Tuesday 2 January 2018

JULAT MARKAH GRED UNTUK SPM

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yangdianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia puratapelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa diTingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengahatas.
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untukmenyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyaipilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasiataukursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luarnegara seperti A-level.
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM berkongsi informasi dansistem pemarkahan dan senarai gred SPM 2017 KPM yang terkini yangboleh dijadikan rujukan kalangan pelajar Tingkatan 5 tahun ini.

Berikut adalah julat markah gred untuk SPM seperti berikut :

Markah 90 hingga 100% - Gred A+ ( Cemerlang Tertinggi)
Markah 80 hingga 89% - Gred A ( Cemerlang Tinggi)
Markah 70 hingga 79% - Gred A ( Cemerlang )
Markah 65 hingga 69% - Gred B+ ( Kepujian Tertinggi)
Markah 60 hingga 64% - Gred B ( Kepujian Tinggi)
Markah 55 hingga 59% - Gred C+ ( Kepujian Atas)
Markah 50 hingga 54% - Gred C ( Kepujian )
Markah 45 hingga 49% - Gred D ( Lulus Atas)
Markah 40 hingga 44% - Gred F ( Lulus )
Markah 0 hingga 39% - Gagal
TH - Tidak Hadir
Rujuk lampiran/ ringkasan jadual gred SPM terkini di bawah:

Rujukan:
https://sapsnkra.moe.gov.my/dokumen/GRED.pdf
http://www.znljiayou.com/post521463/1176

No comments:

Post a Comment