Wednesday 6 February 2019

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: SYARAHAN AGAMA)

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: SYARAHAN AGAMA)

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMSAAB 2019

2. Peserta yang tidak muncul pada gilirannya setelah 3 kali dipanggil oleh juru acara boleh dibatalkan penyertaan (menurut budi bicara ketua hakim)

3. Sebelum hari pertandingan, peserta boleh bersedia dengan kesemua tajuk-tajuk di bawah: 
-Penghayatan Hari Kebangkitan Menjana Insan Berkualiti
-Keikhlasan Beribadah Pemangkin Jati Diri Ummah
-Remaja Berakhlak Aset Kegemilangan Negara
-Menutup Aurat Mengangkat Martabat

(contoh isi dan rangka teks bagi tajuk-tajuk di atas boleh dirujuk di bahagian bawah post ini)

4. Pada hari pertandingan, peserta akan mencabut undian tajuk syarahannya apabila gilirannya sampai. 

5. Nombor giliran dan undian tajuk yang diperolehi tidak boleh ditukar dengan peserta lain.

6. Masa bagi setiap peserta ialah 7 minit merangkumi; 
-masa persediaan selama: 2 minit
-masa menyampaikan syarahan: 5 minit

7. Isi syarahan setelah tempoh 5 minit berakhir tidak akan diberi markah.

8. Masa mula dikira bermula setelah tajuk syarahan diumumkan dan peserta berada di meja persediaan.

9. Loceng pertama akan dibunyikan sekali menandakan masa 2 minit untuk mencari isi bermula.

10. Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit ke-2 menandakan masa yang diberikan untuk mencari isi telah tamat.

11. Loceng ketiga akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan bermula. 

12. Loceng keempat akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan berbaki satu minit sahaja lagi.

13. Loceng kelima akan dibunyikan 2 kali menandakan tempoh untuk menyampaikan syarahan telah tamat.

14. Ketua Hakim hendaklah memberi taklimat kepada juru acara agar membacakan tajuk syarahan yang diundi oleh setiap peserta, selepas peserta berada di meja persediaan.

15. Peserta boleh diberhentikan serta merta oleh ketua hakim, dan markah tidak akan diberi jika menyentuh isu-isu sensitif seperti serangan peribadi, perkauman atau hasutan.

16. Peserta tidak dibenarkan membawa apa-apa kertas catatan luar kecuali kertas yang disediakan oleh penganjur sahaja.   

17. Peserta hendaklah memakai seragam sekolah yang kemas dan lengkap.

18. Syarahan hendaklah mengandungi minimum 3 isi.

19. Isu semasa/ data/ contoh hendaklah yang terkini (3 tahun ke belakang)

20. Acara ini akan dihakimi berdasarkan 4 bahagian berikut: Isi (40 markah), Penyampaian (40 markah), & Bahasa (20 markah). 

ISI
-isi yang tepat & logik
-kupasan syarahan mengandungi isi, huraian, contoh/ fakta/ data/ isu semasa/ sirah, penekanan isi, nas Al-Quran atau hadith beserta terjemahannya

-pemarkahan bahagian isi adalah seperti berikut:
isi 2 markah
huraian 2 markah
contoh/ fakta/data/ isu semasa/ sirah 2 markah
penekanan isi 2 markah
nas Al-Quran atau hadith 2 markah
terjemahan nas Al-Quran atau hadith 2 markah 
JUMLAH: 12 markah X 3 isi = 36 markah

jika ada isi keempat yang lengkap, maka akan ditambah lagi 4 markah
JUMLAH 36 + 4 = 40 markah


PENYAMPAIAN: 

-pendahuluan (basmalah, salam, pujian kepada Allah, selawat kepada Rasulullah)
-tajuk syarahan (definisi atau huraian tajuk)
-3 isi syarahan
-membaca isti'azah / basmalah ketika membaca nas Al-Quran
-kesimpulan (cadangan/ rumusan/ saranan)
-penutup & salam
-penyampaian yang meyakinkan
-lancar
-tidak membaca nota persediaan
-gaya yang bersesuaian
-fasih sebutan
-intonasi yang sesuai

BAHASA
-bahasa yang baik, jelas & mudah difahami
-bahasa yang sesuai, tepat dengan isi dan tidak menyinggung mana-mana pihak
-nas Al-Quran mesti dibaca dengan bertajwid dan tepat barisnya 


TATACARA PERTANDINGAN:
1. Pengacara memanggil peserta mengikut giliran yang diperolehi

2. Peserta pergi ke meja hakim untuk mengambil satu sampul surat berisi tajuk syarahan

3. Satu salinan tajuk diberikan kepada juru acara, satu salinan diberikan kepada hakim isi dan satu salinan lagi dibawa oleh peserta ke meja persediaan untuk rujukan peserta.

4. Juru acara membacakan tajuk syarahan. Loceng pertama akan dibunyikan sekali menandakan masa 2 minit untuk mencari isi bermula.

5. Peserta diberikan masa 2 minit untuk mencari isi bagi tajuk yang diundi olehnya. Peserta diberikan kertas 1/4 A4.

6. Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit ke-2 menandakan masa yang diberikan untuk mencari isi telah tamat.

7. Loceng ketiga akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan bermula. 

8. Loceng keempat akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk menyampaikan syarahan berbaki satu minit sahaja lagi.


9. Loceng kelima akan dibunyikan 2 kali menandakan tempoh untuk menyampaikan syarahan telah tamat.

-----------------------------

contoh isi atau rangka teks bagi tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan. (pelajar digalakkan mencari isi-isi lain)

TAJUK: MENUTUP AURAT MENGANGKAT MARTABAT
 


TAJUK: Penghayatan Hari Kebangkitan Menjana Insan Berkualiti





TAJUK: Keikhlasan Beribadah Pemangkin Jati Diri Ummah




TAJUK: Remaja Berakhlak Aset Kegemilangan Negara




No comments:

Post a Comment