Monday 1 February 2021

10 SIFAT-SIFAT INSAN RABBANI




1. SANGAT MENJAGA MASA (حارس على وقته)
menjaga kualiti solat
berdoa agar diberkati waktu
tidak lewat ke kelas atau aktiviti
mengisi waktu dengan mengingati Allah

2. QIDAH YANG SEJAHTERA (سليم العقيدة)
mengingati akhirat
menjaga kebersihan hati
berzikir dan taubat
memperbanyakkan nawafil dan zikir
menjauhi dosa dan syubhat
sentiasalah muraqabah kepada Allah

3. IBADAH YANG BENAR (صحيح العبادة)
mengetahui halal dan haram
sentiasa membetulkan amalan
bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya
melakukan ibadat yang boleh meninggikan roh dan jiwanya

4. AKHLAK YANG MANTAP (متين الخلق)
mempraktikkan akhlak Rasulullah SAW
sensitif dan peka
tegas
benar dalam kata-kata dan perbuatan
berlumba berbuat kebaikan
tawadhu’
berani

5. LUAS PENGETAHUAN (مثقف الفكر)
membaca al-Quran dengan baik dan tadabbur
sentiasa belajar sejarah
kuasai kemahiran terkini
tahu berita dunia Islam dan am
bersumberkan al-Quran dan hadis, serta ulama’ yang thiqah
banyak membaca dan menulis
pakar dalam bidang yang diceburi
miliki perpustakaan sendiri

6. MELAWAN HAWA NAFSU (مجاهدة على نفس)
ingat janji dan amanah, serta berazam dengan kuat
pelihara diri dari maksiat dan kelalaian
tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mempraktikkan Islam

7. TERSUSUN DALAM URUSAN (منظم في شؤونه)
tidak menangguh kerja
tidak gopoh dan tergesa-gesa
menjaga penampilan
berdisiplin
bijak letak prioriti kerja
lakukan kerja sebaik mungkin
gunakan masa dan tenaga untuk manfaat Islam dan dakwah

8. SIHAT TUBUH BADAN (قوي الجسم)
pemeriksaan kesihatan
diet seimbang, makan sekadarnya
bersukan
tidur secara optimum
menjaga kebersihan

9. MAMPU BERDIKARI (قادرا على كسب)
menjauhi kemewahan apatah lagi pembaziran
tidak mengharap kepada orang lain
ada simpanan untuk waktu kesempitan
bersikap ihsan dalam bekerja
menjauhi riba dalam semua lapangan

10. BERMANFAAT PADA ORANG LAIN (نافع لغيره)
melakukan kebaikan untuk orang lain
penuhi hak orang lain (ibu bapa, sahabat, jiran)
membantu orang yang memerlukan
bersedia untuk menerima dan memberi kritikan
bergaul dengan semua lapisan masyarakat
multi skill

No comments:

Post a Comment