Monday 6 April 2020

PELAJAR AL-AMIN TURUT TERLIBAT SEBAGAI FRONTIER COVID-19

Peranan barisan hadapan dalam mencegah jangkitan wabak penyakit COVID-19 semua telah maklum adalah berisiko & kritikal namun itulah harga yang dibayar oleh para petugas KKM, para doktor, para jururawat dan para sukarelawan.
 

 


Dalam menyahut seruan ini, Anakanda Ayman Youseff b Mohd Zaidi, pelajar kelas 5 Ibnu Khaldun daripada SM Sri Al-Amin Bangi diberi peluang bekerjasama dgn 3 org operator DJI Pilot Malaysia untuk membantu ATM dan PDRM dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Drone digunakan sebagai salah satu medium untuk membuat hebahan kepada masyarakat dan mengawal pergerakan mereka sepanjang PKP. Tempoh ini sangat penting kerana akan menentukan impak susulan kepada sebaran & ruang yang secukupnya pihak berkuasan mengawal keadaan yang teratur.


Pengendalian drone ini memerlukan kemahiran kawalan dan koordinasi sepanjang kendaliannya. Penyelarasan ini memerlukan maklumat yang tepat dan pulangan data yang diperoleh adalah realtime & sangat membantu dalam operasi yang dijalankan. Berikut adalah contoh penerbangan drone & pengumuman yang dilakukan.


Usaha penglibatan Ayman telah bermula sejak penglibatan beliau dalam usaha mencari dan menyelamat remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang di The Dusun, Negeri Sembilan pada 9 Ogos 2019. Beliau dan komuniti pengendali drone turut terlibat dalam usaha mencari bersama-sama agensi pihak berkuasa yang lain.


Semoga semangat sukarelawan dengan kemahiran yang beliau ada ini menjadi inspirasi buat remaja-remaja dan para sukarelawan di barisan hadapan yang sentiasa komited menjalankan tugas terutamanys dalam tempoh PKP yang telah dipanjangkan ke 14 April ini. Tahniah para sukarelawan & tahniah negarawan rahmah cilik daripada sekolah rangkaian IKRAM Musleh ini.

1 comment:

  1. Terbaik Aiman!! Semoga beroleh kejayaan dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.

    ReplyDelete