Saturday 22 February 2020

PERTEMUAN ALUMNI SEKOLAH AL-AMIN BANGI

Tahniah wakil batch yang hadir & turut serta dalam perbincangan Alumni & pihak sekolah menengah






Assalamualaikum semua duta batch FASA dan ahli-ahli FASA😀✨

Alhamdulillah hari ni kita selesai buat perjumpaan antara mantan team kepimpinan FASA dan duta batch bersama wakil pengurusan sekolah Sri Al-Amin Bangi.

Antara intipati perjumpaan:
1. Update terkini sekolah
2. Perbincangan wayforward FASA

Banyak perkembangan yang telah dan sedang berlaku di sekolah dan antara yang paling besar (yg terkait dengan kita semua) adalah perubahan motto :)

Zaman kita; Beriman, Berilmu, Beramal. Tahun 2019 ia telah ditukarkan agar selari dengan zaman dan tuntutan masa depan kepada; Membangun Muslim Profesional.

Hasil daripada diskusi antara 15 ahli alumni yg hadir ke pertemuan hari ini sbg wakil batch masing2, maka telah diputuskan:
1) 1 jawatankuasa Projek Rejuvenasi FASA ditubuhkan. Dianggotai 7 ahli alumni: Maryam J (G0), Athif (G9), Qayyim (G4, Ust Noh (G2), Irham (G18), Alia (G15) & Helwa (G2)

2) Misi projek ini akan memberi fokus kepada: 
A. Dasar dan halatuju FASA, serta mengkaji aspek2 yg berkaitan model cara gerak ke hadapan yg sesuai utk FASA

B. Pengukuhan akar umbi alumni; hubungan antara ahli, interbatch dan intrabatch

--------------------
Dengan itu beberapa tindakan yang boleh dijalankan oleh alumni beserta duta batch:
1. Memperkukuhkan database ahli batch masing2

2. Hidupkan group komunikasi serta aktiviti bersama ahli batch

3. Kongsikan aktiviti batch atau khidmat bakti kepada sekolah jika dalam kapasiti sendiri ke group FB FASA I Former Al-Amin (Bangi) Students Association 

------------------
InsyaAllah, team projek rejuvenasi FASA akan kongsikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Doa dan sokongan semua adalah sangat diharapkan

Daripada:
Mohd Qayyim Hafidzi
Pengerusi 
Jawatankuasa Rejuvenasi FASA
& seluruh ahli pasukan


No comments:

Post a Comment