Monday 8 October 2018

10 TIPS PERKHEMAHAN SELAMAT.


10 TIPS PERKHEMAHAN SELAMAT.
Jika anda merancang untuk menjadi pelarian sementara dan gemar gaya hidup pantas, bebas dan ringkas, aktiviti berkhemah menawarkan kegiatan luar yang sederhana dan menyeronokkan. Namun, beberapa tip perlu diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat!
1. Cari lokasi sebelum gelap
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin. Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah pilihan terbaik saat mengembara di luar. Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
2. Pilih beg tidur yang sesuai
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat. Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
3. Bawa bekalan makanan berbungkus
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan. Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oatmasak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
4. Elak meninggalakn kesan
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang. Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya. Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan. Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
5. Pilih pakaian yang bersesuaian
Biarpun anda bukan seorang 'fashionable' tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan. Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
6. Elak hidupan liar dan tumbuhan beracun
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali. Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
7. Elak sesat
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
8. Bawa kit kelengkapan
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam. Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
9. Kekalkan kebersihan diri
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah. Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor. Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
10. Lebih penjagaan jika berkhemah bersama kanak-kanak
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam. Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka..
.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!

Rujukan:


https://www.facebook.com/styloreng/posts/10-tips-perkhemahan-selamatjika-anda-merancang-untuk-menjadi-pelarian-sementara-/1561400017222251/
#copypaste

No comments:

Post a Comment