Friday 14 October 2016

WOMEN 'S BOAT TO GAZA


 








[tv.IKRAM] http://tv.ikram.org.my/?p=1768 | Kongsi detik-detik dikepung tentera zionis

#womensboattogaza

[Video] http://bit.ly/2dHkBGO | Agenda AWANI Khas: #Zaytounaoliva misi kemanusiaan "Women's Boat to Gaza"

[Berita] Dr Fauziah dibebaskan, tiba di KLIA malam ini

SERI KEMBANGAN - Aktivis misi Women’s Boat to Gaza (WBG) Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan dijadualkan tiba pada malam ini di KLIA setelah dibebaskan oleh rejim zionis.

Baca lagi: http://bit.ly/2dDE22P

[tv.IKRAM] http://tv.ikram.org.my/?p=1775 | Dr Fauziah selamat kembali ke tanah air

#womensboattogaza


👆#TerkiniWBG | PENGUMUMAN!

SAMBUTAN KEPULANGAN SERIKANDI NEGARA, DR. FAUZIAH HASAN

Untuk makluman semua, Dr. Fauziah, ahli misi Women's Boat to Gaza (WBG) akan tiba di KLIA malam ini.

Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Rose2Rose ingin menjemput semua pihak yang ingin menyambut kepulangan beliau dan menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin untuk hadir pada butiran berikut:

Tarikh: Jumaat, 7 Oktober 
Masa: Jam 8.30 malam ini
Tempat: Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA, Level 5

Selamat pulang Dr.Fauziah!

[Video] Bebaskan kami daripada tahanan Israel - Dr Fauziah | https://www.youtube.com/watch?v=ktc7_sAjAi8&feature=youtu.be



#TerkiniWBG Kapal Zaytouna-Oliva Women’s Boat to Gaza Sah Ditawan Tentera Israel

Crisis Centre Misi Women's Boat to Gaza (WBG), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini mengesahkan bahawa kapal Zaytouna-Oliva beserta 3 krew dan 10 orang anak kapal (termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar jam 8:58 malam hari ini (5 Oktober). Kapal Zaytouna dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod.

Maklumat lanjut akan menyusul.


[tv.IKRAM] http://tv.ikram.org.my/?p=1758 | Misi Women's Boat to Gaza buka mata dunia - Norsham

#womensboattogaza

[Berita] Halang Zaytouna cabuli undang-undang maritim antarabangsa - Dr Hafidzi

SERI KEMBANGAN - "Tindakan Israel menghalang kapal Zaytouna-Oliva untuk memasuki Gaza di perairan antarabangsa jelas mencabuli undang-undang maritime antarabangsa," tegas Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang turut mengutuk tindakan tersebut.

Baca lagi: http://bit.ly/2dQiChr
#womensboattogaza

[Artikel] Women's Boat to Gaza: Patutkah Muslimah turut serta? - Ustazah Maznah Daud

"...Namun di sana terdengar juga desas-desus suara sumbang mempersoalkan kewajaran inisiatif Women's Boat to Gaza (WBG) sama ada daripada sudut kemanusiaan mahupun dari sudut hukum syarak.

Masih ada yang menganggap bahawa Palestin adalah masalah orang Arab. Biar mereka selesaikan. Mengapa kita menyibuk? Di tempat kita pun masih ramai orang susah yang perlu dibantu. Luahan seperti ini tidak lahir kecuali daripada mereka yang buta sejarah serta jahil tentang agama..."

Baca lagi: http://bit.ly/2dQ3ukV

#womensboattogaza

[Berita] Akan sertai lagi misi bot ke Gaza

SEPANG - Meskipun kapal misi Women’s Boat to Gaza (WBG) dirampas, semua ahli misi ditahan dan dihantar pulang, Dr Fauziah Mohd Hasan tetap bersemangat kuat dan bertekad untuk menyertai lagi misi bot ke Gaza.

“Dalam bot itu (Zaytouna-Oliva), kita telah berbincang untuk berjumpa di Stockholm pada bulan Mei tahun depan untuk merancang flotila seterusnya untuk Gaza, insya-Allah,” jelas beliau ketika tiba di KLIA dari Bangkok semalam di sini.

Baca lagi: http://bit.ly/2dA0bCS

#womensboattogaza

[tv.IKRAM] Penahanan sudah dijangka - Prof Alauddin

http://tv.ikram.org.my/?p=1753

[tv.IKRAM] “Misi ini berjaya walau apa pun kesudahannya” - Dr Hafidzi

http://tv.ikram.org.my/?p=1745

#womensboattogaza

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
6 Oktober 2016 bersamaan 5 Muharam 1438H

IKRAM KUTUK PENAHANAN PESERTA MISI WOMEN'S BOAT TO GAZA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan kesemua 13 wanita peserta Misi Womens Boat to Gaza (WBG) oleh tentera rejim negara haram Israel.

