Wednesday 6 February 2019

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: HAFAZAN AL-QURAN)

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERTANDINGAN MTQSS (ACARA: HAFAZAN AL-QURAN)

1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMSAAB 2019 dengan dua kategori; kategori banin dan kategori banat. 

2. Cabutan soalan undian hafazan hendaklah dilakukan di hadapan hakim fatih dan munabbih di tempat pertandingan.

3. Bentuk ujian: Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafaz dengan lisan, melalui Surah Al-Fatihah dan beberapa surah yang ditetapkan, dengan lancar serta mengambil kira hukum-hukum tajwid, fasohah dan suara.

4. Setiap peserta acara hafazan Al-Quran kategori sekolah menengah diwajibkan menjawab lima soalan daripada set soalan yang dipilih. 

5. Senarai surah-surah hafazan untuk pertandingan kali ini ialah:
-Surah As-Sajdah
-Surah Yaasin
-Surah Al-Mulk
-Surah Nuuh
-Surah Al-Insaan

6. Peserta yang tidak muncul pada gilirannya setelah 3 kali dipanggil oleh juruacara boleh dibatalkan penyertaan (menurut budi bacara ketua hakim)

7. Peserta hendaklah memakai seragam sekolah yang kemas dan lengkap.

8. Contoh soalan:
-Sila sambung bacaan saya kemudian teruskan bacaan anda (kemudian hakim Fatih membaca isti'azah, basmalah dan 2 ayat daripada surah As-Sajdah)

-Sila ulang bacaan saya, kemudian teruskan bacaan anda (kemudian hakim Fatih  membaca ayat 9 daripada Surah Yaasin)

-Sila baca dari awal surah Al-Insaan.

8. Peserta yang tidak dapat menyambung bacaan hakim Fatih dalam set soalan yang dipilih, maka ujian tersebut boleh ditamatkan dengan 'Sodaqollahul'aziim'.

9. Soalan pertandingan hafazan ini adalah sulit. Peserta diminta memilih satu sampul yang menentukan set soalannya, kemudian menyerahkan sampul tersebut kepada hakim Fatih.

10. Masa bacaan: Setiap peserta dikehendaki menghafaz ayat-ayat atau surah-surah yang ditentukan dalam jangka masa 8 minit (tidak termasuk masa yang diambil oleh hakim Fatih dan Munabbih).

11. Hakim Fatih boleh menamatkan bacaan peserta jika beliau tidak dapat membaca dengan lancar dalam mana-mana soalan yang dikemukakan kepadanya, jika difikirkan perlu.

12. Bentuk bacaan: peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan tadwir sahaja.

13. Acara ini akan dihakimi berdasarkan 4 bahagian berikut: Hafaz & Lancar (40 markah), Tajwid (30 markah), Fasohah (20 markah) & Suara & Gaya (10 markah).

No comments:

Post a Comment