Wednesday 26 February 2020

SEMANGAT KESUKARELAWAN YANG TINGGI ALUMNI SEKOLAH

Penghargaan buat, para alumni turut membantu menjayakan Hari Sukan Sekolah Rendah 2020. 

Maklumkan penglibatan ana dalam aktiviti sukarelawan sekolah untuk pihak sekolah sediakan Sijil Sukarelawan Al-Amin di:
tinyurl.com/sukarelawanalamin




PELATIHAN NUQABA PRS SMSAAB

Tahniah kepada semua nuqaba & ahli PRS yang menghadiri TOT kali ke 7 pelatihan Nuqaba.

Masa: 10.00-10.30 pagi
Tempat: Qoah Al-Amin Bangi
Penyampai: Muallim Mawardi Hafidzi
Anjuran: Unit PRS Banin & Banat

Isi Kandungan TOT:

Generasi Al-Quran yang unik. Generasi ini adalah generasi terbaik kerana hasil dakwah seorang individu bernama Rasulullah SAW. 

Walaupun di zaman mereka tiada al-Quran fizikal, namun merekalah al-Quran yang berjalan. Al-Quran itu diterjemahkan oleh mereka melalui akhlak dan sikap, cara fikir dan tindak tanduk. 

Dalam zaman ini, ketika manusia sibuk menghafal isi-isi al-Quran, generasi al-Quran yang unik pula adalah mereka yang melaksanakan isi-isinya. 
Menzahirkan akhlak terpuji, dan berfikir dengan berlandaskan intipati al-Quran. 

جيل القرآن الفريد
generasi al-Quran yang unik.


PENANGGUHAN MTQ DI SMSAAB KE 11 MAC 2020

MAKLUMAN PERTUKARAN TARIKH MTQ PERINGKAT SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa MTQ Peringkat Sekolah yang dijadualkan pada 28 FEB 2020 ditunda ke 11 MAC 2020 sewaktu perjumpaan kokurikulum. 


Rentetan daripada itu, PERJUMPAAN SUKAN #3 
digantikan dengan PERJUMPAAN KELAB #3. 


Oleh yang demikian, terdapat perubahan pada takwim sekolah sebagaimana berikut:- 

MTQ - 11 MAC 2020
PERJUMPAAN KELAB #3 - 11 MAC 2020
PERJUMPAAN SUKAN #3 - 25 MAC 2020

Mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. 

GPK KOKU SMSAAB 2020



Monday 24 February 2020

PERASMIAN MINGGU BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN

Tahniah atas pelancaran "Bermanfaat kepada orang lain" oleh Unit 2K, Kesihatan & Keselamatan



Saturday 22 February 2020

PERTEMUAN ALUMNI SEKOLAH AL-AMIN BANGI

Tahniah wakil batch yang hadir & turut serta dalam perbincangan Alumni & pihak sekolah menengah






Assalamualaikum semua duta batch FASA dan ahli-ahli FASA😀✨

Alhamdulillah hari ni kita selesai buat perjumpaan antara mantan team kepimpinan FASA dan duta batch bersama wakil pengurusan sekolah Sri Al-Amin Bangi.

Antara intipati perjumpaan:
1. Update terkini sekolah
2. Perbincangan wayforward FASA

Banyak perkembangan yang telah dan sedang berlaku di sekolah dan antara yang paling besar (yg terkait dengan kita semua) adalah perubahan motto :)

Zaman kita; Beriman, Berilmu, Beramal. Tahun 2019 ia telah ditukarkan agar selari dengan zaman dan tuntutan masa depan kepada; Membangun Muslim Profesional.

