Tuesday 19 July 2016

SERUAN PUASA HARI-HARI PUTIH SETIAP BULAN


Seruan PUASA HARI-HARI PUTIH Bersamaan PUASA SUNAT 6 HARI
(Syawal 1437H)
Disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan, iaitu setiap 13, 14 dan 15 hari bulan dalam bulan-bulan Hijriyyah. Namanya Puasa Ayyamul Bidh (Hari-Hari Putih) kerana pada malam ke-13, 14 dan 15, bulan purnama yang muncul pada saat itu kelihatan bersinar putih. Bulan ini (Syawal) insya Allah bertepatan dengan hari Isnin, Selasa & Rabu bersamaan dengan 18, 19, dan 20hb Julai 2016.

(Sempena bulan Syawal juga, Puasa Hari Putih dapat ditunaikan sekali dengan Puasa Sunat Syawal bagi menyempurnakan 6 hari keseluruhan)

Diantara Dalil-Dalil Puasa Hari Putih:

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhuma,

"Dan berpuasalah tiga hari pada setiap bulan. Kerana sesungguhnya kebaikan itu akan (digandakan) dengan sepuluh (kali) ganda. Oleh kerananya engkau seolah-olah berpuasa selama sebulan penuh.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Sahabat Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anhu tentang pelaksanaannya:

“Wahai Abu Dzar, jika engkau berpuasa tiga hari dalam setiap bulannya maka berpuasalah pada (tanggal) 13, 14 dan 15 (maksudnya bulan hijriyyah).”
(HR. Tirmidzi dengan sanad hasan)

Ayuh bantu sebarkan amalan ini, semoga mendapat redha dan pahala dari Allah. ☺

No comments:

Post a Comment