Pendidikan tidak memberi tumpuan kepada pencapaian berdasarkan negeri tetapi pencapaian calon itu sendiri. - BERNAMA

Berita dalam portal MStar.

Rujukan: 
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/03/05/spm2019

8,876 calon SPM 2019 cemerlang

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 77,038 calon berbanding 74,360 tahun 2018.
"Seramai 147,738 calon lagi mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 69 calon berbanding tahun sebelumnya," katanya pada pengumuman analisis keputusan SPM di sini hari ini.
Menurutnya, pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar meningkat tetapi pencapaian calon di bandar lebih baik.
"Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian berkenaan bertambah 0.01 peratus," katanya.
Beliau berkata, syarat pensijilan SPM bermula 2013 menetapkan bahawa calon wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
"Pada tahun 2019, peratusan calon yang layak menerima sijil meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 337,773 calon berbanding 338,350 tahun 2018," katanya.
Habibah berkata, sebanyak 86.72 peratus telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi, 89.84 peratus menganalisis, 79.89 peratus menilai dan 89.91 peratus menguasai mencipta.
"Secara keseluruhan, 56 peratus calon SPM menguasai KBAT dengan baik berbanding 61.10 peratus tahun 2018," katanya.
Beliau berkata, keputusan SPM boleh diperoleh mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing.
"Keputusan peperiksaan bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
"Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) atau layari portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my," katanya.
Sinar Harian Online.


Keputusan SPM 2019 petunjuk keberkesanan sistem pendidikan – PM



PUTRAJAYA, 5 Mac — Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 menunjukkan bahawa banyak inisiatif yang dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) telah menampakkan hasil, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian yang secara keseluruhannya lebih baik berbanding tahun 2018 memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan telah berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.
“Dalam hal ini, KPM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Keputusan SPM 2019 adalah antara bukti usaha dan kesungguhan KPM dalam memberikan pendidikan terbaik untuk semua,” katanya.
Menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian semua calon SPM 2019, Muhyiddin berkata Gred Purata Nasional (GPN) kali ini adalah 4.86, kurang 0.03 daripada 4.89 bagi tahun 2018, dengan angka lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik.
Menurutnya, peratus calon yang layak menerima sijil SPM turut meningkat, selain 860 daripada 1,402 Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang menduduki peperiksaan itu layak dianugerahkan sijil SPM.
“Keputusan ini sudah semestinya membanggakan seluruh ahli keluarga, guru-guru dan masyarakat. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak,” katanya.
Muhyiddin berkata dorongan ahli keluarga memainkan peranan penting bagi melonjakkan prestasi murid, selain kesungguhan dan kegigihan guru-guru mendidik murid.
“Terima kasih cikgu. Tanpa pengorbanan guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.
Perdana Menteri turut meluahkan harapan agar mereka yang kurang berjaya tidak berputus asa dengan keputusan hari ini.
“Saya percaya jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, insya-Allah kejayaan pasti dapat dikecapi,” katanya.
Bagi yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang pula, Muhyiddin berkata beliau berharap mereka terus bekerja keras demi masa depan agar dapat menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.
— BERNAMA


Keputusan SPM 2019 petunjuk keberkesanan sistem pendidikan: PM



PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 menunjukkan bahawa banyak inisiatif yang dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) telah menampakkan hasil.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, pencapaian yang secara keseluruhannya lebih baik berbanding tahun 2018 memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan telah berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.
"Dalam hal ini, KPM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Keputusan SPM 2019 adalah antara bukti usaha dan kesungguhan KPM dalam memberikan pendidikan terbaik untuk semua," katanya.
Menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian semua calon SPM 2019, Muhyiddin berkata, Gred Purata Nasional (GPN) kali ini adalah 4.86, kurang 0.03 daripada 4.89 bagi tahun 2018, dengan angka lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik.
Menurutnya, peratus calon yang layak menerima sijil SPM turut meningkat, selain 860 daripada 1,402 Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang menduduki peperiksaan itu layak dianugerahkan sijil SPM.
"Keputusan ini sudah semestinya membanggakan seluruh ahli keluarga, guru-guru dan masyarakat. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak," katanya.
Muhyiddin berkata, dorongan ahli keluarga memainkan peranan penting bagi melonjakkan prestasi murid, selain kesungguhan dan kegigihan guru-guru mendidik murid.
"Terima kasih cikgu. Tanpa pengorbanan guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi kenyataan," katanya.
Perdana Menteri turut meluahkan harapan agar mereka yang kurang berjaya tidak berputus asa dengan keputusan hari ini.
"Saya percaya jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, Insya-ALLAH kejayaan pasti dapat dikecapi," katanya.
Bagi yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang pula, Muhyiddin berkata beliau berharap mereka terus bekerja keras demi masa depan agar dapat menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama. - Bernama

No comments:

Post a Comment