Hasil daripada diskusi antara 15 ahli alumni yg hadir ke pertemuan hari ini sbg wakil batch masing2, maka telah diputuskan:
1) 1 jawatankuasa Projek Rejuvenasi FASA ditubuhkan. Dianggotai 7 ahli alumni: Maryam J (G0), Athif (G9), Qayyim (G4, Ust Noh (G2), Irham (G18), Alia (G15) & Helwa (G2)

2) Misi projek ini akan memberi fokus kepada: 
A. Dasar dan halatuju FASA, serta mengkaji aspek2 yg berkaitan model cara gerak ke hadapan yg sesuai utk FASA

B. Pengukuhan akar umbi alumni; hubungan antara ahli, interbatch dan intrabatch

--------------------
Dengan itu beberapa tindakan yang boleh dijalankan oleh alumni beserta duta batch:
1. Memperkukuhkan database ahli batch masing2

2. Hidupkan group komunikasi serta aktiviti bersama ahli batch

3. Kongsikan aktiviti batch atau khidmat bakti kepada sekolah jika dalam kapasiti sendiri ke group FB FASA I Former Al-Amin (Bangi) Students Association 

------------------
InsyaAllah, team projek rejuvenasi FASA akan kongsikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Doa dan sokongan semua adalah sangat diharapkan

Daripada:
Mohd Qayyim Hafidzi
Pengerusi 
Jawatankuasa Rejuvenasi FASA
& seluruh ahli pasukan


KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 22/2 & 29/2



Berikut maklumat berkenaan Kelas Tambahan Tingkatan 5. Kehadiran pelajar adalah wajib.

Butiran kelas tambahan:

Tarikh: 22/2 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
5IS: Fizik
5IT: Ekonomi
5IK: Perniagaan

Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
5IS: Fizik
5IT: Perakaunan
5IK: English


Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
5IS : Eksperimen Kimia (5 set)


Tarikh: 29/2 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
5IS: Sejarah
5IT: Sejarah
5IK: Sejarah

Masa: 11.00 pagi - 1. 00 petang
5IS: Add Math
5IT: Add Math
5IK: Matematik

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا

Wednesday 19 February 2020

LAWATAN SMP MUHAMMADIYAH 7 SURAKARTA (INDONESIA)

Sambutan diraikan anak-anak sekolah rendah.


Ketua rombongan Pak Bambang yang merupakan Pengetua (Kepala Sekolah) sekolah berkenaan bersama  22 murid-murid dan 2 guru pengiring







Monday 17 February 2020

Dr Zetty Dekan Fakulti Pendidikan KUIS hadir sebagai penghargaan penglibatan sekolah dalam Program Team Teaching Pelajar Fakulti Pendidikan Sesi II 2019/2020.

Dr Zetty bersama Muallimah Asyikin Ahmat, PK Akademik & Muallimah Nik Adibah, Ketua Panitia Syariah.

Cenderahati daripada pihak KUIS

LAWATAN KEDUA PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH,PPS

Terima kasih IPD Kajang atas mengkhususkan 2 pegawai IPD sebagai PPS sekolah kami.
1- Mphd Irwan b Mohd Anuar, Inspektor Cawangan Khas
2- Badrul Hisham, Sarjan Pegawai Trafik KSPTD


TAMAN ILMU TINGKATAN 5 2020


KELAS INTENSIF BAHASA ARAB TIINGKATAN 1-4 2020



PEMERKASAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DI SEKOLAH MULAI TAHUN 2020



Rujukan: di sini

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



Rujukan: di sini info PBS 1 

PEPERIKSAAN AWAM 2020



Rujukan:  di sini dalam PDF

Saturday 15 February 2020

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MUSOLLA 2020

Tahniah, Unit Musolla sekolah menengah Sri Al-Amin Bangi telah mengadakan program gotong royong membersihkan musolla.

Butiran sebagai berikut:
Tarikh: Sabtu, 15 Feb 2020.
Masa: selepas zuhor hingga selesai
Sasaran penyertaan: pelajar sekolah dan ibu bapa pelajar yang berkelapangan.

Atas kerjasama dan sokongan pelajar dan ibu bapa pada program ini diucapkan barakallah fikum wa jazakumullah khairan khathira.