Sunday 19 August 2018

PROGRAM KORBAN PERDANA 2018


Alhamdulillah, untuk KORBAN PERDANA peringkat sekolah menengah SRI AL-AMIN BANGI pada tahun ini akan menyembelih 2 ekor lembu.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, guru-guru, kakitangan, para pelajar dan warga Sekolah Rendah/ Menengah Sri Al-Amin Bangi yang ikut serta dalam program korban tahun ini, penyertaan adalah amat menggalakkan.

InsyaAllah program korban ini akan dibuat pada: 
Sabtu, 25 Ogos 2018, di Padang sekolah.

8.30 pagi Ketibaan peserta & sukarelawan, sarapan pagi
9.00 pagi Sesi korban lembu , melapah & persiapan untuk masak
11.30 pagi Edaran daging
12.00 tengah hari Makan tengahari
1.00 petang Bersurai.

Ibu bapa dijemput untuk ikut serta melapah dan memotong daging qurban pada hari tersebut.
Sarapan dan makan sup tulang insyaAllah akan disediakan.

Peserta & sukarelawan program korban boleh isi borang berikut bagi pengurusan program ini:
https://tinyurl.com/programkorbanalamin

atau klik di sini



2 ekor lembu untuk program qurban nanti.

 

Surat penyertaan peserta Qurban & hebahan kepada warga sekolah di sini

No comments:

Post a Comment