Kesemua ahli misi wanita tersebut adalah dari pelbagai negara, salah seorang dari Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Objektif utama misi ini adalah untuk memecahkan tembok sekatan terhadap Gaza yang telah menyebabkan rakyat Palestin hidup dalam tekanan dan kesengsaraan.

IKRAM mendesak agar kesemua tawanan tersebut dibebaskan dengan serta-merta.

IKRAM juga mendesak agar kerajaan di seluruh dunia, termasuk kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Israel untuk membebaskan semua tahanan dan menamatkan sekatan terhadap Gaza.

Dr Fauziah adalah juga Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan suaminya, Prof Dr Hj Mohd Alauddin Mohd Ali adalah Bendahari IKRAM Pusat. IKRAM berharap Prof Alauddin dan keluarga akan terus bersabar dengan ujian ini.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

http://bit.ly/2dznau6
#womensboattogaza


#TerkiniWBG | Panggilan telefon dari Dr Fauziah
Kedudukan terkini Kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 60 batu nautika ke arah Pantai Gaza pada jam 12.00 tengahari waktu tempatan (05.00 pm waktu Malaysia).

Kesemua ahli misi dalam keadaan baik. Mereka sedang memasak untuk hidangan tengahari dengan tenang.

Warga Gaza sedang menanti manakala tentera Zionis Israel sedang menuju ke arah mereka.

**********************
Ayuh lakukan sesuatu! Ketahui bagaimana anda boleh membantu menjayakan misi ini: http://bit.ly/PerananAnda

#WomensBoattoGaza

#TerkiniWBG | Update dari Al Jazeera Channel - قناة الجزيرة

Kapal tentera Zionis Israel bergerak dari pelabuhan Ashdod menuju ke bot Women's Boat to Gaza untuk memintas perjalanan mereka.

Sumber: قناة الجزيرة مباشر - Aljazeera Mubasher Channel
*********************

Kapal Zaytouna membawa 13 orang serikandi berjiwa besar dari 12 buah negara mengharungi lautan luas demi memastikan nasib rakyat Palestin terus mendapat perhatian dan pembelaan dunia.

Kapal Zaytouna mempunyai SATU tujuan sahaja iaitu menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza kerana Zaytouna percaya rakyat Gaza berhak menikmati kebebasan dan keadilan seperti mana manusia lain.

Teruskan ikuti #TerkiniWBG di FB Rose2Rose
Ayuh lakukan sesuatu! Ketahui bagaimana anda boleh membantu menjayakan misi ini: http://bit.ly/PerananAnda
#WomensBoattoGaza


❤️ KEMPEN #GIVEHOPE ❤️

Misi Dr Fauziah ke Gaza melalui Women’s Boat to Gaza bertujuan untuk membantu wanita dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan segera.

Sudah ada ibu-ibu membawa anak-anak mereka yang sakit ke Pelabuhan Gaza kerana tahu terdapat seorang doktor dalam perjalanan ke Gaza.

Sungguhpun tidak sampai ke Gaza, misi membantu wanita dan kanak-kanak ini wajib diteruskan, maka ayuh membantu mereka melalui Kempen #GIVEHOPE

PROJEK PENAJAAN PEMBEDAHAN PESAKIT MISKIN (GAZA)
✅ Kos Tajaan: RM100 /unit
✅ Sasaran Tajaan: 15,000 unit

Projek ini akan membantu lebih 3,000 wanita dan kanak-kanak miskin yang terpaksa berada di dalam senarai menunggu (waiting list) dan senarai penerima bantuan ini telah dikenal pasti oleh pejabat MyCARE - Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM75 juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita di Gaza melalui 2 langkah mudah untuk menyumbang:

1⃣ Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':
Akaun Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197

2⃣ Maklumkan melalui e-mel ke account@mycare.org.my bersama salinan slip/resit
Atau
Whatsapp/Telegram ke 
+6019-6551948 (Ruhaiza)
nyatakan kemasukan untuk ’#GiveHope’

Kami menerima sebarang amaun/jumlah sumbangan untuk projek ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman)

Mohon sebarkan info ini kepada saudara/kenalan/sahabat anda!
#womensboattogaza #rose2rose #MyCARE #GiveHope



No comments:

Post a Comment